PERMOHONAN RAYUAN DAN SEMAKAN BKSS (Check Status)
PENGENALAN BKSS
Bantuan Khas Sarawakku Sayang(BKSS) adalah satu inisiatif kerajaan negeri Sarawak untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah (B40) dengan jumlah pendapatan isi rumah adalah kurang RM 4,000 sebulan dan kumpulan bujang yang berumur 40 tahun hingga 59 tahun / OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan ekoran cabaran ekonomi yang dihadapi rakyat kesan penularan wabak Covid-19.
BENTUK BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG(BKSS)
Bantuan ini berbentuk tunai sebanyak RM250 sebulan diberikan dalam tempoh 6 bulan, bermula April 2020 sehingga September 2020.
KAEDAH BAYARAN
Kaedah pembayaran secara digital dan konvensional juga akan diambil kira bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada golongan sasaran ini. Bayaran secara digital adalah melalui nombor akaun bank penerima BKSS yang layak. Manakala pembayaran secara konvensional adalah penunaian melalui Bank Simpanan Nasional(BSN) bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG(BKSS)
Penerima bantuan ini merupakan senarai mereka yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada bulan Januari 2020 yang diluluskan LHDN.
Jika anda layak tetapi gagal mendapat bayaran BKSS pada 15 April 2020, maka anda perlu semak sekali lagi syarat untuk membuat rayuan permohonan BKSS.
SEMAKAN KELAYAKAN UNTUK MEMBUAT RAYUAN BKSS
Terdapat 2 golongan yang layak untuk membuat rayuan permohonan BKSS bermula 18 April 2020 sehingga 28 April 2020.Berikut adalah 2 golongan yang layak membuat rayuan :
- Penduduk Sarawak yang merupakan ketua isi rumah (suami atau isteri) dari golongan B40 dengan jumlah pendapatan isi rumah adalah kurang RM 4,000 sebulan; atau
- Bujang (berumur 40 tahun hingga 59 tahun / OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun) dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan
PERMOHONAN RAYUAN DAN SEMAKAN BKSS
CARA MEMBUAT RAYUAN PERMOHONAN BKSS
Terdapat 2 cara membuat rayuan :
1) Borang Permohonan Rayuan Manual
2) Isi Borang Permohonan Rayuan Atas Talian
BAGAIMANAKAH CARA MENGISI BORANG PERMOHONAN RAYUAN BKSS MANUAL?
1.Muat Turun BORANG PERMOHONAN RAYUAN BKSS
2.Lengkapkan maklumat berikut :
- MAKLUMAT PEMOHON
- BUTIRAN AKAUN
- BUTIRAN PASANGAN
- MAKLUMAT ANAK / TANGGUNGAN
- PERAKUAN
3.Sila hantar borang tersebut kepada Pejabat Daerah yang berdekatan dengan alamat pemohon
BAGAIMANAKAH CARA MENGISI BORANG PERMOHONAN RAYUAN BKSS ATAS TALIAN/ONLINE?
1.Layari laman portal BKSS
2.Cari paparan Borang Permohonan Rayuan Atas Talian
3.Lengkapkan borang
4.Sila tekan ‘Saya Bukan Robot’
5.Pilih gambar yang dikehendaki
6.Sahkan dan Hantar
7.Permohonan rayuan anda berjaya di hantar.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BKSS
Jika anda telah membuat rayuan permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang(BKSS), anda boleh semak status rayuan permohonan BKSS tersebut.
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BKSS
1.Layari laman portal BKSS
2.Cari paparan Semakan Status Permohonan Rayuan
3.Masukan Nombor Kad Pengenalan
4.Tekan SEMAK
5.Keputusan akan dipaparkan.
* Sekarang kemudahan untuk membuat semakan status permohonan rayuan BKSS belum dapat digunakan.
TARIKH KEPUTUSAN SEMAKAN STATUS RAYUAN PERMOHONAN BKSS
Keputusan rayuan boleh disemak selepas 15 Jun 2020.
MAKLUMAT LANJUT
Sila hubungi nombor berikut untuk pertanyaan:
Talikhidmat –Tel:082-555 999 / e-mail:[email protected]
ARTIKEL LAIN
Baca tentang INSENTIF IBU BERSALIN (IBB) RM450 Negeri Sarawak
Kepada para ibubapa yang baharu sahaja menyambut kelahiran anak, jangan lupa buat PERMOHONAN INSENTIF ENDOWMENT FUND SARAWAK(EFS) RM1,000
Tags: #CARA MEMBUAT RAYUAN PERMOHONAN BKSS #CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BKSS #CARA MENGISI BORANG PERMOHONAN RAYUAN BKSS ATAS TALIAN/ONLINE #CARA MENGISI BORANG PERMOHONAN RAYUAN BKSS MANUAL #PENGENALAN BKSS #PERMOHONAN RAYUAN DAN SEMAKAN BKSS
Alexander anak Rungah2 tahun ago
Blum dpt bsntuan lagi
Alexander anak Rungah2 tahun ago
Sy blum dpt bantuan lagi
Abdul Rashid Bin Hipeni2 tahun ago
Semak rayuan lepas 15 jun. Kenapa tak lepas 15 mei
bong bui shin2 tahun ago
belum dpt rayuan bantuan lagi
Bakawi bin Bujang2 tahun ago
Saya ingin tahu kedudukan pembayaran
Bantuan Khas Sarawak Sayangku belum
lagi dikredit ke dalam akaun BSN saya
Henry ak grempong2 tahun ago
Kenapa saya tidak dapat bantuan bkss
Raimie Bin Murad2 tahun ago
Saya juga belum mendapat BKSS dari bulan mei
Mackenzy brayan2 tahun ago
Saya belum dpt bantuan swk ku syg
Mackenzy brayan2 tahun ago
Saya belum dapat bantuan bkss bulan april
Fadlyzan bin Mahidi2 tahun ago
Saya belum menerima bantuan bkss bulan april
Sammohdsoil2 tahun ago
Kasihan kitak org, bkss saya sampai skrang tiada berita apa-apa?? Kita tunggu ja sampai ujung bulan mei tok, nanti bolehlah kita komen.. SABARLAH! Dululah. Ok. BSH saya fasa 2 pun blum…
Justine lanau anak nyambang2 tahun ago
Rayuan
NARAWI BIN JERAWI2 tahun ago
kenapa bantuan sarawak ku Sayang saya belom masok akaun lagi
Duresh A/L Marimuthu Govindasamy2 tahun ago
Saya belum terima bantuan bkss ini juga….
Mohamad SAIMi bin salman2 tahun ago
Ada kah saya yg berumo 43 boleh terima BKSs.boleh bantu saya buat rayuan
Mathias anak Girat2 tahun ago
Mengapa pemohonan saya tidak di jumpai….???
Mohd hazree bin abdul halim2 tahun ago
Bantuan ini bila akan di buka untuk orang bujang berumur 21 ke atas?
NURFARHANI BTE MOS2 tahun ago
PERMOHONAN RAYUAN DAN SEMAKAN BKSS
Christopher midong anak andin2 tahun ago
Saya nak permohonan rayuan BKSS
JOHAN A/L BAYUH2 tahun ago
bila kelulusan dapat diketahui
Roslina Binti Abdullh2 tahun ago
Assalamualaikum
Saya ibu tunggal tiada diberi bantuan
Adakah ibu tunggal tiada diberi melaluI Sarawak Ku sayang?
Roslina Binti Abdullh2 tahun ago
Minta di reply atau di pm derectly my no 0168509748
DEWI ENDANG BINTI SHAMSUDDIN ABD RANI2 tahun ago
Saya belum dapat lagi bantuan sbkss
amely2 tahun ago
Dah buat rayuan. Tapi status tetap gagal tanpa memberi sebarang sebab gagal.
B