UJIAN [email protected] UKM1 2023(Pencarian Murid Pintar & Berbakat)

UJIAN [email protected] UKM1 2023(Pencarian Murid Pintar & Berbakat)

UJIAN GENIUS@PINTAR UKM1

 

Kepada pelajar atau murid yang berkelayakan atau bernakat ingin memasuki Pusat [email protected] UKM, anda seharusnya menyertai ujian asas terlebih dahulu iaitu Ujian [email protected] UKM1 yang diadakan secara dalam talian. Disini kami kongsikan sedikit perincian ujian ini, semoga membantu.

 

APA ITU UJIAN [email protected]

Ujian [email protected] Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diperkenalkan bagi mencari murid yang pintar dan berbakat di seluruh Malaysia bagi memasuki Pusat [email protected] UKM. Tujuan mengambil ujian bagi mengenal pasti dan dikembangkan bakat akademik mereka menerusi program yang dijalankan di pusat ini.

 

KURIKULUM PUSAT [email protected]

Berikut adalah merupakan Kurikulum (compacting curriculum) yang digunakan di Pusat [email protected] iaitu:

  • Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
  • Kursus Advance Placement (AP)
  • Kursus Tahun Satu Universiti seperti Aljabar Linear dan Kalkulus
  • Pembelajaran bahasa antarabangsa (Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Mandarin dan Bahasa Korea).

Kepada murid yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik dibenarkan menjalani program pecutan pembelajaran (Accelerated Learning Program) yang melibatkan 3 jenis pecutan iaitu:

  • Pecutan berdasarkan topik subjek-subjek tertentu
  • Pecutan berdasarkan subjek
  • Pecutan gred

 

SYARAT KELAYAKAN PUSAT [email protected]

Bagi murid yang berminat ingin memasuki puast [email protected] UKM perlu melepasi syarat kelayakan berikut:

  1. Lulus Ujian UKM1
  2. Lulus Ujian UKM2 serta Menyertai dan berjaya menamatkan program Perkhemahan Cuti Sekolah dan
  3. Lulus ujian UKM3.

 

TARIKH UJIAN [email protected]

Ujian UKM1 yang diadakan secara dalam talian (online) bermula 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahu.

 

TATACARA KEMASUKAN PUSAT [email protected]

Berikut adalah merupakan tatacara bagi kemasukan:

  • Ujian UKM 1 diadakan pada 1 Februari sehingga 31 Mei setiap tahun bagi murid di Malaysia berumur 8 hingga 15 tahun.
  • Ujian UKM1 hanya boleh dijawab sekali sahaja dalam tahun semasa dan jika terdapat akaun palsu yang dicipta untuk menjawab semula ujian, murid akan disenarai hitam dan digugurkan kelayakan menduduki ujian UKM2.
  • Murid yang melepasi skor kelayakan akan ditawarkan menduduki ujian UKM2 untuk ujian saringan kedua.

 

CARA PERMOHONAN UJIAN [email protected]

Sekiranya murid yang berminat boleh membuat permohonan seperti berikut:

  1. Layari laman web ujian UKM1: http://ukm1.permatapintar.ukm.my/
  2. Pada menu utama klik Ujian UKM1
  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik seterusnya
  4. Isi maklumat murid dengan lengkap dan klik Daftar Pelajar Baru
  5. Jawab ujian tersebut sehingga tamat.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai ujian G[email protected], UKM, sila merujuk laman laman rasmi UKM di pautan https://www.ukm.my/geniuspintar/

 

ARTIKEL LAIN

LOGIN DELIMA KPM 2023(Lupa Password ID Log Masuk Guna Aplikasi)

 

2 thoughts on “UJIAN GENIUS@PINTAR UKM1 2023(Pencarian Murid Pintar & Berbakat)”

Leave a Comment