EMAS BURUK ROSAK TERPAKAI (Cara Jual & Harga Terbaik)

EMAS BURUK ROSAK TERPAKAI (Cara Jual & Harga Terbaik)

EMAS BURUK ROSAK TERPAKAI

Emas sememangnya sinonim dengan masyarakat dalam negara kita sebagai aset, barangan kemewahan dan lain-lain lagi. Ramai pasti tahu bahawa terdapat pelbagai jenis emas yang wujud dalam dunia ini seperti barang kemas, emas goldbar, jongkong emas, sijil dan lain-lain lagi. Tetapi sekiranya anda ingin menjual emas anda tersebut,disini kami akan kongsikan kepada anda cara jual dan harga terbaik bagi emas buruk rosak dan terpakai. Semoga membantu.

 

APA ITU MAKSUD EMAS BURUK ROSAK TERPAKAI

Berikut adalah merupakan maksudnya iaitu:

  • Emas Buruk
    • Iaitu barangan emas yang lama dan usang
  • Emas rosak
    • Iaitu barangan kemas yang masih elok tetapitidak dapai dipakai contoh putus atau sebainya
  • Emas Terpakai
    • Iaitu merupakan emas yang telah dibentuk kembali dan digunakan bagi sesuatu tujuan tertentu. Ia dari emas asli tetapi dibentuk semula dan digunakan.

 

JENIS EMAS BURUK ROSAK TERPAKAI YANG BOLEH DIJUAL

Berikut adalah beberapa kriteria perhiasan emas yang boleh anda jual iaitu:

  • Anting-anting tanpa pasangannya atau penutup / Penutup anting-anting
  • Gelang
  • Kalung
  • Loket
  • Cincin
  • Bar emas
  • Syiling emas
  • Perhiasan ketinggalan zaman
  • Gigi emas

 

FAKTOR PENILAIAN HARGA BAGI JUAL EMAS BURUK ROSAK TERPAKAI

Berikut adalah merupakan beberapa faktor yang akan dinilai semasa menjual semula emas iaitu:

  • Surat beli emas
    • Sesetengah kedai emas atau peraih emas lama membeli emas lama dengan harga murah kerana tiada surat beli emas.
  • Krum/enamel
    • Harga belian balik peraih lama atau kedai emas menjadi murah kerana krum dan enamel tidak berharga dan peraih mengurangkan berat krum/enamel tersebut dengan menberi alasan krum adalah emas putih padahal ia hanyalah cat krum sahaja.
  • Batu perhiasan
    • Batu perhiasan tidak beharga bagi peraih emas. Mereka akan cungkil batu permata atau tolak berat barang kemas tersebut dengan berat tertentu mengikut saiz batu permata tersebut
  • Pembalut/pakaging
    • Belian balik Gold bar, dinar atau syiling tidak akan berkurang walaupun anda dah buka pakaging tersebut. Kerana harga belian balik mengikut harga berat emas semata. Ada setengah peraih menyatakan gold bar, dinar dan syiling akan kurang harganya jika dikeluarkan dari pakaging
  • Rupa bentuk
    • Harga belian balik tidak akan berkurang walaupun emas tersebut rosak, kesan terbakar, kemek atau patah. Kerana kilang akan leburkan semula emas tersebut menjadi produk emas yang baru
  • Cp/Logo/Nama
    • Cap, logo dan nama produk emas tidak akan mengurangkan harga belian balik emas tersebut.
  • Antik
    • Emas antik atau emas dengan ukiran yang unik dan antik dibeli dengan harga belian balik yang sama dengan mutu emas yang lain

 

CARA JUAL EMAS BURUK ROSAK TERPAKAI

Sekiranya anda tinggal di Malaysia, mungkin tidak banyak tempat yang sanggup membeli perhiasan emas jenis ini. Tetapi, jangan risau anda boleh membuat carian kedai khusus membeli emas terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pergi ke tempat yang boleh membeli emas anda yang sudah lama dan usang yang berkonsepkan membeli emas dari pelanggan untuk tujuan kitar semula
  2. Anda boleh berurusan staf kedai emas tersebut dan kemungkinan staf tersebut akan memeriksa emas anda dari segi:
    • berat
    • jenis/gred
  3. Setelah diuji, staf tersebut akan memberikan harga mengikut harga pasaran setiap hari untuk membeli barang anda
  4. Setelah berseju kedua-dua pihak, staf tersebut akan membuat pembayaran secara terus sama ada secara online transfer ataupun tunai.

 

KADAR HARGA EMAS BURUK ROSAK TERPAKAI

Berikut adalah merupakan harga anggran emas buruk , rosak dan terpakai iaitu:

Harga Belian Emas Terpakai / Lama

EmasTrade-InJual Emas (Ambil Cash)
999.9RM 267.00/gRM 262.00/g
999RM 262.00/gRM 257.00/g
950RM 247.00/gRM 242.00/g
916RM 242.00/gRM 237.00/g
22KRM 232.00/gRM 227.00/g
835RM 217.00/gRM 212.00/g
PAUNRM 207.00/gRM 202.00/g
750RM 192.00/gRM 187.00/g

NOTA: Kadar harga mungkin berubah mengikut pasaran semasa

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment