Isi Kandungan
CARA LANGGAN iFLIX (DAFTAR , DOWNLOAD & TENGOK DI TV)
Sekiranya anda penggemar pelbagai siri tv dan filem menarik, anda boleh melanggan iFlix. Sebelum anda ingin melanggan iFlix, semestinya anda seharusnya daftar dahulu dengan iFlix. Bagaimana cara daftar langgan iFlix? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU iFLIX
iFlix ialah perkhidmatan langganan video-atas-permintaan Malaysia yang dimiliki oleh Iflix Sdn. Bhd., yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia. Laman web ini berfungsi sebagai hos dan pengedaran platform digital untuk drama Barat dan Asia yang diperoleh melalui perkongsian dengan lebih 150 studio dan pengedar kandungan secara global termasuk Metro-Goldwyn-Mayer, Disney, Warner Bros, Paramount, NBC Universal, FOX, CBS, BBC, Sony Pictures dan Discovery.
PERSEDIAAN SEBELUM DAFTAR iFLIX
Sebelum anda daftar iFlix, pastikan anda telah menyediakan beberapa perkara sebelum daftar dan langgan iFlix, antaranya:
- Anda mempunyai email yang aktif
- Kad Debit/Kredit atau Pelan Pascabayar Telco (Maxis/Difi/celcom/DLL) – digunakan semasa untuk membuat pembayaran
- Pastikan Pelan Pascabayar (Nombor Telefon anda) masih aktif
- Mempunyai internet berkelajuan tinggi dan stabil, sekurang-kurang 3mbps ke atas.
MUAT TURUN APLIKASI iFLIX
Anda juga boleh memuat turun aplikasi iFlix di hanphone atau pun android box seperti di bawah:
CARA DAFTAR iFLIX
Berikut adalah merupakan cara daftar iFlix:
- Layari pautan iFlix: https://www.iflix.com/
- Klik pada Sing Up Now
- Masukkan No Telefon Atau Email Anda (pilih salah satu)
- Tekan Send Code
- Anda dikehendaki Drag The Slider Below To Fit The Puzzle Piece.
- Masukkan Verification Code yang anda terima (samaada dari email atau no telefon anda)
- Tekan Verify
- Masukkan Password anda inginkan
- Tick pada Terms of use and privecy policy
- Klik Confirm
- Pendaftaran anda selesai
CARA LOGIN iFLIX
Setelah anda berjaya daftar seperti di atas, anda dah boleh login iFlix Nurflix. Berikut adalah caranya:
- Layari pautan iFlix: https://www.iflix.com/
- Login akaun Iflix anda, masukkan No Telefon atau Email (berdasarkan yang anda daftar tadi) dan Password.
- Anda telah berjaya login iflix anda
- Pelbagai siaran yang tersedia untuk anda menonton.
HARGA LANGGANAN PELAN iFLIX
Harga adalah amat penting dan kerap menjadi faktor pertama yang diambil kira. Di Malaysia harga langganan iFlix adalah seperti berikut.
- Bulanan – RM10 – Pada 5 peranti
- Setahun – RM 96 (RM 8 Sebulan) – Pada 5 Peranti
ARTIKEL LAIN
CARA LANGGAN VIU(DAFTAR , DOWNLOAD & TENGOK DI TV)