Isi Kandungan
PERMOHONAN SEWA KEDAI PREMIS KIOSK DBKL (Berapa Harga & Borang)
DBKL telah menyediakan pusat-pusat penjaja yang lebih teratur di kawasan-kawasan yang strategic di sekitar Kuala Lumpur. Ini telah memberi peluang kepada penjaja berniaga di premis-premis yang teratur, selesa dan bersih serta dapat meningkatkan imej penjaja-penjaja berkenaan.Ruang-ruang perniagaan penjaja ini juga dapat memberi peluang kepada wargakota yang beminat untuk menceburi bidang perniagaan khususnya kepada para graduan dan generasi muda. Disini kami akan kongsikan cara permohonan sewa bagi kedai, premis dan kiosk melalui DBKL, semoga membantu.
SENARAI LOKASI PUSAT PENJAJA DBKL
Berikut adalah merupakan lokasi yan tersedia bagi pusat penjaja DBKL:
Lokasi Pusat Penjaja DBKL
Lokasi | Bil |
Jalan Melayu (Lorong Tuanku Abdul Rahman) | 12 |
Arked Ibukota | 28 |
101, Jalan Tuanku Abdul Rahman | 8 |
107, Jalan Tuanku Abdul Rahman | 14 |
Jalan Stor | 12 |
Pusat Penjaja Seksyen 4, Wangsa Maju | 7 |
Pasaramakota | 12 |
Jalan Bellamy | 3 |
Jalan Choo Cheng Kay | 8 |
Jalan Thaver | 30 |
Velodrome | 30 |
Jalan Jujur, Bandar Tun Razak | 24 |
Jalan Ikhlas, Bandar Tun Razak | 18 |
Taman Salak Jaya | 20 |
Taman Sungai Besi | 10 |
Jalan Lobak | 7 |
Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru | 4 |
Jalan Tun Sambanthan | 11 |
Kampung Kerinchi | 60 |
Jalan Cenderasari (Perangkaan) | 17 |
Jalan Cenderasari (Kesihatan) | 6 |
Jalan Duta | 53 |
Medan Bonus, Masjid India | 27 |
Jalan Desa Aman | 53 |
Taman Maluri | 35 |
Jalan Mega Mendung | 24 |
Desa Tun Razak | 76 |
Metro Prima, Kepong | 28 |
495/497, Jalan Tuanku Abdul Rahman | 20 |
Lorong Raja Bot | 41 |
Jalan Raja Bot/Jalan Haji Hussein | 42 |
Lorong Haji Hussein 1 | 38 |
Lorong Masjid Pakistan | 32 |
Hentian Bas Jalan Tun Razak (Bawah Kanopi) | 4 |
Perhentian Bas Jalan Tun Razak (Lot 97/98) | 23 |
Perhentian Bas Jalan Tun Razak (Terbuka) | 24 |
Jalan Haji Salleh, Sentul | 10 |
Jalan Raja Muda (TPCA) | 38 |
Medan Anika, Jalan Genting Klang | 20 |
Seksyen 10, Wangsa Maju | 18 |
Dapur Bergerak | 30 |
Pusat Penjaja Jalan Usahawan | 35 |
Pusat Penjaja Danau Kota | 32 |
Pusat Penjaja Taman Setiawangsa | 43 |
Pusat Penjaja Jalan Semarak | 39 |
Taman Maluri | 35 |
Lokasi Kiosk DBKL
Lokasi | Bil |
Hentian Bas Putra | 5 |
Kiosk JPP & PK | 42 |
Kiosk Perhentian Bas | 46 |
Lokasi Gerai Berkunci DBKL
Lokasi | Bil |
Jalan Bonus 6 | 10 |
Hentian Bas Putra | 12 |
Loaksi Kedai / Premis Dbkl
Lokasi | Bil |
Kawasan kedai / premis di kuala lumpur | Sekiranya terdapat tawaran iklan kekosongan |
KADAR HARGA SEWA KEDAI PREMIS KIOSK DBKL
Kadar harga bagi penyewaan akan ditentukan semasa tawaran iklan dikeluarkan. Ini kerana harga adalah berbeza mengikut kawasan, lokasi, jenis bangunan dan sebagainya.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut terlebih dahulu untuk disertakan sekali dengan borang permohonan:
- Individu
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini yang disahkan
- Salinan Pendapatan / Penyata Gaji Pasangan yang disahkan
- Surat pengesahan pekerjaan dari majikan (bagi yang bukan kaitangan DBKL)
- Surat Akuan Bersumpah (bagi yang tidak mempunyai Penyata Gaji)
- Salinan Penyata Akaun Bank 3 bulan terkini yang disahkan (bagi yang bukan kaitangan DBKL)
- Surat pengesahan kebankrapan dari Jabatan Insolvensi Malaysia
- Syarikat
- Salinan Kad Pengenalan: Pengarah Syarikat Sdn Bhd/ Sykt Perseorangan/ Sykt Perkongsian
- Salinan Penyata Akaun Bank yang disahkan (3 bulan terkini)
- Salinan Borang 9, Borang 24 & Borang 49
- Memorandum & Articles of Association (MAA)
- Resolusi Pengarah / Directors’ Resolution
- Salinan Borang D atau Borang E (Borang Pendaftaran SSM)
CARA PERMOHONAN SEWA KEDAI PREMIS KIOSK DBKL
Kepada peniaga yang berminat untuk membuat permohonan berikut adalah merupakan caranya:
- Muat turun borang Permohonan Menyewa Premis Kediaman/Kedai/Pejabat/Kilang, Milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
- Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan
- Hantarkan permohonan kepada:
- Unit Penyewaan Tanah dan Bangunan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Tingkat 6, Bangunan TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250, Kuala Lumpur.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai sewa kedai premis kiosk DBKL, sila layari website rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di pautan https://www.dbkl.gov.my/
ARTIKEL LAIN
LOGIN MYEG (CARA DAFTAR ONLINE PORTAL myeg.com.my)
Saya ingin memohon sewa kiosk dbkl di lorong haji hussein 1
Saya ingin memohon kedai/premis jika terdapat kekosongan
Berapa sewa Kedai no19 Jalan seri rejang 1 Taman sri rampai 53300 Kuala Lumpur
Saya OKU holder. Ingin sewa kedai DBKL area yg berdekatan dengan desa pandan
Saya ingin menyewa kiosk berdekatan kuala lumpur.. bagaimana?
Saya ingin memohon gerai dimutiara bangsar level 2.. gerai no 21 atau 22.
Harap dapat dipertimbangkan saya dah tak kerja hampir setahun..
Nk mohon n apply cmner smlm g dbkl .ktanye dh dibekukan.sy oku n ibu tunggal memerlukn kedai2 untuk menampung hidup.
Perlukan bantuan untuk membuka kedai Makanan di taman kobena depan vista ria Condo. Tengah menyewa kedai Makanan sekarang tetapi oner nak semua kedai tu
Perlukan bantuan untuk membuka kedai Makanan di taman kobena depan vista ria Condo. Tengah menyewa kedai Makanan sekarang tetapi oner nak semula kedai tu
Saya ingin menyewa kiosk dekat Seri Bonus, harga sewa berapa ?
Saya mencari tapak penjaja beredar jalan dungun..mcm mana saya nak apply
Saya nak menyewa kedai didalam Utc bandar baru sentul dah lama tunggu 10tahun.
Saya nak menyewa kiosk until niaga kat bricksfields
Boleh minta tolong. Macam mana saya mohon metro prima kepong penjaja lesen dan tempat kiosk.
Aslam sy Abdul samat ingin menyewa (lot ,tapak,gerai) mknan di lokasi seperti di ,salah satu tempat utk berniaga ,di Medan bonus masjid india,lorong masjid pakistan,Taman Maluri.([email protected]
[email protected]
Assalamualikum…DBKL yg dihormati.Saya nak menyewa kedai DBKL dlm kompleks Perniagaan b.b.sentul(UTC)dah lama tunggu10 th ada.Dulu pernah mohon tak dapat2
Minta belah ehsan DBKL membantu saya.
sayq ingin memohon untuk sewa kedai DBKL WANGSA MAJU SEKSYEN 2 . PUSAT PENJAJA WANGSA MAJU SEKSYEN 2
Aslamalikum dbkl food court shop available masjid India behind hanifa textiles food court
Saya ingin sewa 1 kedai utc sentul bagaimana cara nya
Saya Nak sewa kiosk di kawasan Kompleks Tun Sambanthan 0173240808.
Selamat petang,adakah kedai di plaza sg mulia untuk sewa?