CARA DAFTAR AKAUN GSC CINEMA (Beli Tiket Wayang & Senarai Movie Terkini)

CARA DAFTAR AKAUN GSC CINEMA (Beli Tiket Wayang & Senarai Movie Terkini)

AKAUN GSC CINEMA

Sekiranya  akan ingin melihat wayang, anda kini boleh mencuba membeli tiket secara online. ini akan memudahkan anda tidak perlu lagi beratur panjang untuk membeli tiket wayang di kaunter. Semestinya anda ingin mengetahui cara membeli tiket secara online kan? Untuk membeli secara online anda seharusnya daftar akaun terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan cara daftar akaun GSC Cinema, semoga membantu.

 

APA ITU GSC CINEMA

Golden Screen Cinemas (juga dikenali sebagai GSC, GSC Movies atau GSC Cinemas) adalah syarikat hiburan dan pengedaran filem di Malaysia. Ia adalah syarikat pawagam terbesar di Malaysia, dengan sebahagian besar pawagamnya terletak di Mid Valley Megamall dengan 21 panggung wayang dan 2,763 tempat duduk. Rangkaian filem ini tersebar di beberapa bandar besar di seluruh Malaysia dan kebanyakannya terletak di pusat membeli-belah dengan filem Hollywood dan Malaysia sebagai menu utama, dilengkapi dengan sistem suara Dolby Digital dan THX.

 

APLIKASI GSC CINEMA

Untuk memudah urusan anda, sebaiknya anda memuat turun dahulu aplikasi GSC Cinema ini:

 

CARA DAFTAR GSC CINEMA

Untuk membuat tempahan tiket wayang secara online, seharusnya anda perlu dafatr akaun terlebih dahulu. Berikut adalah merupakanc caranya:

  1. Buka aplikasi GSC Cinema tersebut atau layari pautan https://www.gsc.com.my/sign
  2. Pada halaman utama, klik pada ikon Me
  3. Seterusnya klik pada Sign In seterusnya klik pada Sign Up untuk pendaftaran akaun
  4. Isikan segala maklumat yang dieprlukan seperti:
    • Nama
    • No telefon
    • Email
    • Kata Laluan
  5. Klik pada Send untuk dapatkan pengesahan, masukkan kod yang diterima melalui SMS
  6. Tick pada terma dan syarat. Seterusnya klik Submit
  7. Pendaftaran anda telah berjaya

 

SENARAI MOVIE TERKINI GSC

Untuk melihat senarai movie terkini, anda hanya perlu buka aplikasi GSC Cinema tersebut dan paparan akan menunjukkan senarai movie terkini.

 

CARA BELI TIKET WAYANG GSC ONLINE

Setelah anda berjaya daftar akaun, berikuta dalah merupakan cara membeli tiket wayang secara online:

  1. Buka aplikasi GSC tersebut
  2. Pada halaman utama, anda boleh pilih mana-mana paparan movie yang tersedia atau anda boleh klik pada search untuk mencari movie pilihan anda.
  3. Seterusnya klik pada movie pilihan anda tersebut.
  4. Anda boleh pilih tempat tayangan movie tersebut yang berhampiran anda dan juga masa tayangan yang anda inginkan
  5. Seterusnya klik pada Select Seat, pilih mana-mana seat yang masih avalaible dan klik Confirm
  6. Seterusnya pilih tiket berdasarkan katagori beserta bilangan anda sama ada:
    • Dewasa
    • Kanak-kanak
    • OKU
    • Warga Emas
    • Pelajar
  7. Setelah selesai klik pada confirm. Kemudian anda boleh membuat pilihan makanan anda inginkan atau anda boleh skip untuk laman seterusnya
  8. Pada laman Summary, pastikan maklumat pembelian anda betul, tick pada terma dan syarat kemudian klik pada Checkout & Pay
  9. Pilih kaedah pembayaran anda inginkan dan ikuti proses pembayaran sehingga selesai
  10. Status pembelian tiket anda selesai

 

CARA GUNA TIKET WAYANG GSC ONLINE

Setelah proses pembelian tiket anda selesai, berikut adalah cara penggunaannya:

  1. Semasa di panggung GSC tersebut, buka aplikasi GSC anda
  2. Klik pada bahagian Main > My Ticket
  3. Paparan QR Code ticket anda akan tertera
  4. Gunakan code tersebut untuk di imbas atau di scan dan disemak oleh staf GSC ketika ingin masuk ke dalam pawagan

 

ARTIKEL LAIN

SIMPAN SSPN ONLINE 2022(CARA BUKA AKAUN & SEMAKAN BAKI PENYATA SIMPAN SSPN PRIME & PLUS)

 

Leave a Comment