APLIKASI FREE SCHOOL BUS (Cara Guna Bas Sekolah Percuma Kerajaan Sarawak)

APLIKASI FREE SCHOOL BUS (Cara Guna Bas Sekolah Percuma Kerajaan Sarawak)APLIKASI FREE SCHOOL BUS

 

Kepada para ibu bapa, pihak sekolah dan para pelajar yang dihormati,berikut adalah maklumat dan info tentang PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH PERCUMA KERAJAAN SARAWAK

 

APA ITU PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH PERCUMA KERAJAAN SARAWAK

Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma Kerajaan Sarawak merupakan inisiatif perintis Kerajaan Sarawak untuk mensejahterakan dan meringankan beban rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah di bandar-bandar utama.

Ia juga memudahkan anak-anak ke sekolah dengan menaiki bas percuma mengikut waktu dan jadual perjalanan bas selain dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar.

 

SENARAI SEKOLAH YANG TERLIBAT PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH PERCUMA KERAJAAN SARAWAK

Perkhidmatan ini terbuka kepada semua pelajar di sekolah terlibat di bawah;

  • SJK (C) Sungai Apong
  • SJK Chung Hua Kuching
  • SK Gita
  • SK Matang Jaya
  • SK Merpati Jepang
  • SK Petra Jaya
  • SK Rakyat Jalan Haji Bolhasan
  • SK Semariang
  • SK Semerah Padi
  • SK St. Andrew (M)
  • SK Tabuan
  • SK Tabuan Hilir
  • SMK Bako
  • SMK Bandar Semariang
  • SMK Batu Kawa
  • SMK Jalan Arang
  • SMK Kuching High
  • SMK Matang Hilir
  • SMK Matang Jaya
  • SMK Pending
  • SMK Petra Jaya
  • SMK Santubong
  • SMK Semerah Padi
  • SMK Seri Setia
  • SMK St. Joseph
  • SMK St. Mary
  • SMK St. Teresa
  • SMK St. Thomas
  • SMK Tun Abang Haji Openg
  • SMK Tunku Abdul Rahman.

 

MUAT TURUN PETA PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH PERCUMA KERAJAAN SARAWAK

Para ibu bapa, pihak sekolah dan pelajar boleh memuat turun peta menerusi pautan di sini

 

MUAT TURUN APLIKASI FREE SCHOOL BUS

Pada masa yang sama, anda juga boleh memuat turun aplikasi Free School Bus sekarang juga menerusi pautan berikut;

Apple Store bagi peranti iOS (iPhone/iPad/iPod Touch)

https://apps.apple.com/my/app/sarawak-school-bus-service/id1522638184

Google Play Store bagi peranti Android

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.org.yayasansarawak.freeschoolbus

Aplikasi tersebut juga akan memaparkan laluan-laluan terlibat, tempat perhentian bas serta lokasi masa nyata (real-time) bas sekolah dan amat berguna untuk para ibu bapa juga guru untuk mengetahui perjalanan bas sekolah tersebut.

Kerajaan negeri menggalakkan para pengguna untuk memasang aplikasi Sarawak Free School Bus dan berkongsikan maklumat ini dengan rakan – rakan yang bakal menerima manfaat daripada Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma Kerajaan Sarawak.

 

KELEBIHAN MENGGUNAKAN APLIKASI FREE SCHOOL BUS

Aplikasi mudah alih yang disediakan membolehkan orang ramai untuk melihat secara langsung kedudukan bas atau van sekolah yang terlibat. Pelajar tidak perlu lagi menunggu lama atau ketinggalan bas dengan ciri ETA dan jadual yang disediakan. Ketahui sama ada sekolah anda berada di dalam laluan dengan menggunakan fungsi carian.

 

CARA GUNA APLIKASI FREE SCHOOL BUS

Berikut adalah merupakan cara penggunaan aplikasi ini:

  1. Buka aplikasi tersebut di handphone anda
  2. Pada menu utama klik pada bahagian RADAR, iaitu Stesen/Mercu tanda di sekeliling anda
  3. Klik pada salah satu stesen anda inginkan, INFO STESEN iaitu informasi laluan stesen dan jadual bas atau van yang akan singgah ke stesen tersebut.
  4. LOKASI LANGSUNG iaitu menunjukkan lokasi langsung bas dan anggaran masa ketibaan bas
  5. Pada bahagian CARIAN, anda boleh membuat carian sekolah / stesen dan informasi stesen
  6. Pada bahagian PETA, anda boleh menyemak senarai laluan dan stesen / mercu tanda di sepanjang jalan

 

ARTIKEL LAIN

CARA BAYAR BIL AIR SARAWAK ONLINE (Aplikasi Sarawak Pay & PayBills Malaysia)

2 thoughts on “APLIKASI FREE SCHOOL BUS (Cara Guna Bas Sekolah Percuma Kerajaan Sarawak)”

  1. Macam mana nak apply bas sekolah percuma dari kampung gersik ke madrasah syeikh abdul kadir hassan sebab saya susah hendak hantar anak ke sekolah sebab saya kerja shift

    Balas

Leave a Comment