MyDAFTAR OKU JKM(Cara Daftar & Semak Status OKU Online)

MyDAFTAR OKU JKM(Cara Daftar & Semak Status OKU Online)

MyDAFTAR OKU JKM

Terbaru Kementerian Wanita Keluarga, dan Masyarakat (KWKM) telah memperkenalkan sistem pendaftaran OKU secara online iaitu  MyDaftar OKU.

 

APAKAH KELEBIHAN OKU JKM?

Terdapat beberapa kelebihan yang akan dinikmati oleh OPU yang berdaftar dengan JKM iaitu:

 

  • Bantuan Kewangan JKM mengikut syarat dan kelayakan semasa.
  • Pelepasan atau pengecualian cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  • Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU di bawah Kementerian Sumber Manusia.
  • Pengurangan tambang pengangkutan awam.
  • Bantuan Pelajar OKU di sekolah.

 

APA ITU KOD QR & KAD OKU?

Selepas pendaftaran diluluskan, pemohon akan mendapat kod QR yang terdapat pada platform MyDaftar OKU sebelum mendapat kad fizikal.

 

Kod QR tersebut akan membolehkan mereka berurusan dengan lancar di mana-mana pusat perkhidmatan awam termasuklah stesen-stesen LRT dan pengangkutan awam yang lain termasuk e-hailing.

 

BERAPA LAMA TEMPOH KELULUSAN MyDAFTAR OKU JKM?

Pemohon kini boleh terus memohon secara online dan kelulusan bagi perdaftaran menerusi sistem berkenaan akan diperolehi dalam tempoh 24 jam.

 

BAGAIMANAKAH CARA GUNA MyDAFTAR OKU JKM?

Untuk mendaftar melalui MyDaftar OKU, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

 

  1. Layari laman web https://oku.jkm.gov.my/.
  2. Klik menu ‘Daftar OKU.’
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  4. Muat naik gambar berukuran passport.
  5. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar pendaftaran.

 

BAGAIMANAKAH CARA SEMAK STATUS PENDAFTARAN MyDAFTAR OKUJKM?

 

Semakan pendaftaran boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

 

  1. Layari laman web https://oku.jkm.gov.my/semakan_oku.
  2. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Cari.’
  3. Status pendaftaran dipaparkan.

 

ADA MASALAH /PERTAYAAN TENTANG MyDAFTAR OKU ?

Sila hubungi pihak JKM di peringkat negeri masing-masing yang boleh dirujuk melalui pautan https://oku.jkm.gov.my/hubungi_kami.

 

ARTIKEL LAIN

BANTUAN OKU JKM:CARA MOHON RM300,RM450,RM500 & RM2700( Apply melalui jkm.gov.my)

CARA PERMOHONAN STIKER/PELEKAT OKU

SEMAKAN KADAR BANTUAN KEWANGAN JKM 2021

1 thought on “MyDAFTAR OKU JKM(Cara Daftar & Semak Status OKU Online)”

Leave a Comment