PERMOHONAN PROGRAM SIJIL PERTANIAN MALAYSIA

PERMOHONAN PROGRAM SIJIL PERTANIAN MALAYSIA

SIJIL PERTANIAN MALAYSIA

Dalam sektor pertanian semestinya ada rezeki yang lumayan buat anda kerana sudah pasti anda akan mendapat pulangan yang setimpal dengan usaha anda. Sekiranya anda berminat untuk menambahkan pengalaman dalam bidang pertanian, anda boleh membuat permohonan Program Sijil Pertanian Malaysia.  Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU PROGRAM SIJIL PERTANIAN MALAYSIA

Program Sijil Pertanian ditawarkan kepada individu yang meminati bidang pertanian bagi membantu transformasi sektor pertanian negara. Ini adalah selaras dengan Dasar AgroMakanan Negara (DAN) yang bertujuan untuk membangunkan sektor pertanian dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara.

 

TEMPOH PENGGAJIAN PROGRAM SIJIL PERTANIANMALAYSIA

Program Sijil PertanianMalaysia dilaksanakan selama dua tahun iaitu:

  • 64 jam kredit yang terdiri daripada 70% latihan praktikal dan 30% teori.
  • 2 bulan latihan industri

Nota: Kurikulum Program Sijil Pertanian dibangunkan dan dikemaskini mengikut keperluan semasa bagi mematuhi kualiti dan standard yang ditetapkan.

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PROGRAM SIJIL PERTANIAN MALAYSIA

Bagi yang berminat untuk memohon, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Berumur di antara 18 hingga 25 tahun.
  2. Bagi Penjawat Awam tidak melebihi 30 tahun pada masa program bermula (permohonan hendaklah melalui Ketua Jabatan).
  3. Lulus SPM dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan seperti berikut:
    • Lulus dalam matapelajaran Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan)
    • Lulus dalam matapelajaran Bahasa Inggeris
    • Lulus dalam matapelajaran Matematik/Matematik Tambahan
    • Kepujian dalam salah satu mata pelajaran iaitu: Sains, Pengeluaran Tanaman, Sains Pertanian, Pengeluaran Ternakan, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteraan Ladang, Pengurusan Ladang, Pengajian Agroteknologi, Landskap dan Nurseri, Tanaman Makanan, Geografi, Perdagangan, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumahtangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan.
  4. Belum berkahwin (kecuali bagi kakitangan kerajaan)

 

CARA PERMOHONAN PROGRAM SIJIL PERTANIAN MALAYSIA

Untuk makluman, pengambilan pelajar baru akan diiklankan di akhbar utama pada Februari/Mac setiap tahun. Berikut adalah cara membuat permohonan:

  1. Layari pautan permohonan: www.agris.doa.gov.my
  2. Masukkan no kad pengenalan anda.
  3. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan.
  4. Semak kembali sekiranya betul tekan hantar

Bagi kakitangan Kerajaan, permohonan hendaklah dibuat secara bertulis melalui kebenaran Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada :

  • Pengarah, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Pertanian, Aras 13, No.30, Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya. (u.p. : Timbalan Pengarah Seksyen Latihan Teknikal dan Vokasional)

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Sijil Pertanian Malaysia 2022, anda boleh merujuk website rasmi Jabatan pertanian Malaysia di pautan www.doa.gov.my

 

ARTIKEL LAIN

CONTOH SURAT PERJANJIAN JUAL BELI TANAH

CARA BELI TANAH SECARA TUNAI

CARA BELI TANAH LOT(Cara Pilih Lot Rumah)

 

1 thought on “PERMOHONAN PROGRAM SIJIL PERTANIAN MALAYSIA”

Leave a Comment