Isi Kandungan
i-SARAAN KWSP LOGIN 2024(Insentif RM500 Bagi Berkerja Sendiri)
Kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap ataupun bekerja sendiri, KWSP ada mewujudkan kemudahan simpanan wang yang dikenali i-Saraan yang membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.Bagaimana cara ingin mencarum KWSP i-Saraan login? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU INSENTIF KWSP i-SARAAN 2024
Penyampaian Bantuan Tunai di bawah program i-Saraan dan i-Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengalami peningkatan yang signifikan mengikut Belanjawan 2024 Malaysia MADANI. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, mengumumkan peningkatan had caruman padanan kerajaan untuk kedua-dua program tersebut.
Menurut beliau, peningkatan ini bertujuan meningkatkan manfaat bantuan kepada golongan kurang berkemampuan, dengan hasil daripada sebahagian pendapatan yang diperoleh daripada penjualan nombor plat khas.
Dalam keterangannya, Perdana Menteri menyatakan bahawa had caruman bagi program i-Saraan KWSP akan ditingkatkan kepada RM500 setahun, dengan batasan maksimum seumur hidup sebanyak RM5,000. Sementara itu, had caruman padanan di bawah program i-Suri KWSP juga akan dinaikkan kepada RM300 setahun, dengan had maksimum seumur hidup sebanyak RM3,000.
Beliau turut mengumumkan bahawa Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah akan diteruskan dengan peruntukan RM50 juta. Skim ini diarahkan kepada lebih daripada 40,000 suri rumah yang berdaftar dengan e-Kasih, sebagai inisiatif untuk menyokong dan memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Peningkatan ini diharapkan dapat memberikan bantuan kewangan yang lebih besar kepada golongan yang memerlukan, sejajar dengan tema Belanjawan 2024 yang diberi tajuk ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’.
SYARAT KELAYAKAN MENCARUM I-SARAAN KWSP 2024
Berikut ialah syarat kelayakan untuk mencarum dalam iSaraan KWSP:
- Warganegara Malaysia
- Orang yang bekerja sendiri (Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja)
- Ahli KWSP
- Berumur 60 tahun ke bawah
- Telah membuat pilihan i-Saraan (Menghantar borang KWSP 16G(M))
- Terhad kepada RM5,000 seumur hidup.
MANFAAT KWSP i-SARAAN KWSP 2024
Berikut ialah antara manfaat, faedah dan kelebihan iSaraan KWSP:
- Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap dalam ekonomig gig
- Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
- Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan
- Menerima insentif khas sebanyak RM500 setahun, dengan batasan maksimum seumur hidup sebanyak RM5,000
- Bantuan Kematian: RM2,500 yang tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
PERMOHONAN KWSP i-SARAAN LOGIN 2024
Berikut adalah merupakan cara membuat permohonan Isaraan KWSP secara online:
- Layari pautan permohonan: https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/?lang=ms
- Masukkan No kad pengenalan anda
- Masukkan Profesion anda
- Tick pada ruangan pengesahan kemudian tick pada I’m Not robot.
- Kemudian tekan hantar
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan pada boring permohonan tersebut
- Pastikan maklumat yang anda berikan tepat dan benar
- Setelah lengkap semuanya, tekan hantar
- Permohonan anda telah selesai.
CARA PEMBAYARAN CARUMAN KWSP i-SARAAN LOGIN
Berikut adalah merupakan cara untuk membuat pembayaran caruman:
- Perbankan Internet (Pemindahan wang secara elektronik)
- Kaunter Ejen Bank (Tunai/Cek)
- Ejen Bank Berdaftar
- Kaunter KWSP
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat lanjut mdan pertanyaan mengenai KWSP iSaraan, anda boleh :
- layari laman web rasmi i-Saraan: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan
- Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.
ARTIKEL LAIN
CARA DAFTAR PENAMAAN KWSP (Kemaskini Tukar Nama Anak & Isteri)
“Daftar,permohonan & semakan i-saraan kwsp 2020”
791213125418
“DAFTAR,PERMOHONAN & SEMAKAN i-SARAAN KWSP 2020”
660922065067
DAFTAR
DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN I-SARAAN KWSP 2020
“DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN i-SARAAN KWSP 2020”
DAFTAR PERMOHONAN&SEMAKAN I-SARAAN 2020
DAFTAR,PERMOHONAN & SEMAKAN i SARAAN KWSP 2020
“Daftar,permohonan & semakan i-saraan kwsp 2020″
Daftar, permohonan& semakan i-saraan kwsp 2020
891230126947
Daftar permohonan i-saraan kwsp 2020
Daftar permohonan i-saraan kwsp 2020
811014125795
Daftarkan
Daftar i saraan kwsp
then nak hantar borang ke mana ?
Kan ada borang online bantuan ni..👴🏻👴🏻
DAFTAR,PEMOHONAN & SEMAKAN i-SARAAN KWSP 2020
DAFTAR,PEMOHONAN & SEMAK I-SARAAN KWSP 2020
Semakan i- SARAAN KWSP
Daftar
Daftar i -SARAAN KWSP