APLIKASI WFW:CARA LAPORKAN MAJIKAN YANG TIDAK BENARKAN BEKERJA DARI RUMAH

APLIKASI WFW:CARA LAPORKAN MAJIKAN YANG TIDAK BENARKAN BEKERJA DARI RUMAH

APLIKASI WFW

Kepada pekerja di Malaysia,tidak kira daripada sektor awam atau swasta,anda boleh melaporkan kepada Kementerian Sumber Manusia jika majikan anda tidak membenarkan anda bekerja dari rumah atau BDR.

Bagaimakah cara laporkan Majikan Yang Tidak Benarkan Bekerja Dari Rumah?Ya, melalui aplikasi WFW iaitu aplikasi Working for Workers

 

APA ITU APLIKASI WFW?

Seperti semua sedia maklum, 80% kakitangan awam merangkumi 750,000 pekerja dan 40% kakitangan swasta meliputi 6.1 juta pekerja di sarankan untuk bekerja dari rumah sepanjang PKP 3.0.

Namun sekiranya terdapat mana-mana majikan yang tidak membenarkan pekerja bekerja dari rumah, anda boleh melaporkan perkara tersebut melalui aplikasi khas Working for Workers atau WFW.

WFW adalah platform digital dalam talian yang menggunakan teknologi mudah alih yang berfungsi sebagai platform bagi pekerja mendedahkan bos yang salah.

Aplikasi ini akan membolehkan pekerja yang dianiaya mengemukakan aduan mereka terhadap majikan tanpa rasa takut.

Aplikasi itu membolehkan pekerja melaporkan 14 jenis aduan secara dalam talian yang dikendalikan 80 Pejabat Tenaga Kerja di seluruh negara.

 

BAGAIMANA APLIKASI WORKING FOR WORKERS BERFUNGSI?

Aplikasi ini akan membolehkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengawasi majikan yang tidak bertanggungjawab yang melanggar hak pekerja, menugaskan kakitangan untuk mengesahkan dan menyiasat aduan tersebut.

Aplikasi ini dibangunkan atas inisiatif Kementerian Sumber Manusia.

 

MUAT TURUN APLIKASI WORKING FOR WORKERS

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini di Android dan iPhone, dan lakukan aduan terhadap majikan anda sekiranya berkaitan.

Muat-Turun Working for Workers (WFW) untuk Android 

Muat-Turun Working for Workers (WFW) untuk iPhone 

 

PAPARAN APLIKASI WORKING FOR WORKERS

Apabila anda selesai muat turun aplikasi ini,akan dipaparkan menu berikut:

  • Profile
  • New Complaint
  • Complaint History
  • Message

 

CARA LAPORKAN MAJIKAN YANG TIDAK BENARKAN BEKERJA DARI RUMAH

Berikut adalah cara laporkan Majikan Yang Tidak Benarkan Bekerja Dari Rumah:

  1. Buka aplikasi Working for Workers
  2. Klik New Complaint
  3. Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan
  4. Muat turun bukti sokongan laporan anda
  5. Klik OK

Anda juga boleh buat SEMAKAN SAMA ADA MAJIKAN ADA MEMBUAT PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO

 

SOALAN LAZIM

Apa maksud WFW?

Bermaksud Working for Workers

Adakah ia melibatkan sektor awam dan swasta?

Ya,ia melibatkan kedua-dua sektor.

Bagaimanakah cara menggunakan aplikasi ini?

Anda sebagai pekerja boleh muat turun aplikasi ini dan melaporkan jika majikan anda tidak membenarkan anda bekerja dari rumah.

Adakah identiti pengadu akan dilindungi?

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, yang memberi jaminan bahawa identiti pengadu akan dirahsiakan.

Berapa lama  tempoh aduan aplikasi ini akan diambil tindakan?

Aduan yang diterima akan diambil tindakan antara tiga dan tujuh hari

 

 

Leave a Comment