PERMOHONAN ASKAR WATANIAH MALAYSIA SEPARUH MASA KEREHAN TETAP

PERMOHONAN ASKAR WATANIAH MALAYSIA SEPARUH MASA KEREHAN TETAP

ASKAR WATANIAH MALAYSIA

Kepada anda yang ingin menyertai pasukan tentera secara suakrela, anda boleh membuat permohonan memasuki Askar Wataniah Malaysia. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU ASKAR WATANIAH MALAYSIA

Askar Wataniah (AW) merupakan satu pasukan simpanan di dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dahulunya dikenali sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD). Askar Wataniah merupakan benteng kedua dalam pertahanan dalam perkhidmatan TDM. Sejajar dengan Dasar Pertahanan Negara masa kini, Markas Angkatan Tentera Malaysia (MATM) telah mengeluarkan konsep Angkatan Simpanan keseluruhannya serta menggariskan peranan dan tugas Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (PSAT)

 

SYARAT KELAYAKAN ASKAR WATANIAH MALAYSIA

Kepada anda yang berminat harus memenuhi syarat kelayakan asas yang ditetapkan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur di antara 18 ke 45 tahun.
  • Mempunyai kelayakan akademik SPM bagi kategori Lain-Lain Pangkat.
  • Sihat tubuh badan.
  • Tidak mempunyai rekod jenayah.

 

SENARAI PANGKAT DALAM ASKAR WATANIAH MALAYSIA

Berikut adalah merupakan senarai pangkat-pangkat Askar Wataniah adalah sama dengan senarai pangkat-pangkat di dalam perkhidmatan Angkatan Tetap iaitu:

PEGAWAILAIN-LAIN PANGKAT
  • Leftenan Muda (LtM)
  • Leftenan (Lt)
  • Kapten (Kapt)
  • Mejar (Mej)
  • Leftenan Kolonel (Lt Kol)
  • Kolonel (Kol)
  • Brigadier Jeneral (Brig Jen)
  • Prebet (Pbt)
  • Lans Kopral (LKpl)
  • Kopral (Kpl)
  • Sarjan (Sjn)
  • Staf Sarjan (SSjn)
  • Pegawai Waren Dua (PW II)
  • Pegawai Waren Satu (PW I)

NOTA: Bagi pegawai hanya pangkat pegawai Brig Jen dan ke bawah sahaja yang terdapat di dalam Askar Wataniah

 

JENIS LATIHAN ASKARWATANIAH MALAYSIA

Berikut adalah merupakan latihan yang boleh dihadiri iaitu:

Latihan TempatanLatihan yang dijalankan secara individu di luar waktu kerja atau hujung minggu antara 3 hingga 10 jam sehari. Jumlah masa latihan tidak melebihi 240 jam setahun. Latihan dilaksanakan adalah latihan kawad senjata, ilmu medan perang dan rejimental.
Latihan BerterusanLatihan dibuat secara berterusan dengan memberi penekanan kepada Latihan Kolektif. Jangka masa latihan minimum 3 hari dan maksimum 14 hari. Ia adalah kesinambungan dari latihan tempatan dan dibuat secara berkelompok.
Latihan Kem TahunanIanya adalah latihan berkelompok untuk menguji tahap kecekapan anggota yang dilaksanakan selama 15 hari. Latihan yang dilaksanakan meliputi fasa kem dan medan.

 

KADAR ELAUN ASKAR WATANIAH MALAYSIA

Berikut adalah merupakan kadar elaun yang akan diperolehi iaitu:

  • Elaun Latihan Tempatan
    • Pegawai RM 9.80/LLP RM 8.00 sejam (2022). Elaun ini dibayar berasaskan jumlah jam kehadiran ke latihan tempatan.
  • Elaun Latihan Berterusan dan Elaun Latihan Tempatan : Melebihi 3 hari (72 jam) berterusan.
    • Latihan Berterusan – 14 hari.
    • Latihan Kem Tahunan – 15 hari.
    • Bayaran elaun harian mengikut skala tangga gaji sama dengan Angkatan Tetap seperti pangkat semasa yang disandang.
  • Elaun Pemberian Pakar
    • (Pegawai RM 300.00/LLP RM 200.00) – Untuk pegawai atau anggota rejimen pakar yang ditauliahkan/didaftarkan untuk tempoh tidak kurang daripada empat tahun.
  • Elaun Perjalanan
    • Dibayar bagi perjalanan menggunakan kenderaan persendirian dari tempat kediaman ke tempat latihan.
    • Syarat-syarat tuntutan:-
      • Menggunakan kenderaan persendirian (kereta atau motosikal).
      • Membayar tambang pengangkutan awam (tiket bas, teksi dan keretapi).
      • Kelayakan bayaran elaun pengangkutan adalah seperti berikut:
        • Latihan Tempatan (hujung minggu).
        • Latihan Berterusan dan Kem Tahunan.
  •   Elaun Pakaian :
    • elaun Pakaian Istiadat : (RM 750.00) – Boleh dituntut lima tahun sekali bermula dari tarikh pentauliahan pegawai berkenaan.
    • Elaun Pakaian ‘Outfit’ : (RM 300.00) – Dibayar sekali semasa pentauliahan seseorang pegawai angkatan sukarela.
    • Elaun Senggaraan Pakaian : (RM 125.00) – Dibayar setahun sekali dikira dari tarikh pentauliahan pegawai.
    • Elaun Pakaian Tauliah Kehormat : (RM 1000.00) – Dibayar sekali semasa pegawai diberi tauliah kehormat seseorang pegawai angkatan sukarela.
  • ‘Bounti’ : Memenuhi syarat :-
    • Kadar Penuh RM 520.00.
    • Kadar Tiga Suku RM 390.00
    • Kadar Separuh RM 260.00
  • Skim Insurans Kelompok.
  • Faedah Kematian dan Hilang Upaya

 

CARA PERMOHONAN ASKAR WATANIAH MALAYSIA

Kepada anda yang ingin menyertai askar wataniah, boleh menghadiri kem terdekat dengan anda untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.

 

LOKASI KEM ASKAR WATANIAHMALAYSIA

Berikut adalah merupakan lokasi kem iaitu:

  • Rejimen 501 Askar Wataniah: Kem Tebrau, Jalan Pandan, 80990 Johor Bharu, Johor. Tel: 07-354 1088.
  • Rejimen 502 Askar Wataniah: Kem Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Tel: 03-6156 5688.
  • Rejimen 503 Askar Wataniah: Kem Jalan Tambun, 18, Jalan Raja Di-hilir, 30350 Ipoh, Perak. Tel: 05-254 9342.
  • Rejimen 504 Askar Wataniah: Kem Bukit Keteri, 02450 Kangar, Perlis. Tel: 04-938 2024.
  • Rejimen 505 Askar Wataniah: Kem Sungai Miang, 26600 Pekan, Pahang. Tel: 09-422 1104.
  • Rejimen 506 Askar Wataniah: Kem Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bahru, Kelantan. Tel: 09-775 3400.
  • Rejimen 507 Askar Wataniah: Kem Bukit Perwira, P.O.Box 11608, 88817 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088-212 620/628.
  • Rejimen 508 Askar Wataniah: Kem Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan. Tel: 06-762 3411.
  • Rejimen 509 Askar Wataniah: Kem Lebuh Raya Peel, 10350 Pulau Pinang. Tel: 04-229 7001.
  • Rejimen 510 Askar Wataniah: Kem Sri Rejang, 96000 Sibu, Sarawak. Tel: 084-333 933.
  • Rejimen 511 Askar Wataniah: Kem Ria Kompleks, 93677 Kuching, Sarawak. Tel: 082-621 300.
  • Rejimen 512 Askar Wataniah: Kem Padang Midin, Kuala Berang, 21400 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel: 09-622 9644.
  • Rejimen 513 Askar Wataniah: Kem Bukit Pinang, Kepala Batas, 06200 Alor Setar, Kedah. Tel: 04-423 5930.
  • Rejimen 514 Askar Wataniah: Kem Bukit Beruang, 75450 Melaka. Tel: 06-233 2123/2130.
  • Rejimen 515 Askar Wataniah: Kem Wangsa Bukit Keramat, Jalan Buku Lima, 54000 Kuala Lumpur. Tel: 03-2264 3400/3571.
  • Rejimen 516 Askar Wataniah: Kem Kukusan, 91000 Tawau, Sabah. Tel: 089-772 111/771.

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment