CARA DAFTAR TRIVAGO (Check Banding Harga Hotel Murah)

CARA DAFTAR TRIVAGO (Check Banding Harga Hotel Murah)

CARA DAFTAR TRIVAGO

Sekiranya anda merancang untuk melancong bersama keluarga, semestinya anda ingin mencari hotel yang murah dan selesa berdasarkan bajet yang anda inginkan. Seperti yang sedia maklum, semakin banyak kemudahan serta darjat bilik hotel yang perolehi, semakin tinggi kadar harga satu malam.

Terkini, sekiranya anda telah mempunyai tarikh perjalanan anda, sebaiknya anda membuat tempahan hotel lebih awal menerusi portal Trivago. Disini kami akan kongsikan cara daftar dan bandingkan harag menerusi Trivago, semoga membantu.

 

APA ITU TRIVAGO

Trivago adalah enjin metasearch untuk mencari tempat penginapan – hotel, hostel, dan sebagainya. Trivago membuat perbandingan lebih dari 700,000 kadar hotel melalui 175 laman tempahan seperti Expedia dan Booking.com. Oleh itu, pengguna dapat menggunakan trivago secara percuma.

 

MUAT TURUN APLIKASI TRIVAGO

Anda boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma dengan mengklik salah satu pautan di bawah:

 

PENGINAPAN DITAWARKAN MENERUSI TRIVAGO

Menerusi aplikasi ini, anda boleh mencari tempat penginapan seperti:

  • Hotel
  • Apartment
  • Chalet
  • Resort

 

KELEBIHAN DAFTAR TRIVAGO

Bagi penggunaan carian penginapan menerusi Trivago ini, anda mempunyai pilihan untuk mendaftar atau tidak. Tetapi disaran untuk daftarkan akaun supaya dapat menikmati kelebihan ditawarkan iaitu:

  • Harga Istimewa
  • Diskaun Tempahan

 

CARA DAFTAR TRIVAGO

Setalah selesai install aplikasi tersebut, berikut adalah merupakan cara daftar iaitu:

  1. Layari pautan Trivago https://www.trivago.com/ atau buka aplikasi Trivago di telefon anda
  2. Pada halaman utama, klik pada Setting (penjuru kanan bawah)
  3. Seterusnya klik apda Log In Or Create An Account
  4. Kemudian klik pada Create An Account
  5. Isikan saja maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan seperti:
    • Email
    • Kata laluan
  6. Setelah lengkap klik register. Anda juga boleh mendaftar menerusi akaun tersedia seperti:
    • Continue with Google
    • Continue with Facebook
    • Continue with Apple
  7. Sekiranya pendaftaran anda berjaya, anda akan terus dibawa log masuk ke akaun Trivago anda
  8. Seterusnya anda dikehendaki untuk kemaskini maklumat profil anda di Setting > Edit Profil
  9. Isikan segala maklumat yang diperlukan dan tekan Save
  10. Selesai

 

CARA TEMPAH DAN BANDING HARGA GUNA TRIVAGO

Setelah anda berjaya log masuk, berikut adalah merupakan cara perbandingan harga penginapan menerusi Trivago iaitu:

  1. Masukkan kriteria pencarian di trivago dengan memasukkan destinasi atau tempat menarik (misalnya muzium atau tugu peringatan) diikuti dengan tarikh perjalanan
  2. Hasil pencarian kemudian akan ditapis berdasarkan harga, jarak, populariti dan penilaian Tawaran-tawaran yang paling sesuai berdasarkan kriteria pengguna akan dikemukakan.
  3. Selepas itu, pengguna mempunyai peluang untuk menghalusi pencarian mereka dengan penapisan trivago seperti jenis bilik, Wi-Fi, spa dan sebagainya
  4. Trivago juga menyediakan pelbagai informasi hotel seperti kemudahan dan perkhidmatan, ulasan, dan gambar-gambar bagi setiap ho
  5. Pengguna trivago akan diarahkan secara langsung ke laman tempahan tertentu apabila mereka memilih tawaran pilihan mereka.

 

ARTIKEL LAIN

CARA MINTA DAPAT MC KLINIK PANEL (Sijil Cuti Sakit Pekerja Kilang)

Leave a Comment