Isi Kandungan
PERMOHONAN BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA(BTB) JKM (Dapat RM300 Sebulan)
Salah satu inisiatif Kerajaan kepada orang kurang upaya (OKU) adalah Bantuan OKU Tidak Berupaya Kerja BTB JKM secara bulanan bertujuan membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.
JKM adalah agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga, dan Masyarakat yang berperanan memberikan perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat.
Bagaimana cara untuk membuat permohonan BTB? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU BTB
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) diberikan kepada individu OKU bagi membantu menyara kehidupan serta mempertingkatkan kualiti dan kesejahteraan golongan ini. Ia juga dapat mengurangkan jumlah golongan ini dimasukkan ke Institusi Kebajikan dan mereka boleh terus tinggal di rumah bersama keluarga masing – masing tanpa sebarang masalah.
KADAR BAYARAN BTB
Kadar bantuan yang diberikan kepada OKU yang layak ialah sebanyak RM300 sebulan
SYARAT KELAYAKAN BTB
Berikut adalah merupakat syarat kelayakan permohonan BTB:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang Kad OKU JKM;
- Tidak berupaya bekerja.
- Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
- Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
- Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Nota: Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah dokumen yang perlu anda sediakan terlebih dahulu:
- Kad Pengenalan diri pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan penyata gaji (jika ada).
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
- Borang bantuan Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM 18)
CARA PERMOHONAN BTB JKM
Berikut adalah cara membuat permohonan BTB:
Permohonan Atas Talian (Online):
- Layari pautan eBantuan JKM: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
- Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan
- Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
Permohonan Secara Manual:
- Muat turun borang Permohonan Bantuan (JKM 18)
- Isi borang-borang tersebut dengan lengkap dan betul.
- Bawa bersama borang-borang beserta dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), anda rujuk:
- Website rasmi JKM: https://www.jkm.gov.my/
- Hubungi: 03-8000 8000.
ARTIKEL LAIN
Saya tidak berkerja