CARA DAFTAR AKAUN TGV CINEMA (Beli Tiket Wayang & Senarai Movie Terkini)

CARA DAFTAR AKAUN TGV CINEMA (Beli Tiket Wayang & Senarai Movie Terkini)

AKAUN TGV CINEMA

Sekiranya  akan ingin melihat wayang, anda kini boleh mencuba membeli tiket secara online. Ini akan memudahkan anda tidak perlu lagi beratur panjang untuk membeli tiket wayang di kaunter.

 

Semestinya anda ingin mengetahui cara membeli tiket secara online kan? Untuk membeli secara online anda seharusnya daftar akaun terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan cara daftar akaun TGV Cinema, semoga membantu.

 

APA ITU TGV CINEMA

TGV Cinemas Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Tanjong Golden Village) ialah rangkaian pawagam kedua terbesar Malaysia, selepas Golden Screen Cinemas. Setakat Mac 2018, TGV Cinemas memiliki 34 buah multipleks dengan 268 keping layar dan melebihi 45,000 buah tempat duduk. TGV Cinemas beribu pejabat di Menara Maxis, Kuala Lumpur.

 

APLIKASI TGV CINEMA

Untuk memudah urusan anda, sebaiknya anda memuat turun dahulu aplikasi TGV Cinema ini:

 

CARA DAFTAR AKAUN TGV CINEMA

Untuk membuat tempahan tiket wayang secara online, seharusnya anda perlu daftar  akaun terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi TGV Cinema tersebut atau layari pautan https://www.tgv.com.my/
  2. Pada halaman utama, klik pada ikon Movie Club
  3. Seterusnya klik pada Join now untuk pendaftaran akaun
  4. Isikan segala maklumat yang dieprlukan seperti:
    • Email
    • No telefon (diperlukan Pengesahan) masukkan kod yang diterima
    • Kata Laluan
  5. Setelah lengkap klik pada Sign Up
  6. Anda akan terima email pengesahan, klik pada link ‘Follow this link for account activation’
  7. Pendaftaran akaun anda telah berjaya

 

SENARAI MOVIE TERKINI TGV

Untuk melihat senarai movie terkini, anda hanya perlu buka aplikasi TGV Cinema tersebut dan paparan akan menunjukkan senarai movie terkini.

 

CARA BELI TIKET WAYANG TGV ONLINE

Setelah anda berjaya daftar akaun, berikut adalah merupakan cara membeli tiket wayang secara online:

  1. Buka aplikasi TGV tersebut dan Log masuk dengan menggunakan akaun anda
  2. Pada halaman utama, anda boleh pilih mana-mana paparan movie yang tersedia atau anda boleh klik pada search untuk mencari movie pilihan anda.
  3. Sebaiknya anda mencari pawagan yang berhampiran anda atau mana-mana pawagan pilihan anda terlebih dahulu dengan klik pada ikon Cinimes
  4. Paparan akan menunjukkan senarai pawagan yang ada. Pilih pawagan pilihan anda
  5. Paparan seterus akan menunjukkan tanyangan movie yang berlangsung pada tarikh berkenaan beserta waktu tanyangan dan jenis tempat duduk.
  6. Seterusnya pilih mana-mana seat yang masih avalaible dan klik Continue
  7. Pada bahagian select tiket, anda diberi pilihan memilih jenis tiket berdasarkan katagori beserta bilangan anda sama ada:
    • Deluxe
    • Kids Deluxe
  8. Setelah selesai klik pada continue. Kemudian anda boleh membuat pilihan makanan anda inginkan atau anda boleh skip untuk laman seterusnya dengan klik continue
  9. Seterusnya paparan akan menunjukkan jumlah bayaran, pastikan maklumat pembelian anda betul dan klik pada Pay Now
  10. Pilih kaedah pembayaran anda inginkan dan ikuti proses pembayaran sehingga selesai
  11. Status pembelian tiket anda selesai

 

CARA GUNA TIKET WAYANG ONLINE

Setelah proses pembelian tiket anda selesai, berikut adalah cara penggunaannya:

  1. Semasa di panggung TGV tersebut, buka aplikasi TGV anda
  2. Klik pada bahagian Movie Club > My Transaction History
  3. Paparan tempahan anda akan tertera, klik pada more info untuk melihat QR Code ticket
  4. Gunakan code tersebut untuk di imbas atau di scan dan disemak oleh staf TGV ketika ingin masuk ke dalam pawagan

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR AKAUN GSC CINEMA (Beli Tiket Wayang & Senarai Movie Terkini)

Leave a Comment