Bajet 2023 Untuk Penjawat Awam (Ringkasan Intipati Belanjawan)

Bajet 2023 Untuk Penjawat Awam (Ringkasan Intipati Belanjawan)

BAJET PENJAWAT AWAM

Jika anda seorang kakitangan kerajaan, pasti tidak sabar menunggu apakah habuan yang akan diterima pada Bajet 2023 kali ini. Jadi, izinkan kami kongsikan ringkasan intipati Bajet 2023 untuk penjawat awam, semoga membantu.

 

Mengenai Bajet 2023

  • Belanjawan 2023 bertemakan ‘Membangun Malaysia MADANI’ membabitkan peruntukan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
  • Belanjawan MADANI ialah cerminan prinsip pertanggungjawaban dan sistem nilai luhur, mampu depani tantangan ekonomi global
  • Belanjawan 2023 menumpukan 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad iaitu pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, reformasi institusi dan tatakelola bagi memulih keyakinan dan keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan.

 

Bila Pembentangan Bajet 2023 

Bagi yang tidak tahu bila pembentangan bajet oleh kerajaan secara live, berikut ialah informasi berkenaan tarikh dan masa:

  • Jumaat, 24 Februari 2023
  • Jam 4 petang

Di mana boleh tengok pembentangan Bajet 2023 secara live update?

Seperti yang dimaklumkan di atas, pembentangan belanjawan ini akan bermula pukul 4 petang ini. Orang ramai boleh menonton pembentangan ini secara langsung, menerusi beberapa saluran secara streaming di sini:

 

Ringkasan intipati Bajet 2023 untuk penjawat awam

Akhirnya, pengumuman berkenaan bantuan untuk penjawat awam dibentangkan pada akhir sesi. Berikut ialah bantuan yang bakal diterima:

  1. Kerajaan bersetuju untuk memberi elaun khas 100 ringgit sehari kepada semua ahli pasukan
    mencari dan penyelamat negara yang terlibat di dalam misi di Turkiye dan Syria. Elaun ini adalah sebagai tanda penghargaan Kerajaan ke atas jasa besar yang diberikan atas nama kemanusiaan
  2. Susulan kenaikan kadar maksimum Gantian Cuti Rehat (GCR) daripada 160 kepada 180 hari, Pentadbiran ini berhasrat untuk meneruskan cadangan menaikkan kebenaran penebusan awal GCR sehingga 50 peratus iaitu maksimum 90 hari. Ikhtiar ini diharap membantu penjawat awam yang memerlukan
  3. Kerajaan silih berganti, pemimpin negara kerap bertukar, tetapi penjawat awam sebagai tulang belakang Kerajaan setia menggalas amanah negara. Ke arah Malaysia Madani, penjawat awam perlu segera bawa perubahan, menerapkan pembaharuan dengan matlamat akhir menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara.
  4. Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak 700 ringgit kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak selain 350 ringgit juga akan disalurkan
    kepada pesara Kerajaan. Insya-Allah, bayaran akan dibuat pada bulan April 2023

 

Macam mana nak dapatkan ringkasan intipati pembentangan Belanjawan / Bajet 2023 untuk penjawat awam ini?

Anda hanya boleh muat turun laporan atau intipati Bajet 2023 hanya selepas pembentangan selesai dijalankan di parlimen. Boleh download di sini: https://budget.mof.gov.my/pdf/belanjawan2023/ucapan/ub23.pdf

ARTIKEL LAIN

Leave a Comment