CARA SEKAT KAD KREDIT DEBIT MAYBANK (No Telefon Kill Switch)
Sekiranya anda merupakan pelanggan Maybank dan anda bercadang untuk membekukan akaun atau sekat penggunaan kad kredit atau kad debit Maybank anda sekiranya jika rasa sangsi atau curiga ada pihak lain mempunyai akses terhadap kad anda atas urusan tertentu seperti kehilangan atau sebagainya, kini anda boleh menghubungi talian kill switch Maybank. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.
APA ITU KILL SWITCH MAYBANK
Kill Switch ialah ciri keselamatan layan diri yang melindungi wang anda daripada scam dalam talian dan meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian anda.
Ciri pembekuan akaun ini oleh Maybank kini diperluas pada kad debit dan kredit Maybank. Melalui Kill Switch ini, sebarang transaksi yang akan dikenakan pada kad anda tidak akan berjaya kerana anda telah membekukannya.
TARIKH PERLAKSAAN KILL SWITCH MAYBANK
Mulai 8 April 2023, anda boleh menggunakan ciri Kill Switch pada apl MAE dan web Maybank2u untuk menyekat sementara akses kepada Kad Kredit/Caj Maybank anda.
CIRI-CIRI KILL SWITCH MAYBANK
Jika anda mengesyaki bahawa anda adalah mangsa penipuan, berikut ialah 2 cara anda boleh menggunakan Kill Switch untuk melindungi dana dalam akaun anda dan sekat kad Maybank dengan serta-merta:
CIRI KILL SWITCH | BAGAIMANA IA BERFUNGSI |
Sekat Kad Maybank (Baharu) | Menyekat semua transaksi keluar daripada Kad Kredit/debit Maybank anda |
Nyahaktifkan akses Maybank2u | Log keluar secara automatik daripada semua sesi aktif pada aplikasi MAE, aplikasi M2U MY dan web Maybank2u Menyekat sebarang percubaan log masuk selanjutnya |
CARA AKTIFKAN KILL SWITCH MAYBANK
Rujuk panduan langkah demi langkah di bawah tentang cara mengaktifkan kill Switch ini iaitu:
Melalui aplikasi MAE
- Buka aplikasi MAE dan tekan ‘More’
- Tekan ‘Kill Switch’
- Pilih ciri yang anda ingin sekat atau nyahaktifkan
- Baca terma dan tekan ‘Deactivate Now’
- Tekan ‘Confirm’ untuk teruskan
Nota: Anda akan dilog keluar secara automatik daripada semua sesi aktif, sebaik sahaja akses Maybank2u anda dinyahaktifkan.
Melalui laman web Maybank2u
- Log masuk ke maybank2u.com.my
- Pergi ke ‘SETTINGS’
- Klik ‘SECURITY’ dan pilih ‘Kill Switch’
- Pilih ciri yang anda ingin sekat atau nyahaktifkan
- Baca terma dan klik ‘PROCEED’
- Klik ‘CONFIRM’ untuk teruskan
CARA AKTIFKAN KEMBALI AKAUN / KAD MAYBANK DISEKAT
Sekiranya anda telah aktifkan ciri kill sitch pada akau atau kad maybank anda, berikut adlaah merupakan cara untuk anda nyahaktifkan ciri tersebut iaitu:
- Hubungi talian khidmat pelanggan Maybank: 03-58914744; atau
- Kunjungi ke cawangan Maybank yang berhampiran
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai pembekuan akaun dan sekat kad kredit/debit Maybank, anda boleh melayari Soalan Lazim (FAQ) Kill Switch Maybank
ARTIKEL BERKAITAN:
- RESET PASSWORD 2023(Maybank2u/CIMB Clicks/MyBSN/i-Rakyat/PBE Bank/RHB Now/AgroNet/Bank Islam IB)
- CARA AKTIFKAN KAD DEBIT (Maybank BSN Bank Islam CIMB PUBLIC BANK)
- CARA LINK TABUNG HAJI BANK DENGAN BANK (BANK ISLAM/MAYBANK/CIMB/BANK RAKYAT/AMBANK)
1 thought on “CARA SEKAT KAD KREDIT DEBIT MAYBANK (No Telefon Kill Switch)”