SEMAKAN DAN PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH

SEMAKAN DAN PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH

SEMAKAN DAN PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH

APAKAH PROGRAM SUBSIDI UPAH?

Program ini merupakan perluasan kepada Program Pengekalan Pekerja( Employment Rention Program-ERP) iaitu bantuan kewangan  segera bagi membantu majikan yang mengalami pengurangan pendapatan melebihi 50% supaya dapat mengekalkan pekerja yang bergaji RM4000 dan ke bawah.

Kepada pemilik perniagaan, baca tentang RAYUAN & SEMAKAN DISKAUN 15% BIL ELEKTRIK ENAM SEKTOR YANG TERJEJAS EKORAN PENULARAN WABAK COVID-19

Program ini menyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan. Program ini dikhususkan kepada pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020.

Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan. Selain itu, majikan juga tidak dibenarkan memotong gaji sedia ada perkerja. Langkah ini dijangka memanfaatkan 3.3 juta orang pekerja dengan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion.

PAKEJ PRIHATIN PKS TAMBAHAN

Berdasarkan Pakej Prihatin PKS  TAMBAHAN,peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac 2020 yang lalu akan dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion.

Di bawah inisiatif tambahan ini, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut:

Syarikat mempunyai pekerja 1-75 orang

Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja.

Syarikat mempunyai pekerja 76-100 orang

Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.

Syarikat mempunyai pekerja lebih 200 orang

Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan.

Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.

SEMAKAN DAN PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI UPAH

-Majikan mesti berdaftar dengan SSM

-Bantuan ini adalah untuk selama 3 bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan mendaftar dengan PERKESO.

-Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurang- kurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.

Siapakah yang layak mengemukakan permohonan Program Subsidi Upah?

Hanya majikan sahaja yang layak mengemukakan permohonan.

Cara permohonan Program Subsidi Upah boleh dikemukakan

Semua permohonan perlu dikemukakan oleh majikan sahaja mulai 1 April 2020 di capaian laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan bagi permohonan Wage Subsidy, apakah dokumen yang diperlukan:

  • Senarai nama pekerja
  • Maklumat Akaun Bank Majikan (muka depan sahaja)
  • Salinan pengenalan pendaftaran bank panel majikan/MyCOID.
  • Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB
  • Akuan Pengisyitharan PSU50
  • Bukti sokongan adalah seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen pengisytiharan berkaitan.

6 thoughts on “SEMAKAN DAN PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH”

  1. Selamat sejahtera,
    Tuan, Minta tolong semak kelulusan PSU2020 Bulan April Bagi syarikat saya,
    No.Kod Majikan: F8300009763Y
    No.Ruj: 157295
    Email: [email protected]
    Tarikh Permohonan: 09.04.2020
    Terima kasih

    Balas
  2. Selamat sejahtera,
    Tuan, Minta tolong semak kelulusan PSU2020 Bulan April Bagi syarikat saya,
    No.Kod Majikan: F8300005583M
    No.Ruj: 157295
    Email: [email protected]
    Tarikh Permohonan: 09.04.2020
    Terima kasih

    Balas
  3. Assalamualaikum dan selamat sejahtera
    Tuan, mohon semak permohonan kelulusan psu2020 bulan April bagi Taska Permata Cemerlang. No kod majikan E1301001582k. No rujukan 2020042800080267.

    Balas
  4. Selamat Sejahtera,
    Tuan/Puan,minta tolong semak kelulusan PSU2020 Bulan April bagi syarikat saya.
    No. Kod Majikan:F9200002811X
    No.Ruj:2020041700057128
    Email:[email protected]
    Tarikh Permohonan:17 April 2020
    Terima Kasih

    Balas
  5. Selamat sejahtera,
    Tuan, Minta tolong semak permohonan syarikat saya adakah telah masuk dalam data tuan sebab saya hantar melalui online tetapi saya tiada dapat no rujukan untuk buat semakan.
    No.Kod Majikan: 1262923-T
    Kod majikan : A3702046513X
    No.Ruj:
    Email: [email protected]
    Tarikh Permohonan: 5.5.2020
    Terima kasih

    Balas

Leave a Comment