RHB NOW SECURE PLUS(Cara Pengaktifan & Pengesahan Transaksi)

RHB NOW SECURE PLUS(Cara Pengaktifan & Pengesahan Transaksi)

RHB NOW SECURE PLUS

Kepada pelanggan RHB, Semestinya anda sedia maklum untuk melakukan perpindahan wang secara online banking akan memerlukan kod pengesahan keselamatan iaitu OTP yang dihantar melalui SMS ke telefon anda. Tetapi kini RHB Bank telah menambahbaikkan ciri keselamatan tersebut dengan memperkenalkan RHB Now Secure Plus. Disini kami ingin kongsikan cara untuk aktifkan fungsi ini, semoga membantu

 

APA ITU RHB NOW SECURE PLUS

Dengan Secure Plus, ia menghapuskan keperluan untuk membawa token fizikal dengan menukar telefon pintar kepada token. Selepas pemasangan Secure Plus, pelanggan boleh menggunakannya untuk menjana kod untuk Log Masuk dan Kebenaran Transaksi.

Menggunakan RHB Aplikasi Perbankan Mudah Alih Reflex pada peranti yang didayakan Secure Plus membolehkan pelanggan membuat bank dengan lancar, walaupun semasa mereka sedang dalam perjalanan.

 

MUAT TURUN APLIKASI RHB MOBILE BANKING

Untuk menggunakan fungsi ini seharusnya anda memuat turn dan install aplikasi RHB Mobile Banking di telefon anda menerusi pautan berikut:

 

CARA AKTIFKAN FUNGSI RHB NOW SECURE PLUS

Untuk dapat menggunakan perkhidmatan aplikai ini, anda mesti memiliki handphone/smartphone Android/iPhone. Seterusnya ikuti langkah-langkah pendaftaran di bawah:

  1. Buka aplikasi RHB Mobile Banking dan log masuk akaun anda
  2. Pada menu utama klik pada button Setting di sudut kiri atas
  3. Seterusnya klik pada Security dan pilih menu Secure Plus
  4. Anda dikehendaki untuk masukkan kata lalaun RHB online banking sekiranya anda log masuk guna Quick Login
  5. Scroll ke bawah, baca terma & Syarat yang tertera dan tick pada kotak tersebut dan klik pada Authorise Now
  6. Notifikasi Pendaftaran akan tertera, klik pada Proceed
  7. Kemudian masukkan nombor OTP yang diterima melalui SMS untuk aktifkan fungsi ini
  8. RHB Secure Plus sudah berjaya diaktifkan. Selepas mengaktifkan GO Secure, pembayaran boleh dibuat seperti biasa.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai RHB NOW Secure Plus, anda boleh menghubungi costumer service bank RHB. Melalui email dan nombor telefon rasmi:

  • Email : [email protected]
  • Nombor telefon : 03-9206 8118
  • Atau pergi ke cawangan bank RHB terdekat untuk menyelesaikan masalah Anda

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment