CARA JUAL KERETA GUNA myTUKAR (MUDAH CEPAT HARGA TINGGI)

CARA JUAL KERETA GUNA myTUKAR (MUDAH CEPAT HARGA TINGGI)

JUAL KERETA myTUKAR

Sekiranya anda pemilik kereta yang ingin menjual kenderaan anda, seharusnya anda perlukan pembeli yang betul dan juga perlu membandingkan kadar pasaran untuk harga terbaik, sambil menguruskan kertas kerja yang perlu dan dokumentasi yang lancar.

Jadi untuk memudahkan urusan anda menjual kenderaan terkini anda boleh menggunakan platform  myTukar. Bagaimana cara untuk jual menggunakan myTukar? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU myTUKAR

myTukar merupakan online platform jual kereta yang dipercayai dan telus, menyediakan ruang untuk semua rakyat Malaysia untuk mendapatkan pembeli melalui myTukar.com iaitu platform pembidaan kereta yang paling berkesan dan cekap dalam talian.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Hanya memerlukan pemilik kereta untuk menghantar maklumat

  • Nama Penuh
  • Nombor pendaftaran kereta

 

CARA JUAL KERETA GUNA myTUKAR

Untuk melakukan proses jual kereta anda dalam my Tukar, berikut adalah caranya:

  1. Layari pautan sesawang my Tukar: https://ssl.microsofttranslator.com/bv.aspx?ref=TAns&from=&to=ms&a=myTukar.com
  2. Isikan maklumat yang diperlukan untuk menempah masa pemeriksaan kereta di kawasan berdekatan dengan rumah anda.
  3. Sebaik sahaja tempahan diterima, pasukan myTukar akan menghantar email pengesahan
  4. Pastikan semasa pemeriksaan anda membawa
    • Kereta yang hendak dijual
    • Kunci termasuk kunci pendua
    • AP, borang K1 & JK69 bagi kenderaan recond.
  5. Setelah pemeriksaan siap (anggaran 30-40minit),  eksekutif myTukar akan bertanyakan kepada anda berapa harga yang anda mahukan untuk memulakan proses lelongan.
  6. Kereta yang melepasi pemeriksaan akan disenaraikan di laman myTukar untuk dibida oleh pembeli yang berminat pada harga yang dimahukan oleh anda dalam tempoh 24 jam.

 

PROSES PEMBIDAAN KERETA myTUKAR

Berikut adalah merupakan proses pembidaan kereta anda:

  1. Pembidaan secara live melalui pautan email yang diberikan.
  2. Proses pembidaan akan berjalan selama 1 jam 45 minit untuk sesi pertama. Sekiranya kereta anda tiada pembida buat kali pertama, jangan risau kerana ia akan dibida pada sesi seterusnya.
  3. Sekiranya kereta anda berjaya dibida, anda akan mendapat satu email tambahan dari my Tukar bagi meminta persetujuan anda. Jika anda bersetuju dengan harga yang ditawarkan, anda perlu klik butang Accept bagi menerima tawaran harga.
  4. my Tukar mengenakan bayaran RM500 bagi proses bidaan, tapi jika anda boleh menghantar kereta anda ke cawangan my Tukar dalam tempoh 3 hari selepas penerimaan harga, proses ini akan dikenakan caj sebanyak RM 250 sahaja.
  5. Apabila anda menghantar kereta ke cawangan my Tukar untuk serahan, terdapat satu borang iaitu Bills of Sales yang perlu ditandatangan oleh pemilik kereta serta proses cop jari untuk pindah milik sementara. Ketika ini anda perlu mendapatkan penyata Full Settlement dari bank pinjaman untuk diserahkan pada my Tukar
  6. Bayaran penuh akan dihantar ke akaun pemilik dalam tempoh 24jam dan anda perlu membuat bayaran penuh ke bank pinjaman. Baki duit kalau ada, adalah menjadi milik anda.
  7. Satu salinan Tukar Milik Sementara akan dihantar pada anda untuk disimpan. Jika anda masih ada perlindungan takaful, anda boleh surrender polisi takaful anda pada syarikat takaful. Dalam proses ini penulis berjaya mendapat mendapat bayaran balik sebanyak RM 374.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara jual kereta di my TUKAR, anda boleh layari website rasmi di pautan https://mytukar.com/

 

ARTIKEL LAIN

CARA JUAL & BELI KERETA DI CARSOME 2022(Cara Buat Temujanji Pemeriksaan /Bidaan Kenderaan)

 

 

 

 

 

 

Leave a Comment