Isi Kandungan
alrajhi@24seven(Cara Pengaktifan & Pengesahan Transaksi)
Perbankan Internet Al-Rajhi Bank memang memudahkan urusan anda. Jika anda sudah berdaftar, hanya perlu log masuk Al-Rajhi Bank Online melalui alrajhi@24seven dan terus boleh buat urusan perbankan secara atas talian. Ini termasuk urusan harian seperti bayar bil, transfer duit Al-Rajhi Bank guna DuitNow ke bank-bank lain, semak duit baki dalam akaun dan macam-macam lagi. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.
APA ITU ALRAJHI@24SEVEN MALAYSIA
alrajhi@24seven merupakan sebuah aplikasi online yang membolehkan kita membuat pindahan wang, pembayaran, pembelian secara online. Ia lebih memudahkan kita untuk urusan sebarang transaksi contohnya check balance, transfer duit, top up kredit termasuk membayar pelbagai bil seperti elektrik, telefon, air dan insurans serta bil kad kredit.
MUAT TURUN APLIKASI ALRAJHI@24SEVEN MALAYSIA
Untuk menggunakan fungsi ini seharusnya anda memuat turn dan install aplikasi ini di telefon anda menerusi pautan berikut:
- Play Store bagi pengguna Android
- Apple Store bagi pengguna IOS
CARA PENGAKTIFAN & PENGESAHAN TRANSAKSI ALRAJHI@24SEVEN
Untuk makluman anda, pada masa kini tiada pengaktifan dan pengesahan transakisi yang diumumkan. Anda boleh lakukan sebarang transaksi menggunakan One-Time Password (OTP) seperti biasa selepas anda mendaftar akuan.
CARA DAFTAR ALRAJHI@24SEVENMALAYSIA
Sebelum Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini, Anda mesti mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan akaun aktif. Berikut adalah proses dan langkah cara daftar
- Layari laman web Al Rajhi @ 24seven
- Klik pada DE-REGISTER SECURA@24SEVEN
- Isikan segala MAKLUMAt yang diminta.
- Pada REGISTER THROUGH, pilih Debit Card Number. Isikan Maklumat yang ada pada Kad anda
- Maukkan No PIN pada ruangan Card PIN.
- Pada ruangan TYPE THE CHARACTERS YOU SEE ABOVE, masukkan kod yang tertera.
- ONE-TIME PASSWORD (OTP) akan dihantar melalui SMS ke telefon anda.
- Masukkan USERNAME dan PASSWORD yang anda ingin gunakan.
- Masukkan SECURE WORD anda inginkan
- Pendaftaran akaun online banking alrajhi@24seven anda berjaya.
CARA LOGIN ALRAJHI@24SEVEN MALAYSIA
Selepas selesai pendaftaran, berikut ialah cara login alrajhi@24seven:
- Layari laman web Al Rajhi @ 24seven
- Masukkan USER ID dan Tekan butang PROCEED
- Sahkan SECURE WORD anda, tick pada ruangan disediakan
- Masukkan PASSWORD dan Tekan butang LOGIN sekali lagi
- Jika semuanya berjalan lancar, login anda berjaya dan anda akan dapat akses ke akaun online banking Al Rajhi Bank anda.
CARA TRANFER ALRAJHI@24SEVEN MALAYSIA
Kepada anda yang ingin lakukan transaksi pindahan wang, berikut adlaah merupakan caranya:
- Layari laman web Al Rajhi @ 24seven dan log masuk akaun anda
- Pada halaman utama, klik pada pay &transfer.
- Pergi pada bahagian transfer dan klik other accounts.
- Terus klik pada new transfer dan pilih bank yang ingin anda urusniaga.
- Masukkan nombor akaun, nama penerima, pilih urusniaga fund transfer, pilih transfer mode sama ada instant transfer / interbank GIRO, masukkan jumlah duit dan recipient’s reference.
- Paparan pengesahan akan keluar dan pastikan nama penerima, akaun serta jumlah dengan betul
- Klik pada request OTP, no OTP akan dihantar pada nombor telefon yang telah anda daftarkan secara SMS. Masukkan no OTP tersebut dengan betul dan klik confirm.
- SelesaiAnda telah berjaya melakukan urusniaga ke akaun tersebut, resit harus disimpan untuk bukti seterusnya.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai alrajhi@24seven, anda boleh melayari portal rasmi AlRajhi Bank
ARTIKEL LAIN: