i-SURI KWSP 2024(Permohonan Baharu Pendaftaran)

i-SURI KWSP 2024(Permohonan Baharu Pendaftaran)

i-SURI KWSP 2024

Insentif khas yang diberi nama i-Suri adalah khusus untuk golongan suri rumah yang kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara buat pendaftaran dan permohonan i-Suri KWSP tahun 2024, semoga membantu.

 

APA ITU i-SURI KWSP 2024

iSuri adalah program caruman sukarela bagi wanita yang berdaftar di dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) termasuk suri rumah, balu, ibu tunggal dan bujang. iSuri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

 

SIAPA BOLEH MENCARUM i-SURI KWSP?

Hanya ada dua golongan yang dibolehkan untuk mencarum dalam i-Suri

  • Diri sendiri (isteri)
  • Suami kepada pasangan yang layak

 

MANFAAT i-SURI KWSP

Berikut ialah antara faedah dan kelebihan iSuri KWSP iaitu:

Insentif Khas
  • Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa.
  • Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu.
  • Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.
Dividen Tahunan
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda.
Bantuan Kematian
  • Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.
Pelepasan Cukai
  • Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN.

Kepada penerima STR,boleh buat SEMAKAN KELAYAKAN PEKA B40 

 

SYARAT KELAYAKAN i-SURI KWSP

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan iaitu:

  • Warganegara Malaysia
  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat senarai terkini.

 

KADAR CARUMAN i-SURI KWSP 2024

Tiada caruman minimum bagi caruman sukarela i-Suri bagi tahun 2024. Walaubagaimanapun, ahli digalakkan untuk mencarum sekurang-kurangnya RM600 semasa bagi melayakkan ahli untuk menerima insentif khas maksimum tahunan sebanyak RM300.

Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i-Saraan, Caruman i-Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun 1) melalui semua saluran pembayaran adalah RM100,000 setahun.

CARA DAFTAR i-SURI KWSP 2024

Anda perlu mendaftar dalam sistem e-Kasih terlebih dahulu. Permohonan i-Suri hanya boleh dilakukan setelah pemohonan anda berjaya dalam sistem e-Kasih. Berikut adalah merupakan cara untuk membuat pendaftaran iSuri KWSP iaitu:

Pendaftaran melalui eKasih
  • Pendaftaran secara automatik bagi ahli KWSP baharu yang dipadankan dengan maklumat data eKasih.
Pendaftaran Online
Pendaftaran di Self-Service Terminal (SST)
Kaunter/Pejabat KWSP
  • Datang ke mana-mana pejabat KWSP terdekat
  • Bawa Kad Pengenalan (MyKad)
  • Dapatkan Borang i-Suri – KWSP 16G (M). Ini adalah untuk pendaftaran kali pertama sahaja.
  • Lengkapkan borang
  • Lengkapkan juga Borang i-Suri – KWSP 6A (2) semasa buat pembayaran.
  • Untuk memudahkan urusan, anda boleh siap-siap muat turun, cetak dan isi di rumah sebelum menghadirkan diri ke cawangan KWSP.

 

MUAT TURUN BORANG i-SURI KWSP

  • Klik sini untuk download Borang i-Suri – KWSP 16G (M)
  • Klik sini untuk download Borang i-Suri – KWSP 6A (2)

 

CARA BAYAR CARUMAN i-SURI KWSP SECARA ONLINE

Kepada para ahli, pembayaran boleh dilakukan secara online menerusi salaran seperti berikut:

  1. Aplikasi Mudah Alih – KWSP i-Akaun
  2. Perbankan Internet
  3. Kaunter Ejen Bank – BSN, Maybank, Public Bank & RHB Bank
  4. Ejen Bank Berdaftar – (EB) BSN
  5. Bayaran secara tunai (maksimum RM500) /cek/draf bank/kiriman wang/wang pos bank di semua kaunter Peresitan Pejabat KWSP
  6. Bayaran secara Kad Debit melalui Mobile Team (MT) & Pejabat KWSP

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk sebarang pertanyaaan mengenai Caruman Sukarela i-SURI, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.

Bagi pertanyaan mengenai kelayakan insentif i-SURI, sila layari www.kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di talian 03-8000 8000.

Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-8000 8000.

13 thoughts on “i-SURI KWSP 2024(Permohonan Baharu Pendaftaran)”

  1. Assalamualaikum saya nak tanya macam nak daftar e-Kasih untuk Isuri perlu kira sekali bilangan isi rumah ke.

    Balas
  2. Halimah binti bohehata…

    Assalamualaikum,
    Saya nak memohon iSURI RUMAH,Saya mempunyai empat anak dalam tangguan Saya,suami Hanya lah pekerja sebagai buruh..harap Saya dapat bantuan dari kerajaan..Saya sngat brharap…

    Balas
  3. Assalamualaikum saya sdh buat pendaftaran e-kasih..tetapi belum ada jawapan dari pihak atasan sama ada saya layak atau tidak..saya baru sekali mendaftar,saya dengar kawan2 yg sama2 daftar dengan saya..mereka ada jawapan di pihak atasan bahawasanya mereka layak dapat e-kasih..apa saya perlu daftar lagi e-kasih ke?.saya berasa kudat sabah..perlu ada sokongan..sama ada layak atau tidak..tapi kawan2 sekali saja mendaftar sdh layak..mohon bagi penjelasan ya..

    Balas
  4. Saya Teringin sangat bantuan isuri ni..dala ekasih tak dapat2,,disebabkan pandemik suami saya tak dapat bekerja..anak 5orang..

    Balas
  5. Saya suri rumah nak buat e kasih tapi xtau buat mcmna,saya juga berharap dapat bantuan isuri

    Balas

Leave a Comment