CARA BAYAR BIL AIR SARAWAK ONLINE (Aplikasi Sarawak Pay & PayBills Malaysia)  

CARA BAYAR BIL AIR SARAWAK ONLINE (Aplikasi Sarawak Pay & PayBills Malaysia)

 

CARA BAYAR BIL AIR SARAWAK ONLINE (Aplikasi Sarawak Pay & PayBills Malaysia)

Terkini anda tak perlu lagi bersusah payah untuk datang ke kaunter hanya untuk membayar bil air. Anda kini boleh bayar bil air secara online dengan menggunakan aplikasi Sarawak Pay dan Paybills Malaysia

 

Pernahkah anda membayar bil air scara online? Jika tidak, di sini kami kongsi cara bayaran bil air Sarawak secara online mengguna aplikasi Sarawak Pay dan PayBills Malaysia.

 

APA ITU PAYBILLS MALAYSIA

PayBillsMalaysia ialah satu perkhidmatan Paparan Bil Electronik dan Pembayaran. (perkhidmatan) yang telah sedia bertapak, diselenggarakan dan dimiliki oleh SiliconNet Technologies Sdn. Bhd. (SNT). PayBillsMalaysia dikuasakan oleh enjin paparan bil electronik dan pembayaran PaymentGalaxy®.

 

Perkhidmatan ini adalah :-

  • Berasaskan internet dan diakses melalui laman web PayBillsMalaysia di www.paymentgalaxy.com/paybillsmalaysia, www.paybillsmalaysia.com and paybills.sarawak.gov.my;
  • diwujudkan untuk membolehkan penglibatan kemudahan-kemudahan awam, majlis-majlis tempatan, agensi-agensi kerajaan atau separa kerajaan, kelab-kelab, persatuan-persatuan dan badan-badan lain. (pengebil atau pengebil-pengebil berkelompok) untuk menghantar bil-bil dan penyata-penyata secara elektronik;
  • diwujudkan untuk membolehkan pengguna-pengguna pendaftar membayar bil-bil pengebil-pengebil secara elektronik sama ada oleh pengguna-pengguna kad kredit secara debit yang disahkan atau akaun-akaun terlantik oleh bank atau intitusi kewangan yang terlibat.(institusi kewangan atau institusi kewangan berkelompok)

 

CARA BAYAR BIL AIR SARAWAK MENGGUNAKAN APLIKASI SARAWAK PAY

 

Sebelum anda menggunakan aplikasi Sarawak Pay, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu. Berikut adalah cara daftar akaun Sarawak Pay dan cara membuat bayaran.

 

Cara Daftar Akaun Sarawak Pay

  1. Muat turun(download) Aplikasi Sarawak Pay seperti di bawah:
    1. Pengguna android: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.sarawak.paybills&hl=en&gl=US
    2. Pengguna IOS: https://apps.apple.com/us/app/sarawak-pay/id1250845042
  2. Buka aplikasi Sarawak Pay. Klik Register
  3. Pilih sama ada Malaysia/Others
  4. Masukkan maklumat butir-butir diri anda
    1. Nama
    2. No Kad Pengenalan
    3. No Telefon
    4. Email
  5. Masukkan Username anda inginkan
  6. masukkan Password yang anda inginkan, sahkan sekali lagi.
  7. Tick pada Terms & Condition.
  8. Kemudian Tekan Next
  9. Anda akan menerima kod yang dari nombor telefon yang anda berikan semasa mengisi butiran tadi. Masukkan kod tersebut.
  10. Pendaftaran anda telah selesai.

 

CARA BAYAR BIL AIR SARAWAK MENGGUNAKAN APLIKASI SARAWAK PAY

  1. Buka balik APLIKASI Sarawak pay anda
  2. Log Masuk dengan menggunakan Username dan Password anda.
  3. Pada paparan utama, Pergi ke bahagian Pay Bill
  4. Kemudian pilih Add new Bill
  5. Terdapat beberapa pilihan agensi, pilih Laku Management Sdn.Bhd. utilities
  6. Masukkan No Account/Account Name/Address
  7. Klik Submit
  8. Pilih cara untuk pembayaran anda, masukkan jumlah yang ingin dibayar
  9. Untuk sah membayar, klik pada butang Confirm
  10. Dengan ini anda telah berjaya membuat pembayaran

 

CARA BAYAR BIL AIR SARAWAK MENGGUNAKAN PAYBILLS MALAYSIA

Sebelum anda menggunakan Paybills Malaysia, seharusnya anda daftar dahulu PayBills Malaysia. Sekiranya telah daftar, berikut adalah cara membuat bayaran bil air Sarawak melalui Paybills Malaysia:

  1. Layari pautan Paybills Malaysia: https://www.paymentgalaxy.com/paybillsmalaysia/
  2. Masukkan Username dan Password anda, kemudian tekan Login
  3. Daftarkan akaun JBALB dahulu
    1. Klik pada Servis Subscription
    2. Klik New
    3. Scroll dan klik Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak
    4. Masukkan No Akaun dan Nama Pengguna, kemudia klik Continue
    5. Sekiranya berjaya akan terpapar pada ruangan Active
  4. Setelah selesai daftar, Klik pada bahagian Bill Payment > Favorite Bill subscription
  5. Tick pada JBALB (Amount bill air anda akan tertera)
  6. Pilih cara untuk pembayaran anda, klik Pay
  7. Masukkan Kod Sekuriti yang tertera kemudian tekan Continue
  8. Semak butiran, klik Continue untuk teruskan
  9. Resit pembayaran akan tertera, pembayaran anda telah selesai.

 

SOALAN LAZIM

Apakah kemudahan yang diperolehi dengan menggunakan PayBillsMalaysia?

PayBillsMalaysia dapat membawa kepada pengalaman baru yang memudahkan urusan anda. Antara kelebihannya termasuk:

  • Menerima bil secara atas talian
  • Kesemua bil belum berbayar disatukan dalam satu muka.
  • Kemudahan membayar bil untuk diri sendiri dan untuk orang lain menggunakan pelbagai akaun perbankan Internet.
  • Tidak perlu bersusah untuk beratur atau mencari tempat letak kereta seperti yang berlaku jika membayar bil secara tradisional.

 

Apakah yang membezakan perkhidmatan ini dengan perbankan atas talian?

PayBillsMalaysia membenarkan anda melihat terlebih dahulu paparan bil dan keterangan pada bil sebelum membuat pembayaran. Ini akan mengurangkan kesilapan dan pembetulan. Anda dapat membuat pembayaran berbagai-bagai bil dan membuat pembayaran melalui pelbagai bank dan menggunakan berbagai kad kredit.

 

Apakah Sarawak ID?

Sarawak ID ialah identiti atas talian tunggal anda yang menyediakan akses yang lebih mudah dan selamat ke perkhidmatan digital kerajaan Sarawak. Hanya daftar sekali untuk mengakses pelbagai perkhidmatan atas talian yang ada dengan segera tanpa perlu mendaftar semula atau log masuk semula untuk perkhidmatan yang berbeza.

Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.sarawak.gov.my/web/home/faq.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara bayar bil air sarawak, boleh layari Web PayBills Malaysia https://www.paymentgalaxy.com/paybillsmalaysia/

 

 

1 thought on “CARA BAYAR BIL AIR SARAWAK ONLINE (Aplikasi Sarawak Pay & PayBills Malaysia)  ”

Leave a Comment