LOGIN MyAhli ONLINE PDRM:CARA DAFTAR & SEMAKAN DIVIDEN KOPERASI POLIS(kpd.com.my)
Berita baik buat semua pegawai / anggota dan kakitangan awam pdrm dalam dan luar kontinjen, pengurusan pihak kpd telah menambah baik laman web MyAhli untuk memudahkan ahli mengetahui maklumat berkenaan jumlah yuran, maklumat insurans, maklumat pinjaman dan lain-lain kemudahan termasuk memuat turun borang untuk urusan berkaitan kpd.
Bagaimana cara untuk daftar dan login Myahli? Disini kami kongsi kan panduan untuk daftar dan login MyAhli. Semoga membantu
PENGENALAN KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA(KPD)
KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA (KPD) ditubuhkan pada 24 April 1928 dengan tujuan membantu mengurangkan bebanan kewangan anggota polis dan kakitangan di Jabatan Polis. Tanpa mengabaikan kebajikan anggota, KPD telah membangun dari sebuah koperasi yang menyediakan urusan pinjam-meminjam kepada sebuah konglomerat yang sehingga kini memiliki aset pada nilai buku sebanyak Rm720 juta
CARA DAFTAR MyAHLI ONLINE PDRM
Berikut adalah langkah awal untuk rujukan anggota mendaftar MyAhli :
- Layari laman web http://www.kpd.com.my/
- Klik pada KPD MyAHLI > MyAHLI BARU
- Masukkan No AGGOTA / No POLIS
- Klik pada SEMAK
- Isi MAKLUMAT untuk dihubungi (Alamat/No Telefon/Email)
- Klik DAFTAR
- KATA LALUAN sementara akan diberikan
- Selesai
CARA LOGIN MyAHLI ONLINE PDRM
Sekiranya anda telah mendaftar (bagi ahlli baru akan diberikan Kata laluan sementara), berikut adalah cara Login Myahli:
- Layari laman web http://www.kpd.com.my/
- Klik pada KPD MyAHLI
- Masukkan No AGGOTA / No POLIS
- Masukkan KATA LALUAN sementara yang diberikan
- Tekan LOGIN
- Kemudian anda diminta untuk menukar KATA LALUAN baru yang anda inginkan
- Anda telah berjaya Login.
SOALAN LAZIM
Apakah maklumat yang terdapat dalam Myahli Online PDRM?
Maklumat yang terdapat dalam Myahli adalah:
- Profil Anggota
- Penyata Anggota
- Semakan dividen
- Muat turun Borang
Bagaimana jika saya terlupa kata laluan Myahli Online PDRM?
Sekiranya anda terlupa kata laluan, hubungi talian 03-2260 8999 / 03-2260 8888
Apakah tujuan daftar MyAHLI Online PDRM?
Tujuan pendaftaran Myahli adalah memudahkan ahli mengetahui maklumat berkenaan jumlah yuran, maklumat insurans, maklumat pinjaman dan lain-lain kemudahan termasuk memuat turun borang untuk urusan berkaitan kpd
Berminat nak jadi Polis?boleh buat permohonan di e-pengambilan PDRM
MALUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang login MyAhli online PDRM, anda boleh:
- Layari web Rasmi KPD: http://www.kpd.com.my/
- Hubungi Talian Am: +603 – 2260 8999 / +603 – 2260 8888
Semakan dividen
mohon kemas kini
Daftar ahli baru