CARA DAFTAR PROGRAM SELANGOR SARING (Pengesanan Awal Penyakit)

CARA DAFTAR PROGRAM SELANGOR SARING (Pengesanan Awal Penyakit)

SELANGOR SARING

Kepada semua penduduk di Negeri Selangor yang terdiri daripada semua lapisan umur, mempunyai faktor-faktor risiko penyakit sasaran, kini Kerajaan Selangor telah memperkenalkan program Saring Selangor. Bagi yang layak untuk menyertai, boleh berdaftar dengan program ini. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SELANGOR SARING

Inisiatif ini diwujudkan bagi menyediakan kaedah dan saluran saringan tahap kesihatan yang sistematik bagi warga Selangor, terutamanya apabila kita menginsafi keterjejasan penjagaan kesihatan bagi penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, dan penyakit jantung sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Objektif program ini adalah memberi Saringan kesihatan dilaksanakan bagi membolehkan pengesanan awal penyakit tidak berjangkit, kanser dan penyakit mata terpilih.

 

SYARAT KELAYAKAN SELANGOR SARING

Program ini terbuka kepada semua penduduk di Negeri Selangor yang terdiri daripada semua lapisan umur, mempunyai faktor-faktor risiko penyakit sasaran (seperti sejarah keluarga, obesiti, gaya hidup dan lain-lain) serta yang masih belum mendapatkan sebarang diagnosis daripada mana-mana fasiliti kesihatan.

 

JENIS PENYAKIT DISARING MELALUI SELANGOR SARING

Penduduk Selangor yang layak dapat menjalani saringan kesihatan bagi tiga kategori penyakit berikut:

  1. Kategori A: Penyakit Tidak Berjangkit
    • Jantung
    • Darah Tinggi
    • Kencing Manis
    • Buah Pinggang
  2. Kategori B: Kanser
    • Kolorektal
    • Prostat
    • Serviks
    • Payudara
  3. Kategori C: Mata
    • Rabun
    • Glaucoma
    • Retina

 

CARA DAFTAR SELANGOR SARING

Individu yang berminat boleh mendaftarkan diri melalui:

  • Aplikasi SELangkah (Android / IOS)
  • Talian hotline SUKA
  • Pusat Khidmat DUN

Setiap pemohon yang mendaftar akan menerima baucar saringan mengikut kelayakan berdasarkan soalan saringan awal ketika proses pendaftaran.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) SELANGORSARING

Program SELANGOR SARING percuma atau berbayar?

  • Program SELANGORSARING adalah percuma mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Bagaimanakah saya ingin mendapatkan kupon SELANGORSARING?

  • Setiap orang hendaklah mendaftar di dalam aplikasi SELANGKAH di bahagian SELANGORSARING. Kupon akan diberikan di dalam aplikasi SELANGKAH.

Bagaimana pemohon yang sudah memohon hendak mengetahui status permohonan SELANGORSARING?

  • Setiap pemohon yang mendaftar akan menerima baucar saringan mengikut kelayakan berdasarkan soalan semasa pendaftaran

Berapakah kupon SELANGORSARING yang akan diberikan bagi setiap kawasan?

  • Jumlah kupon SELANGORSARING yang diberikan bergantung kepada kawasan yang dipilih bermula dari 500 kupon sehingga 1000 kupon setiap kawasan.

Mengapa saya perlu menjawab soalan penilaian risiko semasa mendaftar untuk mendapatkan kupon SELANGORSARING?

  • Untuk menentukan pemohon layak mendapat jenis saringan pada program SELANGORSARING. Setiap pemohon akan mendapat kupon saringan yang tersendiri mengikut penilaian risiko yang dijawab.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan sebarang persoalan mengenai program Saringan Selangor ini, anda boleh merujuk:

 

ARTIKEL LAIN

SEMAK HARGA PART TIME MAID (Cara Booking Kuala Lumpur Selangor)

 

Leave a Comment