iSURI KWSP(CARA DAFTAR & SEMAKAN STATUS BANTUAN SURI RUMAH)
Insentif khas yang diberi nama i-Suri adalah khusus untuk golongan suri rumah yang kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP.
i-Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
SIAPA BOLEH MENCARUM i-SURI ?
Hanya ada dua golongan yang dibolehkan untuk mencarum dalam i-Suri
- Diri sendiri (isteri)
- Suami kepada pasangan yang layak
MANFAAT iSURI KWSP
Berikut ialah antara manfaat, faedah dan kelebihan iSuri KWSP.
- Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 (Amaun RM 200 adalah pada tahun 2018. Sumbangan kerajaan ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 tersebut hanyalah kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos – Disember 2018)
- Boleh buat caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan
- Juga masih boleh membuat pengeluaran dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan
- Menikmati dividen tahunan di atas simpanan i-Suri
- Bantuan Kematian: RM2,500 yang tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
Kepada penerima STR,boleh buat SEMAKAN KELAYAKAN PEKA B40
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
- Sila ambil perhatian, sekiranya pemohon masih lagi belum berdaftar dalam sistem e-Kasih, permohonan untuk i-Suri adalah tidak dibenarkan.
Anda perlu mendaftar dalam sistem e-Kasih terlebih dahulu. Permohonan i-Suri hanya boleh dilakukan setelah pemohonan anda berjaya dalam sistem e-Kasih.
CARA DAFTAR iSURI KWSP
Untuk makluman, cara daftar i-Suri KWSP ini tidak boleh dilakukan secara online. Anda perlu isi borang dan menghadirkan diri ke mana-mana pejabat KWSP terdekat.
Ikuti langkah mudah permohonan caruman i-Suri KWSP seperti di bawah:
- Datang ke mana-mana pejabat KWSP terdekat
- Bawa Kad Pengenalan (MyKad)
- Dapatkan Borang i-Suri – KWSP 16G (M). Ini adalah untuk pendaftaran kali pertama sahaja.
- Lengkapkan borang
- Lengkapkan juga Borang i-Suri – KWSP 6A (2) semasa buat pembayaran.
- Untuk memudahkan urusan, anda boleh siap-siap muat turun, cetak dan isi di rumah sebelum menghadirkan diri ke cawangan KWSP.
MUAT TURUN BORANG iSURI KWSP
- Klik sini untuk download Borang i-Suri – KWSP 16G (M)
- Klik sini untuk download Borang i-Suri – KWSP 6A (2)
CARA BAYAR CARUMAN iSURI KWSP SECARA ONLINE
Walaupun pendaftaran tidak boleh dilakukan secara atas talian, pembayaran boleh dilakukan melalui perbankan online.
Senarai bank yang membenarkan bayaran melalui Perbankan Internet:
- Maybank
- Public Bank
- RHB Bank
- Bank Muamalat
Tiada had minimum untuk pembayaran. Walau bagaimanapun, had maksimum yang dibenarkan untuk pembayaran i-Suri ialah RM60,000 sahaja setahun.
Boleh mencarum dalam i-Saraan KWSP juga?
Walaupun layak, setiap pemohon hanya dibenarkan memilih salah satu insentif sahaja:
- i-Saraan (yang baru-baru ini mendapat sumbangan tambahan dari kerajaan melalui inisiatif PENJANA; terutama untuk pekerja Grab, Grab Food dan Foodpanda)
- i-Suri
Pilih samada i-Saraan atau i-Suri.
Sekiranya anda telah mendaftar skim i-Saraan KWSP, anda perlu membatalkan skim tersebut sebelum membuat permohonan bagi i-Suri.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk sebarang pertanyaaan mengenai Caruman Sukarela i-SURI, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.
Bagi pertanyaan mengenai kelayakan insentif i-SURI, sila layari www.kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di talian 03-8000 8000.
Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-8000 8000.
Assalamualaikum saya nak tanya macam nak daftar e-Kasih untuk Isuri perlu kira sekali bilangan isi rumah ke.
Cara nak daftar e kasih macam mna yer?
macam mana cara nak daftar isuri
Saya seorang lelaki dan taraf oku saya tinggal seorang diri setelah berpisah dengan isteri.jadi adakah saya dikira suri rumah sebab segala galanya saya urus sendiri.apakah saya x layak mohon bantuan;isuri
Sy ingin memohon bantuan isuri
Sy nak mohon bantuan isuri
Sy nak mohon isuri
Halimah binti bohehata…
Assalamualaikum,
Saya nak memohon iSURI RUMAH,Saya mempunyai empat anak dalam tangguan Saya,suami Hanya lah pekerja sebagai buruh..harap Saya dapat bantuan dari kerajaan..Saya sngat brharap…
Saya surirumah, bagaimana nak daftar I suri
My kwsp no money. Can i apply for ISURI KWSP
Assalamualaikum saya sdh buat pendaftaran e-kasih..tetapi belum ada jawapan dari pihak atasan sama ada saya layak atau tidak..saya baru sekali mendaftar,saya dengar kawan2 yg sama2 daftar dengan saya..mereka ada jawapan di pihak atasan bahawasanya mereka layak dapat e-kasih..apa saya perlu daftar lagi e-kasih ke?.saya berasa kudat sabah..perlu ada sokongan..sama ada layak atau tidak..tapi kawan2 sekali saja mendaftar sdh layak..mohon bagi penjelasan ya..
Saya Teringin sangat bantuan isuri ni..dala ekasih tak dapat2,,disebabkan pandemik suami saya tak dapat bekerja..anak 5orang..
Saya suri rumah nak buat e kasih tapi xtau buat mcmna,saya juga berharap dapat bantuan isuri