SEMAKAN JADUAL PEPERIKSAAN SPA ONLINE (Check Tarikh Ujian)

SEMAKAN JADUAL PEPERIKSAAN SPA ONLINE(Check Tarikh Ujian)

JADUAL PEPERIKSAAN SPA
Adakah anda mengisi permohonan SPA9 untuk tujuan permohonan pekerjaan dan temuduga? Sekarang anda boleh membuat SEMAKAN JADUAL PEPERIKSAAN SPA ONLINE 2022.

Selepas mengisi borang, pemohon akan menunggu masa jika layak untuk dipanggil mengikuti peperiksaan online SPA9. Peperiksaan online ini akan diadakah secara atas talian pada laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Kepada sesiapa yang layak untut menduduki peperiksaan ini, mereka akan dimaklumkan melalui email. Oleh itu, sentiasalah membuat semakan pada inbox email anda.

 

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGETAHUI TARIKH PEPERIKSAAN ONLINE SPA DIJALANKAN?

Untuk mengetahui tarikh peperiksaan online SPA,anda perlu semak jadual peperiksaan online SPA. Jika anda terlepas pandang tarikh peperiksaan, anda masih boleh membuat semakan dengan cara berikut

  1. Layari pautan SEMAK JADUAL EXAM SPA9
  2. Anda juga boleh semak melalui emel dimana pihak SPA akan menghantar notifications berkaitan pemakluman peperiksaan online beserta pautan exam.
  3. Semakan menerusi Laman Facebook Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Selain itu, ianya juga akan memaparkan Senarai jadual peperiksaan, Pemeriksaan Fizikal,Pancaindera & Kecergasan.

 

SEMAKAN JADUAL UJIAN PSIKOMETRIK SPA9

Ujian yang kerap diduduki oleh para pemohon pekerjaan dalam talian SPA9 adalah ujian Psikometrik. Ujian Psikometrik SPA anda akan diuji mengenai personaliti, kejujuran, motivasi, integriti, kebolehan sosial, kestabilan emosi dan disiplin.

Anda boleh juga terus membuat semakan penjadualan bagi ujian psikometrik pada pautan https://www.spa.gov.my

 

FORMAT SOALAN PEPERIKSAAN SPA

Sebagai tambahan, kami kongsikan sedikit berkenaan format rasmi peperiksaan SPA.

Ujian Peperiksaan SPA terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

  1. Seksyen A: Pengetahuan am
    • Soalan ini berkisar pelbagai topik merangkumi sains, sosial dan budaya, dan isu-isu semasa di Malaysia
  2. Seksyen B: Daya menyelesaikan masalah
    • Pada bahagian ini,soalan penyelesaian masalah dalam bentuk matematik akan ditemui oleh anda. Ianya memerlukan kemahiran aras pertengahan untuk menyelesaikan masalah matematik berkenaan.
  3. Seksyen C: Kefahaman bahasa Inggeris
    • Soalan yang akan menguji pengetahuan dan kefahaman bahasa Inggeria anda. Ianya meliputi solan ‘grammar’ (tatabahasa) dan ‘vocabulary’ ( perbendaharaan kata).

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN JADUAL PEPERIKSAAN SPA

Jika terdapat sebarang persoalan, bolehlah hubungi pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengikut butiran berikut:

  • Pusat Temu Duga SPA Putrajaya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 1, 2 & 4 -13, Blok F1, Kompleks F,No.2, Lebuh Perdana Timur A, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 Putrajaya, Malaysia.
  • Telefon: +603 8091 9000
  • Faks: +603 8091

 

ARTIKEL LAIN

SPA9 LOGIN (Permohonan Kerja Kerajaan & Semakan Jawatan Kosong)

Leave a Comment