BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE (Cara & Semak Kadar Negeri) 

BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE (Cara & Semak Kadar Negeri) 

BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE

 

Kepada umat Islam yang ingin bayar zakat Fitrah online,anda boleh berbuat demikian secara atas talian sahaja.Ia mudah dan senang sahaja.

Bagaimanakah cara bayar zakat Fitrah online? Di sini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.

Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.

 

SEMAKAN SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

Berikut adalah Syarat Wajib Zakat Fitrah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

 

SEMAKAN WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

Waktu membayar Zakat Fitrah adalah bergantung kepada waktu hukumnya iaitu:

  • Wajib: Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
  • Afdhal: Sebelum sembahyang Hari Raya Aidilfitri.
  • Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Makruh: Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
  • Haram: Selepas terbenam matahari 1 Syawal.
  • Kadar Zakat Fitrah di Malaysia

 

SEMAKAN KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH DI MALAYSIA

Kadar bayaran Zakat Fitrah 2022 di Malaysia adalah berbeza mengikut negeri iaitu:

  • Kadar Bayaran Negeri Perlis = RM7.00
  • Kadar Bayaran Negeri Kedah= RM5.00/ RM7.00/ RM14.00 RM21.00
  • Kadar Bayaran Negeri Pulau Pinang= RM7.00/RM12.00 /RM16.00
  • Kadar Bayaran Negeri Perak= RM7.00/RM14.00/RM21.00
  • Kadar Bayaran Negeri Selangor = RM7.00/RM14.00/RM21.00
  • Kadar Bayaran Negeri Negeri Sembilan = RM7.00
  • Kadar Bayaran Negeri Melaka= RM7.00/RM14.00
  • Kadar Bayaran Negeri Johor =RM7.00/RM10.00
  • Kadar Bayaran Negeri Pahang = RM7.00
  • Kadar Bayaran Negeri Terengganu= RM7.00
  • Kadar Bayaran Negeri Kelantan = RM7.00/RM14.00/RM21.00
  • Kadar Bayaran Negeri Sarawak = RM7.00
  • Kadar Bayaran Negeri Sabah = RM6.00/RM7.50
  • Kadar Bayaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan = RM5.00/ RM7.00 / RM14.00

 

CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE 

Untuk pembayaran Zakat Fitrah 2022 secara online, orang ramai boleh membayar mengikut Majlis Agama Islam atau Pusat Zakat setiap negeri seperti berikut:

i) Perlis

  1. Layari laman web https://www.maips.gov.my/.
  2. Cari bahagian ‘Bayar’ dan klik tulisan ‘Bayar Zakat FPX.’
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit for Payment.’

ii)Kedah

  1. Layari laman web https://jom.zakatkedah.com.my/.
  2. Klik bahagian ‘Bayar Zakat Fitrah.’
  3. Isikan jumlah nilai dan klik butang ‘Tambah.’
  4. Klik butang ‘Bayar.’

iii) Pulau Pinang

  1. Layari laman web https://zakatpenang2u.com/
  2. Klik butang ‘Log Masuk.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Akaun Anda.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Selepas masuk, sila buat pembayaran zakat.

iv)Perak

  1. Layari laman web https://ezakat.maiamp.gov.my/v4/.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Klik butang ‘Bayar Sekarang.’

v)Selangor

  1. Layari laman web https://www.zakatselangor.com.my/.
  2. Di bahagian bayar zakat online, klik butang ‘Bayar Zakat Anda.’
  3. Masukkan maklumat diri dan klik butang ‘Seterusnya.’
  4. Pilih kaedah bayaran dan klik butang ‘Seterusnya.’
  5. Pilih bank dan buat bayaran.

vi)Negeri Sembilan

  1. Layari laman web https://www.zakatns2u.biz/fitrah/.
  2. Isi maklumat diri dan klik butang ‘Bayar Melalui Perbankan Internet.’

vii) Melaka

  1. Layari laman web https://www.izakat.com/
  2. Klik bahagian Fitrah Online atau Bayar Fitrah.
  3. Buat pembayaran Zakat Fitrah.

viii) Johor

  1. Layari laman web https://epayment.maij.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Pengguna.’
  3. Masukkan no kad pengenalan dan semak no. kad pengenalan.
  4. Isi maklumat diri sehingga ke bahagian pengakuan.
  5. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Setelah masuk, mulakan pembayaran Zakat Fitrah.

ix)Pahang

  1. Layari laman web https://ezakat.muip.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Bayaran Zakat Fitrah.’
  3. Isi maklumat diri dan klik butang ‘Seterusnya untuk Bayar.’
  4. Buat pembayaran

x)Terengganu

  1. Layari laman web https://ezakat.maidam.gov.my/online/.
  2. Klik butang ‘Bayar Zakat Fitrah.’
  3. Isi maklumat diri dan klik butang ‘Seterusnya.’
  4. Maklumat bayaran dipaparkan dan klik butang ‘Seterusnya.’
  5. Buat pengesahan dan niat Zakat Fitrah.

xi) Kelantan

  1. Layari laman web https://www.e-maik.my/.
  2. Di bahagian Kadar Zakat Fitrah, klik butang ‘Klik Di Sini Untuk Bayar.’
  3. Klik pada ikon beras yang dipaparkan.
  4. Isi maklumat dan klik butang ‘Bayar Sekarang.’

xii) Sarawak

  1. Layari laman web https://pelanggan.tbs.org.my/.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Akaun.’
  3. Isi maklumat dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Setelah masuk, mulakan pembayaran Zakat Fitrah.

xiii) Sabah

  1. Layari laman web https://appszakat.sabah.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Sekarang.’
  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Pengesahan.’
  4. Isi maklumat diri dan daftar.
  5. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Pilih FPX dan MIGS dan klik ‘Teruskan Pembayaran.’
  7. Pilih Zakat Fitrah dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  8. Pilih ‘Internet Banking,’ untuk proses pembayaran.

xiv) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan

  1. Layari laman web http://fitrah.zakat.com.my/.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Klik butang ‘Bayar.’

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika ada pertayaan tentang cara bayaran Zakat Fitrah online, sila berhubung dengan Pejabat Zakat negeri masing-masing.

Leave a Comment