PERMOHONAN PROGRAM AGROPRENEUR MUDA MAFI

PERMOHONAN PROGRAM AGROPRENEUR MUDA MAFIPROGRAM  AGROPRENEUR MUDA

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) telah mewujudkan satu program bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro yang dinamakan Program Agropreneur Muda. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU PROGRAM AGROPRENEUR MUDA 

Program ini diwujudkan melalui perlaksananaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) bagi menggalakkan penglibatan kepada golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun sahaja di dalam bidang pertanian.

Melalui program ini, kerajaan mahu menggalakkan golongan muda terlibat dalam sektor keusahawanan agro melalui semua aktiviti dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.

 

OBJEKTIF PROGRAM AGROPRENEUR MUDA 

Antara objektif program ini diwujudkan adalah untuk:

  • Menarik golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
  • Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai salah sebuah industri yang berdaya maju.
  • Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.
  • Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (2011 – 2020)

Agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang terlibat dalam Program Agropreneur Muda ini ialah Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Perkhidmatan Veterinar,  Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),

 

SEKTOR UTAMA PROGRAM AGROPRENEUR MUDA 

Antara sektor utama di dalam Program Agropreneur Muda ini iaitu:

Tanaman
  • Fertigasi
  • Cendawan
  • Ternakan kelulut/lebah madu
  • Sayuran
  • Buah-buahan
  • Tanaman Nanas
  • Tanaman Hidroponik
Perikanan
  • Akuakultur
  • Penangkapan ikan
  • Pembenihan
  • Ikan hiasan
  • Perkhidmatan sokongan dan input perikanan
Ternakan
  • Ternakan ruminan (Lembu/kambing/kerbau/rusa)
  • Ternakan bukan ruminan selain unggas (Arnab)
  • Ternakan unggas (Ayam/itik/puyuh)
  • Perkhidmatan sokongan dan input makanan
Industri makanan dan asas tani
  • Produk industri makanan dan asas tani
  • Karavan tani / food truck / mobile food kiosk
Agroteknologi
  • Sistem penanaman pintar (Smart farming)

 

SYARAT PROGRAM AGROPRENEUR MUDA 

Berikut adalah merupakan syarat yang telah ditetapkan bagi program ini iaitu:

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 40 tahun.
  • Pemohon boleh membaca, mengira, dan menulis.

Syarat Permohonan Pembiayaan

  • Individu yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti kursus/ latihan teknikal yang dianjurkan atau diikitiraf oleh Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian;
  • Individu yang telah mempunyai projek sedia ada perlu mendapatkan perakuan dari Jabatan/ Agensi pembimbing bagi DIPERTIMBANGKAN untuk DIKECUALIKAN dari mengikuti kursus/ Latihan teknikal di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian;
  • Individu yang baru memulakan projek dan berkelulusan Sijil/ Diploma/ Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Institut Latihan di bawah Kementerian berkaitan projek pertanian yang dipohon boleh dipertimbangkan untuk DIKECUALIKAN daripada mengikuti program latihan teknikal;
  • Individu yang berpendapatan bersih kurang dari RM5,000.00 sebulan layak untuk memohon bantuan GAM;
  • Individu yang mempunyai tanah berstatus pertanian atau premis sedia ada untuk pelaksanaan projek (milikan sendiri, sewaan atau diberi kebenaran oleh pemilik).
  • Pemohon yang memohon GAM digalakkan berdaftar dengan SSM atau Lesen yang berkaitan untuk projek yang dipohon;dan
  • Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh tiga (3) bulan.

 

TARIKH PERMOHONAN PROGRAM AGROPRENEUR MUDA 

Permohonan dibuka sepanjang tahun bagi menggalakkan penglibatan golongan muda dalam sektor ini.

 

KADAR BANTUAN PROGRAM AGROPRENEUR MUDA

Pakej Pembiayaan diberikan dengan kadar keuntungan sebanyak dua peratus (2%) setahun bagi pembesaran projek pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun. Had maksimum pembiayaan telah ditetapkan melalui agensi pembiayaan seperti:

  • TEKUN Nasional – sehingga RM 50,000 bagi setiap projek
  • Agrobank – sehingga RM 500,000 bagi setiap projek

 

KATEGORI PROGRAM AGROPRENEUR MUDA

  1. Projek Permulaan
    • Belum memulakan projek.
    • Telah menjalankan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum.
    • Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi di bawah MOA.
  1. Projek Pengembangan
    • Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi.
    • Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran.
    • Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi di bawah MOA.

 

JENIS BANTUAN YANG DITAWARKAN PROGRAM AGROPRENEUR MUDA

Berikut adalah merupakan Jenis bantuan yang ditawarkan melalui Program  ini iaitu:

Geran Agropreneur Muda (GAM)
  • Geran Agropreneur Muda (GAM) adalah bantuan daripada Kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan kos kewangan dalam menjalankan perniagaan.
  • Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksimum RM 20,000.00 per individu) dan tidak perlu dibayar balik.
  • Hasil dan impak pemberian geran disasarkan memberi faedah ekonomi kepada penerima geran dan perniagaan untuk jangka masa panjang.
Khidmat Nasihat Teknikal dan Latihan
  • Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif yang bersesuaian melalui program-program yang dilaksanakan oleh jabatan/agensi atau syarikat yang dilantik oleh Kementerian berkaitan dengan projek yang dijalankan.
  • Program khidmat nasihat dan latihan akan diselaraskan di peringkat negeri mengikut jadual berkala yang telah diatur oleh jabatan/agensi di sepanjang tahun.

 

CARA PERMOHONAN PROGRAM AGROPRENEUR MUDA

Golongan belia yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah MOA, MAFI (Negeri Sabah) dan MOARE (Negeri Sarawak) atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut :

  • Borang UAM 01/14 (pin. 1/16) beserta salinan kad pengenalan yang disahkan pegawai Jabatan / Agensi dan gambar berukuran passport
  • Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap.
  • Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang UAM 01/14 perlu disertakan dengan anggaran Sebut Harga
  • Salinan sijil Diploma/Ijazah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MOA atau
  • Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Projek Pengembangan) atau
  • Menyertakan sijil latihan/kursus berkaitan projek (bagi kategori Projek Permulaan).
  • Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Pembiayaan)
  • Dokumen yang lengkap hendaklah diserahkan di pejabat jabatan/agensi daerah di bawah Kementerian atau negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah atau Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak yang terdekat.

NOTA: Tawaran permohonan adalah terhad. Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dihubungi. Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan mengikut fasa.

 

MUAT TURUN BORANG  PROGRAM AGROPRENEURMUDA ONLINE

Anda boleh muat turun borang permohonan seperti di bawah :

 

PROSEDUR KELULUSAN ATAU PENOLAKAN

Terdapat beberapa prosedur untuk permohonan ini sama ada diluluskan atau ditolak iaitu:

  • Permohonan GAM berserta dokumen-dokumen yang lengkap dari Jabatan/Agensi Ibu Pejabat akan dikemukakan kepada pihak UAM, MOA untuk kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Geran & Pembiayaan Program Agropreneur Muda dan Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Program Agropreneur Muda.
  • Dokumen Tawaran Kelulusan berserta Surat Aku Janji serta Borang Penilaian Sebutharga Pembekalan akan dikemukakan kepada pemohon yang berjaya melalui Jabatan/Agensi.
  • Bagi permohonan Pakej Pembiayaan, dokumen-dokumen yang lengkap daripada TEKUN/Agrobank Peringkat Cawangan akan dikemukakan kepada pihak TEKUN/Agrobank Peringkat Ibu Pejabat untuk kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan Agensi Pembiaya.
  • Hanya peserta yang lulus sahaja akan dihubungi dan diberi Surat Kelulusan melalui jabatan/agensi pembimbing yang berkaitan.

 

PELAKSANAAN GAM DAN PAKEJ PEMBIAYAAN

Setelah permohonan pemohon diluluskan, berikut merupakan pelaksanaan bagi GAM:

  • Surat Aku Janji – Borang UAM 2/18 dan Borang Penilaian Sebutharga Pembekalan – Borang UAM 06/17 (pin. 1/18) hendaklah dikembalikan dalam tempoh sah laku berserta tiga sebutharga yang lengkap (SSM/MOF) yang disahkan oleh Jabatan/Agensi Daerah/Negeri. Bagi syarikat yang mengenakan cukai, Surat Pendaftaran SST perlu dilampirkan bersama dan disahkan oleh jabatan/agensi yang terlibat.
  • Selepas itu, Jabatan/Agensi peringkat daerah bertanggungjawab menguruskan bantuan kepada pemohon GAM yang akan diselaraskan oleh jabatan/agensi Ibu Pejabat masing-masing.
  • Bagi perolehan GAM, peruntukan akan disalurkan kepada pembekal secara terus berkaitan projek yang diluluskan melalui agensi pembayar iaitu Agrobank.
  • Program khidmat nasihat dan latihan akan diselaraskan di peringkat negeri mengikut jadual berkala sedia ada yang telah diatur oleh jabatan/agensi sepanjang tahun.

Bagi pembiayaan pula, beberapa langkah pelaksanaan Pakej Pembiayaan akan dilakukan seperti berikut:

  • Pengeluaran wang adalah secara berperingkat mengikut kemajuan projek dan mestilah disokong berdasarkan dokumen yang sah.
  • Jumlah pembiayaan yang diluluskan akan terus disalurkan ke akaun pemohon bagi pembiayaan di bawah TEKUN. Manakala bagi pembiayaan di bawah Agrobank, bayaran bagi pembekalan akan disalurkan ke akaun pembekal.
  • Pembiayaan semula melalui TEKUN atau Pembiayaan Tambahan melalui Agrobank adalah dibenarkan untuk kali kedua hanya untuk satu projek yang sama dengan syarat bayaran pembiayaan terdahulu mempunyai rekod bayaran yang baik bagi tempoh dua belas bulan.
  • Tempoh penangguhan bayaran (Grace Period) diberikan bagi projek sehingga dua belas bulan dari tarikh pertama pengeluraan berjaya dilakukan.
  • Pelaksanaan pembiayaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional dan Agrobank.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Bagi yang berminat dan ingin mengajukan pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak kementerian melalui:

  • Laman web : www.moa.gov.my
  • Emel : [email protected]
  • Facebook : https://www.facebook.com/AgroyouthMOA/
  • Twitter : @agroyouthmoa
  • Instagram : @agroyouthmoa

 

Artikel Lain

PERMOHONAN PROGRAM SIJIL PERTANIAN MALAYSIA

5 thoughts on “PERMOHONAN PROGRAM AGROPRENEUR MUDA MAFI”

  1. Assalammualaikum….dan salam sejahtera.
    Saya baru bermula dalam industri pertanian tanaman sayuran dan ingin memohon bantuan dan rancangan dari pihak kerajaan.

    Balas
  2. sekarang agro mmg tgh trend jd kepada mereka yang ada ilmu better ambil peluang ni untuk perkembangkan lagi. Integrate dengan latest tech untuk automatekan sebahagian operasi.

    Balas

Leave a Comment