HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN: SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA HLP HLPS PPP (epenawaran.moe.gov.my)

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN: SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA HLP HLPS PPP (epenawaran.moe.gov.my)

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my)

Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Sesi 2023 akan dibuka.Berita baik buat warga pendidikan. Ini kerana Kementerian Pendidikan Malaysia telahpun membuka permohonan bagi HLP dengan cuti bergaji penuh. Kepada sesiapa yang berkenaan dan berminat untuk mendapatkan hadiah latihan persekutuan ini, anda dialu-alukan untuk membuat permohonan sekarang sebelum tarikh tutup yang diumumkan.

 

INFO KPM: Keputusan Panggilan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Ambilan Tahun 2024 boleh disemak mulai 4 Mac 2024, jam 3.00 petang.

 

PROGRAM PENAJAAN KPM

Antara Program Penajaan yang ditawarkan setiap tahun adalah seperti yang berikut:

  • Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) atau juga dikenali sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP);
  • Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS);
  • Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA];
  • Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Program Khas Yang Menyokong Industrial Revolution (IR) 4.0. [IR 4.0]; dan
  • Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB).

 

TARIKH PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 

Tarikh permohonan HLP KPM 2023 adalah seperti berikut:

  • Permohonan Dibuka: 23 Disember 2022
  • Permohonan Ditutup: 20 Januari 2023
  • Urusan Temuduga: Mac 2023

 

CARA PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 

Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkhidmat di sekolah, anda perlulah mengemaskini terlebih dahulu maklumat anda di dalam sistem e-operasi. Manakala, jika anda adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang bukan berkhidmat di sekolah, anda bolehlah terus sahaja mengisi borang di dalam sistem epenawaran KPM.

Ini adalah cara untuk anda memohon biasiswa yang diberikan KPM ini :

Permohonan tawaran HadiahLatihan Persekutuan (HLP)/HLP Separuh Masa/Sambilan (HLPS)/Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Sesi 2022

  1. Masuk ke dalam pautan yang tertera di bawah: https://epenawaran.moe.gov.my
  2. Isikan semua maklumat yang dikehendaki.
  3. Pastikan segala maklumat anda adalah betul dan tepat. Ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan di dalam memproses permohonan anda kelak.
  4. Setelah selesai mengisi maklumat, klik masuk.

MAKLUMAN PENTING

  • Calon dipohon untuk MEMBACA dan MEMAHAMI PENGENALAN PROGRAM, SYARAT, SENARAI BIDANG PENGAJIAN dan TATACARA SEBELUM melengkapkan permohonan dalam talian (online).
  • Calon perlu memastikan semua maklumat pada Modul Pengurusan Guru (e-Operasi) TELAH DIKEMASKINI supaya data yang dipaparkan adalah tepat serta lengkap.
  • Setiap calon layak mengemukakan SATU permohonan sahaja.

 

PERINGATAN PENTING PERMOHONAN HLP KPM

Berikut adalah merupakan beberapa tips untuk anda membuat permohonan ini iaitu:

  1. Selepas permohonan dibuat pastikan ketua jabatan (Pengetua atau Guru Besar) anda membuat pengesahan di laman epenawaran. (kelulusan ini penting)
  2. Persediaan penulisan Proposal dengan SMART, pastikan dalam bidang Penyelidikan berkaitan.
  3. Persiapan rapi, Proposal dan Skema Permarkahan Temuduga HLP. Contohnya seperti berikut:
  4. Anda juga boleh mengikut bengkel Malaysia Postgraduate Workshop Series (MPWS)
  5. Berjumpa dengan bakal supervisor sama ada sama ada secara temujanji, telefon atau email. Minta pendapat mereka apakah tajuk yang sesuai untuk dilakukan.
  6. Tambahkan kompetensi diri melalui kajian tindakan untuk manfaat murid dan organisasi, berlatih menulis seperti buku, jurnal EPRD KPM setiap tahun akan dibuka.
  7. Jangan sentiasa pernah berputus asa dan sentiasa mencuba walau pun banyak kali gagal.
  8. Sentiasa berdoa supaya dipermudahkan urusan

 

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PANGGILAN TEMUDUGA HLP KPM

Keputusan Panggilan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Ambilan Tahun 2024 boleh disemak mulai 4 Mac 2024, jam 3.00 petang.

 

PANDUAN TEMUDUGA HLP KPM

Semasa anda dipanggil temuduga, pastikan persediaan telah dibuat secara rapi seperti:

  1. Sedia 5 Slides sahaja kerana masa pembentangan tepat 40 minit sahaja
  2. Masa pembentangan 40 minit dihadapan 3 Panel( Pensyarah Universiti Awam, Pensyarah IPG, Pegawai Dari Kementerian Sendiri) gunakan gelaran Dr. kepada panel.

 

SEMAKAN TEMUDUGA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN(HLP) 

Permohonan tawaran Hadiah LatihanPersekutuan (HLP) / Hadiah LatihanPersekutuan Separuh Masa / Sambilan (HLPS) /Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Sesi  pada akan dikemaskini

 

SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN(HLP) 

Semakan Keputusan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2022 boleh disemak melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my mulai akan dikemaskini

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai tawaran ini, anda bolehlah hubungi :

  • Cawangan PenawaranBahagian Biasiswa dan PembiayaanKementerian Pendidikan Malaysia
, Aras 1, Blok 2251,
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, 
SELANGOR (u.p. : Puan Nur Izzati binti Marzuki / Cik Aina Shaharina binti Ahmad/ Puan Jamilah binti Yahya / Puan Badauyah binti Abdul Rahim / Encik Asri bin Asmuni)
  • No. Telefon : 03-8321 7149 / 03-8321 7147 / 03-8321 7144 /
03-8321 7154 / 03-8321 7151
  • 
E-mel : [email protected]
  • Untuk MASALAH TEKNIKAL borang permohonan, sila hubungi :
E-mel: [email protected]

 

ARTIKEL LAIN

SPLKPM LOGIN 2023 (Log Masuk Kemaskini dan Isi splkpm.moe.gov.my )

1 thought on “HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN: SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA HLP HLPS PPP (epenawaran.moe.gov.my)”

Leave a Comment