CARA DAFTAR AKAUN GO SHOP APLIKASI (Order & Beli Barang)

CARA DAFTAR AKAUN GO SHOP APLIKASI (Order & Beli Barang)

AKAUN GO SHOP

Konsep membeli-belah selepas menonton demonstrasi produk di kaca tv seolah membeli nafas baharu kepada pengguna. Terdapat beberapa buah rancangan seumpamanya disiarkan. Go Shop adalah yang pertama dan yang paling digemari ramai. Untuk membeli barang secara online seharusnya anda daftarkan akaun terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan cara daftar akaun Go Shop, semoga membantu.

 

APA ITU GO SHOP

GO SHOP adalah destinasi gaya hidup beli-belah 24 jam yang menghiburkan yang mempunyai demonstrasi, promosi dan penjualan produk serta perkhidmatan menerusi pelbagai platform termasuk Astro TV, Astro On The Go, talian e-dagang dan perdagangan mudah alih dengan menawarkan pengalaman runcit pada bila-bila masa dan di mana jua.

 

MUAT TURUN APLIKASI GO SHOP

Bagi memudahkan pembelian barang mengunakan telefon, seharusnya anda memuat turun dan install aplikasi Go Shop menerusi pautan di bawah:

 

KATAGORI PRODUK GO SHOP

Terdapat pelbagai kategori produk ditawarkan antaranya ialah:

  • Peralatan elektronik digital
  • Keperluan isi rumah
  • Barangan kelengkapan dapur
  • Aksesori dan fesyen
  • Kesihatan
  • Kosmetik dan penjagaan diri.

Nota: Untuk melihat barangan lain anda boleh meliha di website rasmi Go Shop di pautan http://www.goshop.com.my

 

KELEBIHAN MEMBELI DI GO SHOP

Berikut adalah kelebihan membeli menerusi platform Go Shop secara online iaitu:

  • Terdapat pelbagai promosi terkini yang sedang berlangsung
  • Menerima dan menebus mata ganjaran
  • Kupon ganjaran yang tersedia melalui aplikasi Go Shop
  • Penghantaran pantas dan percuma

 

CARA DAFTAR AKAUN GO SHOP

Sebagai pengguna kali pertama, seharusnya anda daftar akaun Go Shop terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi Go Shop di telefon anda
  2. Pada paparan utama, klik pada Account yang teletak pada kanan bawah
  3. Seterusnya klik pada Register Now
  4. Satu pop up akan tertera, sekiranya anda tidak pernah membeli barangan dari Go Shop sebelum ini, klik pada No, Create New Account
  5. Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Nama
    • Email
    • Kata Laluan
    • Pengesahan Kata Laluan
    • No telefon
  6. Seterusnya tick pada kotak pengesahan umur 18 dan keatas serta pada kotak terma syarat. Kemudian klik Register
  7. Kemudian anda akan menerima email pengesahan daripada Go Shop. Buka email tersebut dan klik pada Verify Account untuk melengkapkan pendaftaran.
  8. Selesai, akaun anda telah didaftarkan.

 

CARA ORDER & BELI BARANG DI GO SHOP

Kepada anda yang ingin membeli di Go Shop, pastikan anda telah selesai daftar akaun terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya.

  1. Buka aplikasi Go Shop di telefon anda
  2. Log masuk ek dalam akaun anda
  3. Pilih produk yang tersedia daripada Go Shop yang anda inginkandan klik pada Add To Chart untuk tambahkan barang tersebut ke dalam troli
  4. Setelah selesai membuat pilihan, klik pada troli tersebut untuk melihat barangan anda
  5. Sekrianya berpuas hati dan ingin membelinya, klik pada Check Out
  6. Pada bahagian ini pastikan nama, alamat rumah, dan nombor telefon anda tepat. Kemudian klik ‘Next’.
  7. Semak produk yang ingin anda beli. Pilih cara pembayaran sama ada Credit/debit card, Cash on Delivery, atau Bank Transfer/FPX. Jika anda memilih untuk membayar secara online menggunakan bank CIMB/Maybank atau sebagainya, pilih ‘Bank Transfer/FPX’.
  8. Seterusnya klik Place An Order dan ikuti proses pembayaran hingga selesai.
  9. Siap, kini anda cuma perlu tunggu sahaja barang sampai ke rumah.

 

ARTIKEL LAIN

CARA AKTIFKAN LAZPAYLATER 2023 (Bayaran Secara Ansuran Di Lazada)

16 thoughts on “CARA DAFTAR AKAUN GO SHOP APLIKASI (Order & Beli Barang)”

  1. Assalamualaikum saya ibu tunggal yang menjaga 4org anak sebelum ini saya PeRnah mohoh bsh tEtapi tidak laYak boleh ke jkm bantu saya..

    Balas
  2. Saya perlu batuan tapi Saya tidak bagaimana nak mohon.saya dah exsiden motor bahagian Kanan Kali dengan tangan kanan.kat kaki Lima bahagian tulang masuk skru di bahu 9 tulang patah,jadi tidak blh kerja.

    Balas
  3. Saya pesakit kronik buah pinggang…dari tahun 2006 hingga kini….saya mendapat bantuan kabajikan ..kini tak layak.unit hasil hospital taiping minta bayar dari tahun 2017 hingga kini…saya tak bekerja…saya perlu bantuan agar bayaran dikurangkan…

    Balas
  4. Aslmkum.. Kepada yg berkenaan, saya amat2 memerlukan bantuan kewangan pada saat ini.. Saya telah diberhentikn kerja tampa sebab.. Sudah 2 bulan saya tk berkerja tolong lh bagaimana saya bleh melanjutkn kehidupan saya tampa pendapatan bulanan.. Saya dh usaha untuk dptkn perkerjaan yg baru tetapi jwpan yg sama tunggu panggilan. Saya buntu usaha saya yg terahkir ada lah untuk dapatkn modal saya ingin memulakan perniagaan.. Tlg lh bantu saya untuk dapatkn modal. Terima kasih.

    Balas
  5. assalammualaikum..sy seorg ibu tunggal mempunyai 2 org ank yg masih kecil.dan tidak mempunyai pekerjaan.sy juga menjaga ibu sy yg kurang sihat. sy mnta jasa baik tuan supaya dpt meringan kn beban keluarga.sy tidak mempunyai pendapatan..sy juga ada meminta bantuan baik pulih rumah.tetapi smpi skrng tiada respons..

    Balas
  6. Salam,,,isi rumah keluarga asaya 7org,,2org anak saya kena buang kerja time pkp..rumah saya kena lelong,,,skrg saya buat rumah sendiri ,,cuma nak tanya ada ke bantuan masuk elektrik

    Balas
  7. Saya isteri yang di abai kan suami..saya tidak bekejer dan tidak pernah bekejer sejak berkahwin kerana suami tak mengizin kan saya bekejer…seorang surirumah ..umur 46 tahun…saya memerlukan bantuan untuk rumah sewa dan bantuan bulanan tapi tidak tahu cara untuk memohon sebab semua bantuan2x yang dapat di atas nama suami….suami yang dapat semua nya….saya hanya memerlukan bantuan untuk diri saya menerus kan hidup tanpa suami….

    Balas
  8. Aslmkum.. Kepada yg berkenaan, saya amat2 memerlukan bantuan kewangan pada saat ini.. Saya telah diberhentikn kerja tampa sebab.. Sudah 2 bulan saya tk berkerja tolong lh bagaimana saya bleh melanjutkn kehidupan saya tampa pendapatan bulanan.. Saya dh usaha untuk dptkn perkerjaan yg baru tetapi jwpan yg sama tunggu panggilan. Saya buntu usaha saya yg terahkir ada lah untuk dapatkn modal saya ingin memulakan perniagaan.. Tlg lh bantu saya untuk dapatkn modal. Terima kasih.

    Balas

Leave a Comment