SIJIL MATRIKULASI KPM HILANG (Permohonan Kerja Senarai Jawatan Kerajaan)
Bermula pada tahun 2017, bagi calon dengan kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh memohon jawatan dalam perkhidamtan awam menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Tetapi bagaimana jika sijil Matrikulasi anda hilang? Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk dapatkan kembali dan juga jawatan yang boleh dipohon menerusi SPA9, semoga membantu.
APA ITU MATRIKULASI
Matrikulasi merujuk kepada proses kemasukan rasmi ke universiti, ataupun proses kelayakan untuk masuk ke universiti.
Program matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM (90% Bumiputera) untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun kolej universiti. Program pra-universiti ini sebelum ini dikendalikan sendiri oleh setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sejak lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambilalih dan menyatukan program matrikulasi bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut. Pengambilalihan ini berlaku secara berperingkat dengan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil kumpulan pertama (perintis) di kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM pada awal tahun 1999.
KELAYAKAN SIJIL MATRIKULASI KPM
Syarat- syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM:
- Berdaftar sebagai pelajar Program Matrikulasi KPM;
- Mengambil sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran pengkhususan dan semua mata pelajaran wajib yang ditetapkan di Program Matrikulasi KPM;
- Keputusan diperoleh dalam satu peperiksaan sahaja; dan
- Menamatkan pengajian Program Matrikulasi KPM dalam tempoh yang ditetapkan.
KADAR HARGA PENGGANTIAN SIJIL MATRIKULASI KPM HILANG/ROSAK
Bayaran penalti akan dikenakan sebanyak RM50.
CARA PERMOHONAN SIJIL MATRIKULASI KPM HILANG/ROSAK
Bagi permohonanpenggantian sijil yang disebabkan hilang atau rosak, berikut adalah merupakan caranya:
- Sediakan bayaran dalam bentuk Wang Pos / Bank Draf dengan kadar bayaran sebanyak RM50.00 diatas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila ambil maklum tempoh sah laku Wang Pos / Bank Draf sebelum mengemukakan permohonan.
- Isikan dengan lengkao borang permohonan (BMKPM/UDM-05).
- Pastikan salinan kad pengenalan pelajar yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A.
- Surat rasmi permohonan sijil matrikulasi (BMKPM/UDM-06) yang mengandungi maklumat seperti Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, No. Matrik Pelajar, Sesi Pengajian, Kolej Pengajian, Jurusan serta Alamat surat-menyurat.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama dokumen yang diperlukan menerusi e-mel ke [email protected] atau melalui pos ke alamat:
- Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 6&7, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya
TEMPOH PROSES PERMOHONAN SIJIL MATRIKULASI
- 30 hari bekerja selepas borang permohonan diterima oleh Bahagian Matrikulasi.
CARA PENGAMBILAN SIJIL MATRIKULASI KPM
Setelah anda membuat permohonan pengantian, berikut adalah merupakan cara pengambilan sijil tersebut:
- Walk-in ke Bahagian Matrikulasi
- Pemohon atau Wakil (dilantik secara bertulis melalui surat pelantikan wakil, BMKPM/UDM-07) perlu membawa dokumen pengenalan diri bersama untuk rujukan pegawai Bahagian Matrikulasi yang bertugas.
- Borang akuan penerimaan sijil (BMKPM/UDM-08) akan dikeluarkan oleh pegawai bertugas dan perlu disahkan oleh pemohon / wakil pemohon semasa mengambil dokumen. Pemohon boleh menghubungi pihak bertugas terlebih dahulu untuk mendapatkan status permohonan sijil sebelum mengambil sijil.
- Pos Laju
- Pemohon perlu menyediakan POSLAJU PraBayar Sampul L (Sampul Oren – Di antara Semenanjung ATAU Sampul Biru – Diantara Semenanjung ke Sarawak/Sabah) yang beralamat sendiri (diisi dengan lengkap dan jelas) bersama nama pemohon dan maklumat untuk dihubungi pada ruangan penerima.
- Nombor rujukan POSLAJU PraBayar Sampul L perlu dinyatakan dalam borang permohonan dan sampul tersebut perlu dihantar sekali bersama dengan borang permohonan serta dokumen yang dinyatakan seperti di atas.
SENARAI PERMOHONAN JAWATAN SPA SIJIL MATRIKULASI
Calon dengan kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh memohon jawatan skim perkhidmatan awam di Gred 29 seperti berikut:
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan sijil matrikulasi KPM adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Bahagian Matrikulasi melalui talian 03 8884 4083 atau melalui email : [email protected].
ARTIKEL BERKAITAN:
- SPA9 LOGIN 2023 (Permohonan Kerja Kerajaan & Semakan Jawatan Kosong)