CARA MUDAH DAN MURAH DAFTAR SSM (Daftar Niaga ezbiz.ssm.com.my)

CARA MUDAH DAN MURAH DAFTAR SSM (Daftar Niaga ezbiz.ssm.com.my)

CARA MUDAH DAN MURAH DAFTAR SSM (Daftar Niaga ezbiz.ssm.com.my)

Jika anda masih ragu-ragu untuk mendaftar perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Anda boleh cuba mendaftar perniagaan anda sempena program #JOMDAFTARSSM2020.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menganjurkan program khas, iaitu #JOMDAFTARSSM2020.

 

MAKLUMAT UMUM TENTANG PENGANJURAN PROGRAM JOM DAFTAR SSM 2020

1. Selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Dasar Keusahawanan Nasional Malaysia yang diperkenalkan kerajaan bagi membangunkan ekosistem perniagaan serta industri holistik di Malaysia.

2. SSM menyasarkan sebanyak 2,020 pendaftaran perniagaan di seluruh negara dalam tempoh sehari. Orang ramai yang menyertai program ini dan mendaftarkan perniagaan pada hari berkenaan akan mendapat sijil khas penyertaan sebagai tanda penghargaan.

3.Mereka juga berpeluang menang cabutan bertuah yang menawarkan sebanyak 200 hadiah.

4.Penyertaan  JOM DAFTAR SSM 2020 terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang ingin mendaftarkan perniagaan dan tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

5. Mengurangkan ekonomi gelap di negara ini.

6.Pendaftaran perniagaan juga memastikan hak pengguna lebih terjaga.

7.Maklumat penting untuk ekosistem perniagaan dan pensyarikatan di Malaysia kerana untuk menggalakkan orang melabur mereka mesti mempercayai sistem perniagaan di negara ini.

8.Program ini juga menggalakkan lebih ramai rakyat menceburi bidang keusahawanan yang berdaftar.

9. Pendaftaran perniagaan dengan SSM adalah langkah pertama membolehkan masyarakat mendapat manfaat dan insentif yang disediakan kerajaan.

 

PERSEPSI SALAH TENTANG MENDAFTAR DENGAN SSM

1. Peniaga takut untuk mendaftar peniagaan dengan SSM kerana mahu mengelak bayaran cukai.

2. Peniaga juga bimbang jika mendaftar perniagaan dengan SSM menyebabkan mereka hilang kelayakan untuk  Bantuan Sara Hidup (BSH)

Jadi, pemikiran sebegini perlu diubah oleh usahawan wanita kerana sekiranya mahu mengembangkan perniagaan ke peringkat lebih tinggi, proses mendaftar di SSM adalah syarat asas.

Usahawan jangan takut untuk berdaftar dengan SSM dan minda seperti itu perlu diubah kerana kita mahu setiap usahawan mampu memperoleh pendapatan jauh lebih tinggi.

Jika seseorang usahawan itu tidak mendaftar dengan SSM hanya kerana mahukan bantuan BSH, mereka seolah-olah menetapkan dalam minda bahawa perniagaan yang diusahakan kurang berjaya.

PANDUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN BARU

Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956).

Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah APP 1956 hanya perniagaan beroperasi di Malaysia Barat iaitu meliputi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan dan bentuk perniagaan adalah seperti berikut:

  1. Perniagaan Milik Tunggal – perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik.
  2. Perniagaan Perkongsian – perniagaan dimiliki oleh sekurangkurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) rakan kongsi.

PROSEDUR PENDAFTARAN

1.Pendaftaran boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama ‘Tred’.

a) Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan.

Contoh: Ruslan bin Mohamed, Siow Ah Thai, Ramasamy a/l Mutusamy.

b) Nama Tred ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh: Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering, ABS Unggul Enterprise.

2.Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:

a) Nama perniagaan

b) Tarikh permulaan perniagaan

c) Alamat utama perniagaan

d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)

e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi

f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan

g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)

  1. Pemilik dan rakan kongsi hendaklah menandatangani di ruangan maklumat pemilik dan di ruangan pengesahan oleh pemilik tunggal/rakan kongsi.
  2. Pemilik / semua rakan kongsi perlu hadir untuk urusan pendaftaran atau secara online melalui perkhidmatan Ezbiz Online di laman web ezbiz.ssm.com.my.
  3. Dokumen yang perlu dilampirkan:a) Surat Kebenaran atau Surat Sokongan bagi jenis perniagaan Taska (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah/Kolej Pendidikan (Kementerian/Jabatan Pendidikan)
    b) Surat kebenaran atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan

SYARAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN

  1. Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
  2. Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas
  3. Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.

FI PENDAFTARAN

1.Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.

2.Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.

3.Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.

4. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00

PANDUAN AM

  1. Perniagaan telah dijalankan dan didaftarkan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.
  2. Pendaftaran baru perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.
  3. Jenis perniagaan yang didaftarkan hendaklah mematuhi keperluan undang-undang, keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.
  4. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran dibuat.
  5. Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.
  6. Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM.

CARA RENEW LESEN PERNIAGAAN SSM ONLINE

Cara adalah dengan masuk ke portal ezbiz SSM dan pergi ke bahagian menu ‘renewal’ di bahagian My Business Services. Sila ikut arahan dan panduan yang disediakan.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan renew SSM ini daripada pihak ketiga . Adalah menjadi tanggungjawab anda sendiri untuk berurusan dengan pihak ketiga dalam urusan renew lesen perniagaan SSM anda.

Semoga panduan CARA MUDAH DAN MURAH DAFTAR SSM menggalakkan lebih ramai usahawan dan peniaga mendaftar perniagaan dengan SSM.

1 thought on “CARA MUDAH DAN MURAH DAFTAR SSM (Daftar Niaga ezbiz.ssm.com.my)”

Leave a Comment