TUNAS USAHAWAN BAITULMAL MAIWP: CARA PERMOHONAN ONLINE/BORANG

TUNAS USAHAWAN BAITULMAL MAIWP: CARA PERMOHONAN ONLINE/BORANG

TUNAS USAHAWAN BAITULMAL MAIWPCARA PERMOHONAN ONLINEBORANG

Permohonan Program Tunas Usahawan Baitulmal MAIWP bagi tahun 2020 kini dibuka kepada mereka berminat dalam bidang usahawan dan memenuhi kriteria serta mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

 

APA ITU TUNAS USAHAWAN BAITULMAL MAIWP

Pada tahun 2019, SME Corp. Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan MAIWP melalui Program Tunas Usahawan Baitulmal (TUB) yang bertujuan untuk mentransformasikan usahawan asnaf MAIWP “Dari Penerima Zakat ke Pembayar Zakat” melalui latihan keusahawanan.

Dengan menggunapakai konsep dan model Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera, Program Tunas Usahawan Baitulmal (TUB) telah membantu meningkatkan operasi perniagaan 84 usahawan asnaf.

Program ini telah menerima maklumbalas yang positif dan akan diteruskan lagi pada tahun 2020 dengan sasaran seramai 100 usahawan asnaf lagi untuk dibangunkan.

 

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN

Syarat-syarat untuk memohon Program Tunas Usahawan Baitulmal MAIWP 2020 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur di antara 18 – 45 TAHUN pada tarikh tutup permohonan.
  • Telah mendaftarkan perniagaan kurang-kurangnya 6 bulan.
  • Hanya mengambil kira pendaftaran SSM kali pertama. Sekiranya ia pembaharuan pendaftaran, maka tarikh perdaftaran baharu tidak diambil kira
  • Keutamaan adalah kepada penerima bantuan Baitulmal (MAIWP)
  • Bagi graduan institusi pengajian atau pusat perlindungan di bawah kelolaan MAIWP mestilah telah menamatkan pengajian dan memulakan perniagaan atau telah mendaftarkan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan. Jika terpilih surat pengesahan tamat tempoh pengajian adalah diperlukan
  • Sihat tubuh badan dan boleh menjalankan sebarang aktiviti fizikal.
  • Tidak mempunyai alahan yang serius (cth: alahan yang memudaratkan sekiranya mengikuti aktiviti lasak di kawasan hutan);
  • Tidak pernah menjalani pembedahan / mengalami patah tulang dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh tutup permohonan; dan
  • Pemohon wanita yang disahkan hamil atau sedang dalam tempoh berpantang (100 hari selepas bersalin) sewaktu tarikh tamat permohonan dan / atau apabila menyertai Fasa 1 & 2 Program tidak layak meneruskan Program.
  • Pemohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis;
  • Pemohon yang sedang berada di dalam proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah juga tidak layak memohon
  • Bagi pemohon pasangan suami isteri / adik-beradik/ anak hanya salah seorang sahaja yang layak dipertimbangkan
  • Hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri / adik-beradik/ anak untuk setiap pengambilan.
  • Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta; dan
  • Pemohon tidak pernah menyertai program ini sebelumnya.

 

CARA PERMOHONAN TUNAS USAHAWAN BAITULMAL MAIWP

Jika anda layak dan berminat untuk menyertai Program Tunas Usahawan MAIWP 2020, anda boleh terus memohon dengan borang yang boleh didapati melalui pautan ini

 

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan iaitu:

  • 1 Keping gambar bersaiz pasport
  • 1 salinan kad pengenalan pemohon
  • 1 salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM)
  • 1 salinan penyata bank 6 bulan terkini.
  • Surat pengesahan tamat pengajian atau tempoh perlindungan (Jika berkaitan)
  • Surat sokongan pengesahan bagi peserta yang menjalankan perniagaan melebihi 3 bulan dan belum mendaftar SSM.

Baca tentang MYDEPOSIT 2020: PERMOHONAN & SEMAKAN SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 September 2020.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Program Tunas Usahawan Baitulmal MAIWP 2020 ini, sila layari laman web rasmi MAIWP

Sila ajukan pertanyaan anda melalui e-mel : [email protected] atau mesej ke Facebook Baitulmal MAIWP.

Leave a Comment