RESIDENSI PRIHATIN KELUARGA MALAYSIA (Permohonan Rumah Mampu Milik B40 Wilayah Persekutuan)

RESIDENSI PRIHATIN KELUARGA MALAYSIA (Permohonan Rumah Mampu Milik B40 Wilayah Persekutuan)

RESIDENSI PRIHATIN KELUARGA MALAYSIA (Permohonan Rumah Mampu Milik B40 Wilayah Persekutuan)

Kementerian Wilayah Persekutuan telah melancarkan satu inisiatif baharu bagi membantu golongan B40 di Wilayah Persekutuan memilik rumah iaitu Residensi Prihatin.

 

APA ITU RESIDENSI PRIHATIN?

Ia adalah program Perumahan Mampu Milik bagi golongan B40 yang mana perumahan tersebut akan dibina di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

ResidensiPrihatin diperkenalkan adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan juga sederhana memiliki rumah pertama mereka di Wilayah Persekutuan dengan kos yang mampu dimiliki.

Kementerian Wilayah Persekutuan mensasarkan untuk membina 10,000 unit rumah Residensi Prihatin di di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi tempoh 3 tahun mulai 2021 hingga 2024.

Projek ini merupakan pelengkap kepada program sedia ada dalam usaha Kerajaan untuk membantu golongan yang kurang kemampuan untuk memiliki tempat tinggal yang selesa.

 

HARGA & SAIZ RUMAH RESIDENSI PRIHATIN

Harga jualan yang ditawarkan untuk rumah Residensi Prihatin adalah RM200,000 dengan saiz rumah minima 750 kaki persegi.

  • Saiz tersebut merangkumi:
  • 3 bilik tidur
  • 2 bilik air
  • Ruang Tamu
  • Dapur
  • Ruang Makan
  • 1 tempat letak kereta berbumbung (tidak termasuk dalam saiz rumah).

 

SENARAI PROJEK RESIDENSI PRIHATIN

Buat masa ini hanya 2 projek  yang ditawarkan untuk para pembeli iaitu:

  • Residensi Prihatin Kenanga di Putrajaya
  • Residensi PrihatinMelur di Putrajaya

*Projek-projek terbaharu ResidensiPrihatin yang akan datang akan dikemaskini di dalam Portal Residensi Prihatin.

 

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN RESIDENSI PRIHATIN

Kepada golongan B40 yang berminat untuk memohon, berikut adalah syarat-syarat kelayakan:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
  2. Keutamaan kepada pemohon yang lahir atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan.
  3. Sekatan penjualan (moratorium) rumah tersebut adalah selama 10 tahun.
  4. Pendapatan kasar isi rumah pemohon tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  5. Permohonan adalah untuk rumah pertama sahaja.
  6. Pemohon hendaklah berdaftar di Portal Residensi Prihatin.
  7. Jika pemohon sebelum ini telah memohon projek Residensi Wilayah (dahulunya di kenali RUMAWIP), mereka tidak boleh memohon projek ResidensiPrihatin.

 

CARA PENDAFTARAN & PERMOHONAN RESIDENSI PRIHATIN

Bagi pemohon yang ingin memohon, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://residensiprihatin.kwp.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar Minat.’
  3. Kemudian, klik butang ‘Saya Layak.’
  4. Lengkapkan maklumat dan profil peribadi.
  5. Pilih projek yang diminati.
  6. Muat turun surat akuan sumpah dan tandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
  7. Muat naik Dokumen Permohonan.
  8. Kemudian, sahkan profil dan dokumen sokongan tersebut.

 

DOKUMEN PERMOHONAN RESIDENSI PRIHATIN

Dokumen permohonan ini perlu dimuat naik di dalam Portal Residensi Prihatin bagi melengkapkan permohonan.

Dokumen Pemohon

  1. Surat Akuan Sumpah
  2. Salinan kad pengenalan pemohon (MyKad) dan Sijil Kelahiran Pemohon bagi Projek Bumiputera Lot/Tanah Rizab Melayu sahaja.
  3. 3 bulan Penyata Gaji Terkini pemohon atau penyata bank 3 bulan terkini bagi permohonan tiada slip gaji atau tidak bekerja.
  4. Penyata KWSP terkini pemohon dan sejarah pengeluaran (wajib jika gaji pemohon tiada potongan KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon bagi permohonan yang tiada KWSP.
  5. Surat Pengesahan Majikan Terkini pemohon atau Sijil Pendaftaran Syarikat bagi yang bekerja sendiri (jika mempunyai syarikat).
  6. Bil elektrik terkini dan bil air tempat tinggal atau dokumen lain sebagai bukti alamat kediaman.
  7. Salinan kad OKU pemohon (jika berkaitan).
  8. Salinan Geran/Salinan Perjanjian Jual Beli (S&P) harta yang dimiliki (pemohon dan atau pasangan) (jika berkaitan).

Dokumen Pasangan

  1. Penyata KWSP terkini pasangan dan sejarah pengeluaran (wajib jika gaji pemohon tiada potongan KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon bagi permohonan yang tiada KWSP.
  2. 3 bulan Penyata Gaji Terkini pasangan atau penyata bank 3 bulan terkini bagi permohonan tiada slip gaji atau tidak bekerja.
  3. Salinan kad pengenalan pasangan (MyKad) atau passport pasangan.
  4. Surat Pengesahan Majikan Terkini pasangan atau Surat Akuan Sumpah suami sekiranya tidak bekerja atau Sijil Pendaftaran Syarikat bagi yang bekerja sendiri (jika mempunyai syarikat).
  5. Sijil kelahiran/MyKid anak.
  6. Salinan Kad OKU pasangan/anak (jika berkaitan).
  7. Salinan Sijil Nikah/Sijil Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian.
  8. Salinan Perjanjian Jual Beli Tanah yang dimiliki pasangan/geran (jika berkaitan)

Penama Kedua (selain pasangan)

  1. Salinan Surat Kelahiran pemohon dan penama kedua (bagi ibu/bapa/adik beradik).
  2. Salinan Surat Kelahiran Penama Kedua.
  3. Salinan Kad Pengenalan Penama Kedua.
  4. 3 bulan Penyata Gaji Terkini penama kedua atau penyata bank 3 bulan terkini bagi penama kedua yang tiada slip gaji atau tidak bekerja.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sila hubungi talian 03-8889 7640 atau email [email protected].

Sila rujuk  laman web https://residensiprihatin.kwp.gov.my/.

Leave a Comment