PERMOHONAN BANTUAN BAIKI RUMAH (Setiap Negeri Di Malaysia)
Kepada Ketua Isi Rumah yang memerlukan bantuan kewangan untuk repair rumah kediaman, boleh cuba membuat permohonan. Disini kami akan kongsikan bantuan repair rumah yang terdapat di setiap negeri di Malaysia, semoga membantu.
TUJUAN BANTUAN BAIKI RUMAH
Program bantuan ini bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira latarbelakang agar mereka mendapat sebuah harapan baru dalam menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.
Menerusi Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe11), Teras Kedua : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat, program SPKR diteruskan sebagai salah satu touch point utama Kerajaan yang sentiasa prihatin menjaga kesejahteraan dan mendahulukan kebajikan rakyat.
KADAR BANTUAN BAIKI RUMAH
Kadar bantuan yang diberikan adalah tertakluk kepada bantuan kewangan negeri masing-masing
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BAIKI RUMAH
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan umum:
- Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.
- Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang LAYAK adalah seperti berikut:
- disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
- diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
- diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
- diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
NOTA: bagi syarat-syarta khusus adalah tertakluk kepada bantuan yang ditawarkan di negeri tersebut.
KEUTAMAAN BANTUAN BAIKI RUMAH
Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:
- warga emas;
- orang kurang upaya (OKU);
- ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;
- mangsa bencana yang berskala kecil; dan
- Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang
CARA PERMOHONAN BANTUAN BAIKI RUMAH
Berikut adalah merupakan pautan untuk membuat permohonan baiki rumah bagi setiap negeri:
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan lagi maklumat lanjut mengenai bantuan repair rumah, sila layarai website rasmi negeri masing-masing
ARTIKEL LAIN
PINJAMAN RUMAH TANPA SLIP GAJI 2022: Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Tags: #Bantuan Baik Pulih #BANTUAN BAIKI RUMAH #BANTUAN BAIKI RUMAH JOHOR #BANTUAN BAIKI RUMAH KEDAH #BANTUAN BAIKI RUMAH KELANTAN #BANTUAN BAIKI RUMAH MELAKA #BANTUAN BAIKI RUMAH NEGERI SEMBILAN #BANTUAN BAIKI RUMAH PAHANG #BANTUAN BAIKI RUMAH PERAK #BANTUAN BAIKI RUMAH PERLIS #BANTUAN BAIKI RUMAH PULAU PINANG #BANTUAN BAIKI RUMAH SABAH #BANTUAN BAIKI RUMAH SARAWAK #BANTUAN BAIKI RUMAH SELANGOR #BANTUAN BAIKI RUMAH TERANGGANU #BANTUAN BAIKI RUMAH WP KUALA LUMPUR #Bantuan Bina Baru #BANTUAN BINA DAN BAIKI RUMAH 2020 #CARA PERMOHONAN BANTUAN BAIKI RUMAH #KADAR BANTUAN BAIKI RUMAH #KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM #KEUTAMAAN BANTUAN BAIKI RUMAH #PERMOHONAN BANTUAN BAIKI RUMAH SETIAP NEGERI DI MALAYSIA #RUMAH RAKYAT #SYARAT KELAYAKAN #SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BAIKI RUMAH #TUJUAN BANTUAN BAIKI RUMAH #Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor
Sada anak Timbang2 tahun ago
Bantuan bina dan baik pulih rumah 2020
Nur izuratul sa'adiah binti kamis2 tahun ago
Untuk rumah OpAh Saya,OpAh Saya oku,atuk Saya dah uzur
Nur izuratul sa'adiah binti kamis2 tahun ago
Kayu atas pada atap dh nak reput,sy harap pihak tuan / puan dapat membantu
Mohd Hafizie Rizal bin bakar2 tahun ago
sy mau renovtion baik pulih rumh
Siti Rajiah BT selamat2 tahun ago
Saya memhon bantuan rumah,rumah skdar pondok atap zink bocor
Mohd izwan bin md salleh2 tahun ago
Salam…saya nak mohon bantuan air dan elektrik.rumah buat sendiri cuma air dan elekrik belum dapat.dah mohon banyak kali sampai sekarang tiada datang.cakap nak datang sehingga sekarang tiada jawapan.bertanya hampir 4kali cakap nak datang tetapi tiada pun
Roger anak ayun2 tahun ago
Mohon bantuan baik pulih rumah dan air.
Wan azmi2 tahun ago
Asalam..sy mohon kerja baik awak semua..sy nak minta baiki rumah sy..dari dulu smpai sekarang..atas air hujan bawah air mata..sy harap rumah sy d baiki
Salmah binti Awang Basir1 tahun ago
Assalamualaikum.Saya mohon bantuan baiki rumah pusaka.
RANI A/P NATHAN1 tahun ago
Selamat petang saya mohon bantuan bilik air dan tandas harap pihak tuan/
Puan dapat membantu kami sekeluarga
Nor wasilah binti haji mahfuz1 tahun ago
Slm cek Sya Nor wasilah dari Temoh Perak cek Sya nak tanya mcm mana mohon baiki rmh sbb nya rmh arwah bapa Sya dah terik sangat rosak jd yg tinggal rmh arwah bapak Sya nie Sya dengan suami Sya
Roslizan bin Abas1 tahun ago
Runah terbekalai,tak cukup modal.
Saya pencen b40 pendapatan RM1850 sebulan.umur 61th. Tinggal di klumpang.
Layak kah saya memohonm