SEMAKAN DAN PERMOHONAN SKIM KREDIT MIKRO BSN(Check Kelulusan)

SEMAKAN DAN PERMOHONAN SKIM KREDIT MIKRO BSN(Check Kelulusan)

SEMAKAN DAN PERMOHONAN SKIM KREDIT MIKRO BSN

 

APAKAH BSN MICRO/i KREDIT PRIHATIN?

BSN Micro/i Kredit Prihatin ialah skim pembiayaan / pinjaman mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19.

 

SEMAKAN DAN PERMOHONAN SKIM KREDIT MIKRO BSN

SYARAT KELAYAKAN BSN MICRO/i KREDIT PRIHATIN

Usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah :

  1. Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19
  2. Perusahaan Mikro – Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd
  3. Dimiliki oleh Warganegara Malaysia
  4. Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
  5. Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan
  6. Terbuka kepada semua sektor perniagaan

 

 


JUMLAH PEMBIAYAAN/PINJAMAN YANG DITAWARKAN
BSN MICRO/i KREDIT PRIHATIN

Maksimum sehingga RM75,000

 

 

TEMPOH PEMBIAYAAN/PINJAMAN YANG DITAWARKAN BSN MICRO/i KREDIT PRIHATIN

Antara 1 hingga 5.5 tahun

 

KEISTIMEWAAN BSN MICRO/i KREDIT PRIHATIN

Keistimewaan BSN Micro/i Kredit Prihatin adalah moratorium 6 bulan ke atas pembayaran ansuran bulanan.

 

KADAR KEUNTUNGAN/FAEDAH BAGI BSN MICRO/i KREDIT PRIHATIN

0%

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BSN MICRO/i KREDIT PRIHATIN

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah :
1. Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah

 

2.Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi

3Penyata Akaun Bank Syarikat untuk 3 bulan terkini

4.Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank

 

TEMPOH MASA KELULUSAN PERMOHONAN

6 hari bekerja selepas borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap diterima.

 

TARIKH AKHIR PERMOHONAN BSN MICRO/i KREDIT PRIHATIN

Sehingga 31 Disember 2020

Adakah pihak Bank memerlukan sebarang cagaran daripada pelanggan memandangkan bayaran ansuran bulanan akan berlaku pada bulan ke-7 selepas pengeluaran penuh pembiayaan / pinjaman dilakukan?

Tiada cagaran diperlukan

 

HUBUNGI JIKA BERMINAT UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

Hubungi Eksekutif Pembiayaan Perniagaan terdekat untuk maklumat lanjut. Nombor telefon Eksekutif Pembiayaan Perniagaan kami boleh didapati di laman sesawang BSN https://www.mybsn.com.my/formdownload?formDownloadId=2211

 

CARA UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT LEBIH LANJUT MENGENAI BSN MICRO/i KREDIT PRIHATIN

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai BSN Micro/i Kredit Prihatin:

  1. Sila hubungi 1300-88-1900
  2. Layari laman sesawang

-BSN Micro-i Kredit Prihatin (Islamik)

https://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=1585

-BSN Micro Kredit Prihatin (Konvensional) https://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=1586

 

CARA PERMOHONAN BSN MICRO/i KREDIT PRIHATIN

1. Download borang disini:

https://www.mybsn.com.my/formdownload?formDownloadId=771

2.Sediakan dokumen yang lengkap.

3.Emelkan kepada pegawai BSN yang terdekat

 

PENGUMUMAN PERMOHONAN BSN MICRO/i KREDIT PRIHATIN

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kami telah menerima sambutan yang luar biasa ke atas permohonan kemudahan BSN Micro/i Kredit Prihatin. Memandangkan peruntukan telah mencapai permohonan had maksimum, permohonan untuk kemudahan ini telah ditutup berkuat kuasa pada 22 Mei 2020.

 

BSN kini dalam proses penilaian ke atas setiap permohonan berdasarkan syarat dan terma pembiayaan Bank. Keputusan akan dimaklumkan secara berperingkat sebelum 30 Jun 2020.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900.

 

ARTIKEL LAIN

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19 bagi sektor agromakanan boleh memohon SKIM PEMBIAYAAN KREDIT MIKRO AGROBANK jika layak.

Kepada usahawan PKS, ini cara daftar KEMPEN E-DAGANG PENJANA untuk layak manfaat RM1500 dari SHOPEE & rakan e-dagang yang lain.

Baca tentang Skim Pembiayaan PKS PENJANA ini boleh dipohon mulai pertengahan Jun 2020 dengan had sehingga RM500 ribu bagi setiap PKS.

 

 

85 thoughts on “SEMAKAN DAN PERMOHONAN SKIM KREDIT MIKRO BSN(Check Kelulusan)”

  1. Untuk mahu dapat tahu lulus atau tidak lulus untuk pinjaman mirco i kredit prihatin yang apply from april until now thanks

    Balas
  2. Sudah Sebulan borang permohonan dihantar masih tiada jawapan. Apabila semakan dibuat borang tiada dalam sistem…. Adui🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️

    Balas
  3. Apa nii… Langsung tak boleh buat apa apa semakan status permohonan kredit micro bsn? Telefon agent bank, sengaja tak jawap telefon. Telefon customer service bsn, kata TAK TAHU, Sila Tunggu Tunggu!
    Sudah sebulan sejak hantar pemohonan.
    Package Perihatin nii… Fake News ke?
    Sejak MCO sampai sekarang… kerajaan paksa business tutup,. MATI lah semua business..

    Balas
  4. Assalammualaikum, macammana nk semak status permohonan mikro bsn?.Adakah loan saya di luluskan?.Bilakah loan akan di kreditkan ke dlm acctn bnk sekiranya loan lulus.harap dapat memberi jawapan AsAP.TQ

    Balas
  5. Saya nak cek Permohonan micro saya diluluskan atau Tidak.. Saya Telefon Tak Jawab …saya Tak tahu nak contact siapa Dan Macam mana.. Saya memerlukan Pinjaman ini kerana business saya terjejas… Tolong Jawab soalan saya

    Balas
  6. Semakan permohonan skim micro BSN.
    Tlg bagi tahu samada lulus atau tidak. Jikalau tak lulus tlg beri sebabnya. Senang sy buat sealant. Tk.

    Balas

Leave a Comment