PERMOHONAN DanaNITA MARA:SEMAKAN SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN WANITA

PERMOHONAN DanaNITA MARA:SEMAKAN SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN WANITA

PERMOHONAN DanaNITA MARASEMAKAN SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN WANITA

Kepada usahawan wanita di seluruh negara yang memerlukan pembiayaan perniagaan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa usahawan wanita untuk memohon Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA).

Bagaimana cara untuk membuat permohonan Skim Danita Mara? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SKIM  SKIM DanaNITA MARA

Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) adalah Pembiayaan Perniagaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan bertujuan untuk memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

 

TARIKH PERMOHONAN SKIM DanaNITA MARA

Tarikh permohonan mulai dibuka sehingga 31 Disember 2022

 

SYARAT KELAYAKAN SKIM DanaNITA MARA

Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan melalui skim DanaNITA:

  1. Warganegara dan Bumiputera.
  2. Berumur 18 hingga 60 tahun.
  3. Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
  4. Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM).
  5. Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online).
  6. Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  7. Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
  8. Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan.
  9. Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh 6 bulan terkini.
  10. Perniagaan patuh Syariah.
  11. Bebas dari senarai hitam MARA.

Kelonggaran Syarat turut diberikan kepada:

  1. Majoriti pegangan Syer adalah 51% wanita
  2. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja / Mempunyai Lesen Perniagaan yang berkaitan bagi Sabah dan Sarawak bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  3. Pengecualian Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  4. Pengecualian Sebut Harga Ubah Suai / Pembelian Mesin & Alatan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  5. Penyata Akaun Bank bagi tempoh tiga (3) bulan (penyata Dalam Talian adalah diterima)
  6. Tempoh Bernafas bagi bayaran balik sehingga 12 bulan

 

SKOP PEMBIAYAAN SKIM DanaNITA MARA

Terdapat 2 skop pembiayaan menerusi skim DanaNITA 2022 ini iaitu:

  1. Modal Pusingan
  2. Pembelian Mesin dan Peralatan

 

KADAR/HAD PEMBIAYAAN SKIM DanaNITA MARA

  • Had Pembiayaan adalah sehinggan RM150,000

 

TEMPOH PEMBIAYAAN SKIM DanaNITA MARA

  • Tempoh pembiayaan adalah 1-10 tahun (12-120 bulan)

 

JAMINAN/ CAGARAN PEMBIAYAAN SKIM DanaNITA MARA

Terdapat dua katagori iaitu:

  1. Bagi pembiayaan RM50,000 ke bawah dikecualikan jaminan/cagaran
  2. Pembiayaan RM50,001 hingga RM150,000:
    1. Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon; atau
    2. Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon; atau
    3. Gabungan kedua-duanya sekali; atau
    4. Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan

 

KADAR KEUNTUNGAN PEMBIAYAAN SKIM DanaNITA MARA

Kadar keuntungan adalah sebanyak 3.5%

 

DOKUMEN SOKONGAN SKIM DanaNITA MARA

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan pembiayaan MARA adalah mengikut Senarai Semak Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA yang boleh didapati di skrin permohonan atau di pautan http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx

 

CARA PERMOHONAN SKIM DanaNITA MARA

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan online:

  1. Layari pautan rasmi MARA: https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/
  2. Pada paparan utama di bahagian atas pilih Permohonan Pembiayaan
  3. Sekiranya anda pengguna baharu hendaklah daftar terlebih dahulu pada Daftar Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan MARA
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Daftar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Buat permohonan dan hantar permohonan
  7. Cetak salinan permohonan

NOTA: Semua dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Bahagian Pembiayaan Perniagaan (permohonan pembiayaan PRiN dan MISA) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai    DanaNita Mara, anda boleh merujuk

ARTIKEL LAIN

MyPREMIS MARA:PERMOHONAN & SEMAKAN SEWAAN PREMIS BANGUNAN MARA

2 thoughts on “PERMOHONAN DanaNITA MARA:SEMAKAN SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN WANITA”

Leave a Comment