BANTUAN AWAL IPT ZAKAT KEDAH(PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN)

BANTUAN AWAL IPT ZAKAT KEDAH(PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN)

BANTUAN AWAL IPT ZAKAT KEDAH

Kepada warga pelajar teutamanya dari Negeri kedah yang berpeluang melanjutkan pengajian sepenuh masa di peringkat penggajian tinggi, anda boleh membuat permohonan melalui Skim Bantuan Awal IPT Zakat Kedah. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN AWAL IPT ZAKAT KEDAH

Bantuan Awal IPT atau juga dikenali sebagai Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Dalam Negara merupakan bantuan sekaligus (one off) yang diberikan kepada pemohon dalam kalangan penuntut yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di Institut Pengajian Tinggi dalam negara. Pelajar yang menerima surat tawaran melanjutkan ke IPT hanya boleh membuat permohonan bagi setiap peringkat sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.

Agihan ini tidak termasuk pelajar yang menyambung pengajian diperingkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan pusat pengajian yang bertaraf sekolah.

Pemberian bantuan ini adalah dibawah asnaf Fisabilillah yang mana sumber kewangan diambil daripada hasil kutipan zakat Negeri Kedah dan diagihkan kepada 8 golongan asnaf yang layak.

 

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AWAL IPT 

Berikut adalah syarat kelayakan bagi katagori IPT dalam dan luar Negara:

  • Pemohon mestilah beragama Islam.
  • Pemohon sedang bermastautin/ menetap di negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran).
  • Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa bermula tahun 2021 sahaja dan telah membuat bayaran pendaftaran awal pengajian.
  • Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bidang kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3) bulan pengajian.
  • Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas dimana pelajar memasuki IPT dibawah umur disebabkan kemasukan khas atau mana-mana bidang kemahiran.
  • Pemohon perlulah menyambung pengajian diperingkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).
  • Pelajar yang menyambung pengajian dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) adalah tidak layak memohon bantuan awal IPTA.
  • Borang permohonan yang lengkap diisi oleh pemohon hendaklah dihantar beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan.

 

TEMPOH PERMOHONAN BANTUAN AWAL IPT ZAKAT KEDAH

Tempoh permohonan dibuka sepanjang tahun 2022 dan ditutup pada 31 Disember 2022.

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN AWAL IPT LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Jika berminat untuk membuat permohonan,sila rujuk langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi Lembaga Zakat Negeri Kedah atau terus ke pautan https://bit.ly/DermasiswaAwalIPTLZNK 
  2. Klik ‘Aplikasi Dalam Talian’ dan pilih tab ‘Bantuan Awal IPT’
  3. Bagi pemohon baru, sila tekan butang PERMOHONAN BARU.
  4. Isikan setiap butiran dengan LENGKAP DAN JELAS.
  5. Muat naik (upload) dokumen lampiran pada ruangan yang disediakan.

 

SENARAI DOKUMAN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon (pelajar)
  • Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penjaga
  • Surat Tawaran Melanjutkan Pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
  • Salinan Slip Bank/ Resit Pembayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Akuan pendaftaran masuk IPT yang dikeluarkan oleh IPT atau apa-apa dokumen bukti pengesahan masuk ke IPT.
  • Salinan Akaun Bank yang tertera nama Pemohon (Pelajar)
  • Lain-lain dokumen khusus yang perlu disertakan bersama permohonan seperti\Surat bermastautin/ Surat Rayuan Permohonan/ Resit Zakat (bagi yang berkaitan sahaja)

*Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Ketua Jabatan, Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengetua, Guru Besar, Penghulu) atau Imam/ Penolong Amil bagi kariah masjid.

 

 

SEMAKAN & CETAKAN BORANG PERMOHONAN BANTUAN AWAL IPT LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

  1. Untuk membuat semakan dan cetakan borang, sila ke pautan http://ipt.zakatkedah.com.my/.
  2. Masukkan No KP & Kata Laluan, kemudian tekan Butang SEMAK.

 

SOALAN ALZIM (FAQ) BANTUAN AWAL IPT ZAKAT KEDAH

Untuk mengetahui soalan lazim mengenai bantuan ini, anda boleh merujuk pada pautan berikut:

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan Awl IPT Lembaga Zakat Negeri Kedah ini, sila berhubung melalui:

  • LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN, Aras 3, Menara Zakat,Jalan Telok Wan Jah,05200 Alor Setar, Kedah.
  • Tel : 04-7331740
  • Faks : 04-7316280
  • Aduan/Cadangan : [email protected]

 

ARTIKEL LAIN

SENARAI PORT OOTD TEMPAT MENARIK (Setiap Negeri)

 

1 thought on “BANTUAN AWAL IPT ZAKAT KEDAH(PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN)”

Leave a Comment