AKAUN ASB DISEKAT (Cara Akses & Aktifkan Semula myASNB)
Sekiranya akaun myASNB anda disekat atau dibekukan menyukarkan untuk anda akses akaun tersebut. Sudah semestinya anda ingin aktifkannya kembali dan mengetahui caranya. Disini kami kongsikan cara akses dan aktidkan semula akaun myASNB anda secara atas talian (online), semoga membantu.
APA ITU PORTAL myASNB
Portal myASNB adalah dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad. Ia adalah sebuah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.
Dengan memiliki akaun myASNB secara online, maka pengguna tak perlulah beratur untuk membuat simpanan pelaburan atau pengeluaran lagi.
PUNCA mASNB DISEKAT / DIBEKUKAN
Antara punca akaun myASNB anda disekat / dibekukan adalah seperti berikut:
- Disekat
- Percubaan log masuk tidak berjaya sebanyak 3 kali berturut-turut.
- Dibekukan
- Akaun Dorman iaitu akaun ASB dibekukan apabila tidak log masuk melebihi 400 hari.
CARA AKTIFKAN SEMULA mASNB DISEKAT
Sekiranya akaun mASNB anda disekat akibat melebihi percubaan log masuk sebanyak 3 kali, berikut adalah caranya:
- Jawab soalan keselamatan di portal atau aplikasi myASNB (Android / IOS)
- Ciptakan kata laluan yang abru
CARA AKTIFKAN SEMULA mASNB DIBEKUKAN
Sekiranya akaun myASNB anda dibekukan akibat tidak log masuk melebih 400 hari, berikut adalah cara untuk aktifkan kembali:
- Layari pautan myASNB: https://www.asnb.com.my/onlineredemption.php
- Isikan maklumat log masuk
- Buat pengesahan nombor telefon bimbit.
GAGAL AKTIFKAN myASNB
Sekiranya anda masih tidak berjaya untuk log masuk, berikut adalah cara online yang perlu anda lakukan:
- Sediakan dokumen pengesahan diri
- Gambar swafoto bersama MyKad
- Gambar atau salinan MyKad
- Salah satu dokumen sokongan: Lesen memandu bergambar, Pasport, Penyata bank persendirian, Bil utiliti elektrik, air telefon dan sebagainya.
- Emel ke [email protected]
Anda juga boleh lakukan secara manual seperti:
- Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 03-7730 8899
- Hadir ke Cawangan ASNB terdekat
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN myASNB
Berikut adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh myASNB untuk kemudahan pemegang unit:
- Pegangan Portfolio – memaparkan baki akaun tabung unit amanah ASNB anda berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAB) terkini
- Rekod Transaksi – memaparkan butiran urus niaga berkaitan tabung unit amanah ASNB yang dilaksanakan pemegang unit menerusi Portal myASNB sepanjang 30 hari lalu
- Pelaburan Tambahan –pelaburan tambahan bagi tabung unit amanah ASNB secara atas talian
- Jualan Balik – Jualan Balik atau pengeluaran bagi tabung unit amanah ASNB secara atas talian
- Pelaburan Permulaan – membolehkan pemegang unit membuka akaun tabung unit amanah baharu secara atas talian
- Penukaran – penukaran unit antara dua tabung unit amanah oleh pemegang unit yang sama
- Muat Turun Penyata – muat turun penyata terkini berkaitan akaun tabung unit amanah anda sama ada Penyata Tahunan, Penyata Terperinci, Penyata Pegangan atau Penyata KWSP (jika ada)
- Permohonan Penyata – permohonan salinan penyata bagi tahun-tahun sebelumnya.
- Perancangan Perwarisan – Pra-pendaftaran Perancangan Perwarisan ASNB
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai akaun ASB disekat, anda boleh merujuk:
- Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 03-77308899
- Emel: [email protected]
- Rujuk Soalan Lazim (FAQ) : https://www.myasnb.com.my/
ARTIKEL LAIN
CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)