CELCOM LIFE TAK BOLEH BUKA PROBLEM (Cara Add Nombor Lain Bayar Bill Top Up)
Kepada pengguna celcom, sudah semestinya anda telah memuat turun dan install aplikasinya yang dikenali sebagai Celcom Life bagi memudahkan urusan anda berkaitan celcom. Tetapi bagaimana sekiranya aplikasi tersebut bermasalah? Disini kami akan kongsikan penyelesaiannya dan juga cara tambah no lain serta membuat pembayaran bil, semoga membantu.
APA ITU CELCOM LIFE APP
Menggunakan aplikasi Celcom Life, pengguna boleh menguruskan pelan mereka, membuat tambah-nilai sekiranya prabayar, melihat ganjaran, dan sebagainya.
KELEBIHAN CELCOM LIFE APP
Berikut adalah merupakan antara kelebihan menggunakan aplikasi ini iaitu:
- Navigasi lebih mudah: Cari apa yang anda perlukan dengan lebih cepat; semuanya di satu skrin
- Butiran penggunaan: Maklumat penggunaan pelan internet, panggilan, SMS & perantauan
- Beli lebih cepat: Akses lebih mudah ke add-on dan pas yang anda perlukan
- Hubungi Kami: Berhubung dengan kami secara mudah untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas
- Penggantian SIM: Permintaan kad SIM baru melalui aplikasi
- Device Self-Help: Cari penyelesaian mudah untuk masalah peranti anda
- Rekod Transaksi: Semak aktiviti transaksi anda dengan hanya beberapa klik
- Kaedah pembayaran: Bayar bil & tambah nilai dengan kad kredit, perbankan dalam talian & Boost e-Wallet
- Periksa penyata bill & buat pembayaran
CELCOM LIFE TAK BOLEH BUKA PROBLEM
Sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan tak boleh dibuka, anda boleh hubungi customer care celcom untuk bantuan selanjutnya di talian:
- Hubungi: 1111
- Whatsap: 0196861111 https://wa.link/61t5sq
TAK BOLEH LOGIN CELCOM LIFE
Sekiranya anda tidak boleh login, berikut adalah merupakan caranya:
- Pastikan anda menggunakan versi terkini Calcom Life.
- Jika anda tidak dapat menerima OTP, sila pastikan bahawa ‘CELCOM’ tidak disekat sebagai penghantar SMS dalam tetapan SMS anda.
- Tunggu beberapa minit untuk OTP dihantar sebelum cuba menghantar semula.
- Sebagai alternatif, anda juga boleh memilih Log masuk dengan SIM jika anda hanya disambungkan ke Internet mudah alih anda.
CARA ADD NOMBOR LAIN CELCOM LIFE
Jika anda mempunyai lebih daripada satu nombor mudah alih yang didaftarkan dengan nombor dokumen pengenalan (ID) anda, berikut adalah merupakan caranya:
- Buka aplikasi Calcom Life dan log masuk ke akaun anda
- Klik pada anak panah lungsur di sebelah nombor mudah alih anda pada bar tajuk di bahagian atas menu
- Semua akaun anda akan dipaparkan.
- Anda juga boleh membayar bil semua nombor mudah alih anda serentak
CARA BAYAR BIL GUNA CELCOM LIFE
Untuk membuat pembayaran bil menggunakan aplikasi ini, berikut adalah merupakan caranya:
- Buka aplikasi Calcom Life dan log masuk ke akaun anda
- Pada menu utama, klik pada Bili.
- Seterusnya klik pada Bayar Sekarang.
- Pilih nombor untuk membuat pembayaran (sekiranya lebih pada satu) dan klik Seterusnya
- Kemudian pilih kaedah pembayaran yang anda inginkan dan ikuti proses pembayaran sehingga selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Celcom Life, anda boleh melayari portal FAQ Calcom Life
ARIKEL BERKAITAN:
- CARA NAK EXTEND CELCOM PREPAID EXPIRE DATE (1 Year Validity 2023)
- SIMKAD KENA BLOCK(CELCOM/MAXIS/DIGI/TUNE TALK/ ONE XOX/YES4G):(Cara Unlock & Guna Semula)
- CARA LANGGAN CELCOM RM35 UNLIMITED PLAN (Internet Celcom)