MyPESARA:CARA GUNA SEMAKAN NO AKAUN & PENYATA PENCEN(Muat Turun Aplikasi)

MyPESARA:CARA GUNA SEMAKAN NO AKAUN & PENYATA PENCEN(Muat Turun Aplikasi)

MyPESARACARA GUNA SEMAKAN NO AKAUN & PENYATA PENCEN(Muat Turun Aplikasi)

Kepada semua pesara kerajaan (pesara/penerima pencen/waris pesara Kerajaan), mulai 1 Julai 2017 secara rasminya aplikasi MyPesara telah diperkenalkan. Ini  lebih mudah untuk menguruskan urusan persaraan anda serta dapatkan pelbagai maklumat mengenai hal ehwal persaraan dan informasi terkini, serta semak dan kemaskini status pencen kini boleh dilakukan di mana-mana sahaja, setiap masa, di hujung jari anda.

Bagaimana panduan untuk semakan no akaun dan penyata pencen melalui MyPesara? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU MyPESARA

MyPesara merupakan aplikasi pintar yang dibangunkan bertujuan memberi kemudahan kepada pesara Kerajaan Malaysia mencapai maklumat seperti data peribadi, data perkhidmatan dan maklumat bayaran pencen yang diterima setiap bulan.

MyPesara memberi peluang kepada pengguna untuk merancang dan mengurus persaraan masing-masing dengan cekap dari segi kewangan, kesihatan dan meningkatkan perkhidmatan yang diberikan oleh KWAP kepada pesara kerajaan.

 

MUAT TURUN APLIKASI MyPESARA

Bagi permulaan, anda seharusnya memuat turun (download) aplikasi My untuk memudahkan urusan anda disini:

  • Google Play bagi pengguna Android
  • Apple Store bagi pengguna IOS 

 

SEMAKAN NO AKAUN PENCEN

Sebelum menggunakan aplikasi ini, anda seharusnya  mengetahui no akaun pencen anda. Sebenarnya anda boleh dapatkan no akaun pencen anda di Kad Pesara anda nanti.

 

PANDUAN MENGGUNAN APLIKASI MyPESARA

Setelah anda mengetahui no akaun pencen anda, berikut adalan panduan mengunakan aplikasi MyPesara:

  1. Buka aplikasi MyPesara anda
  2. Log Masuk MyPesara dengan menggunakan
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Nombor Akaun Pencen (terdapat di Kad Pesara anda)
  3. Tekan Butan Log Masuk
  4. Setelah anda berjaya Log Masuk, berikut adalah kemudahan yang ada dalam aplikasi MyPesara:
    • Menyemak maklumat persaraan.
    • Informasi berkaitan faedah persaraan, tips pengurusan kewangan dan kesihatan.
    • Tetapkan temujanji dan hubungi kami melalui aplikasi ini.
    • Pengumuman terkini mengenai aktiviti untuk pesara.
    • Kalendar tarikh pembayaran pencen.

 

APLIKASI ATAS TALIAN(www.jpapencen.gov.my)

Selain itu, anda juga boleh layari Aplikasi Atas Talian yang terdapat di laman sesawang Bahagian Pasca Perkhidmatan (www.jpapencen.gov.my). Berikut adalah kemudahan yang disediakan:

  1. Semakan Status Permohonan Persaraan;
  2. Cetakan Surat Persaraan Pilihan;
  3. Semakan Pemberian Taraf Berpencen;
  4. Semakan Kelulusan Faedah Persaraan;
  5. Semakan Penyata Pencen;
  6. Pemakluman Bayaran Ganjaran;
  7. Bantuan Mengurus Jenazah;
  8. Semak Pindaan Potongan;
  9. Cetakan Surat Kelulusan Skim A Berwakil;
  10. Sistem Maklum Balas;
  11. Surat Akuan Pesara;
  12. Kelulusan Pelantikan Wakil Diri;
  13. Status Permohonan Tuntutan Perubatan; dan
  14. Status Permohonan Pencen Terbitan (Mati Dalam Persaraan).

 

SOALAN LAZIM (FAQ) MyPESARA

Apakah faedah dan kemudahan yang diberi kepada seseorang pesara?

Faedah persaraan yang akan diperolehi oleh pesara ialah :

  • Ganjaran Perkhidmatan (sekali gus);
  • Pencen Perkhidmatan (bulanan); dan
  • Award Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (sekali gus).

Apakah itu Kad Pesara?

Kad Pesara merupakan dokumen pengenalan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA dan KWAP kepada pesara dan penerima pencen. Antara kemudahan yang diperolehi melalui kad ini adalah :

  • untuk urusan perubatan dan caj wad percuma (bersamaan dengan kelayakan gred jawatan terakhir) di Hospital Kerajaan;
  • Diskaun tambang kereta api (tertakluk kepada tawaran dan kuota); dan
  • Sebagai kad diskaun 1Malaysia/kad integrasi rakan dagang perkongsian pintar di bawah NBOS6 berkuatkuasa mulai 21 Mac 2013 (sila rujuk laman web 1mdc.1pengguna.com).

Apakah keadaan yang boleh menyebabkan pencen ditarik balik?

  • Sekiranya pemberian pencen adalah akibat dari tidak mengetahui mengenai fakta atau (ada pihak) sengaja menyembunyikan fakta-fakta matan atau memberikan maklumat palsu yang sepatutnya menjadi sebab-sebab yang mencukupi untuk dibuang kerja atau turun gaji pegawai itu (pesara yang menerima pencen).

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai MyPesara, anda boleh layari laman web rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA di pautan http://www.jpapencen.gov.my/

ARTIKEL LAIN

LOGIN MyAhli ONLINE PDRM:CARA DAFTAR & SEMAKAN DIVIDEN KOPERASI POLIS(kpd.com.my)

8 thoughts on “MyPESARA:CARA GUNA SEMAKAN NO AKAUN & PENYATA PENCEN(Muat Turun Aplikasi)”

  1. Nak tau nombor akaun pencen Mak saya…dia terlupa atau hilang.

    Nak masuk and install app MyPesara pun tak boleh, sebab nombor pencen lupa…

    Balas
  2. 1. Saya cuba sistem Mypesara tapi tak blh akses sistem..ade masalah dgn.sistem Mypesara ?
    2. Saya nak dapatkan potongan-potongan yg.terlibat dalam amaun ganjaran saya.
    3. Untuk bayaran kenaikan gaji rm100.00 dan bonus rm 700.00, jika saya layak, bahagian mana yang akan membuat bayaran(Jabatan atau KWAP) ?

    Balas
  3. Adakah benar no pesara diberi sebelum pencen dan jika ianya diberikan sebelum pencen bagaimana saya mahu tahu no akaun pencen saya

    Balas

Leave a Comment