CARA DAFTAR AKAUN OYO HOTEL (Booking App Tempah Hotel Homestay Bilik)

CARA DAFTAR AKAUN OYO HOTEL (Booking App Tempah Hotel Homestay Bilik)

AKAUN OYO HOTEL

Sekiranya anda merancang untuk melancong bersama keluarga, semestinya anda ingin mencari hotel yang murah dan selesa berdasarkan bajet yang anda inginkan. Seperti yang sedia maklum, semakin banyak kemudahan serta darjat bilik hotel yang perolehi, semakin tinggi kadar harga satu malam.

Antara pilihan hotel atau homestay yang berbaloi adalah OYO Hotel dan dengan menikmati diskaun yang tinggi. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk daftarkan akaun OYO Hotel, semoga membantu.

 

MUAT TURUN APLIKASI OYO HOTEL

Bagi memudahkan anda membuat penempahan hotel di telefon, sebaiknya anda memuat turun dan install aplikasi OYO Hotel pada pautan di bawah:

 

KELEBIHAN TEMPAHAN GUNA APLIKASI OYO HOTEL

Berikut adalah merupakan kelebihan membuat tempahan melalui aplikasi OYO Hotel iaitu:

  • Memudahkan anda mencari tempat penginapan seperti hotel, aparment, chalet, resort dan sebagainya
  • Mendapat harga yang berpatutan
  • Dapat membuat tempahan dengan lebih awal dengan pembayaran dilakukan secara dalam talian

 

CARA DAFTAR AKAUN OYO HOTEL

Sebagai pengguna kali pertama, seharusnya anda mendaftar akaun terlebih dahulu bagi menikmati kemudahan yang tersedia. Berikut adalah merupakan cara mendaftar, semoga membantu.

  1. Layari pautan OYO Hotel  https://www.oyorooms.com/my/ atau aplikasi OYO di telefon anda
  2. Pada halaman log masuk, di bahagian country/region pilih pada Malaysia dan pada ruangan Enter Mobile Number masukkan no telefon anda. Setelah selesai klik pada Continue
  3. Masukkan kod pengesahan yang diterima melalui SMS dalam ruangan yang tersedia
  4. Lengkap segala butiran yang diperlukan pada ruangan tersedia seperti:
    • Nama
    • No kod rujukan (sekiranya ada)
    • Alamat e-mel
  5. Setelah selesai klik pada Create Account.
  6. Selesai, pendaftaran anda telah berjaya. Anda kini boleh emmbuat tempahan hotel.

 

CARA TEMPAHAN GUNA APLIKASI OYO HOTEL

Berikut adalah merupakan cara membuat tempahan menggunakan aplikasi OYO Hotel:

  1. Buka aplikasi OYO Hotel di telefon anda
  2. Pilih hotel yang ingin anda membuat tempahan
  3. Tanda kosong pada kotak hijau.
  4. Tekan pada Show All Coupons.
  5. Pada kotak Enter Coupon, masukkan kod kupon (sekiranya ada) dan klik Apply.
  6. Anda akan dapatkan tawaran diskaun hotel tersebut

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran diskaun OYO Hotel, anda boleh melayari website rasmi OYO 

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment