BANTUAN BAITULMAL KAMEK (Permohonan & Semakan Tabung Baitulmal Sarawak tbs.org.my)

BANTUAN BAITULMAL KAMEK (Permohonan & Semakan Tabung Baitulmal Sarawak tbs.org.my)

BANTUAN BAITULMAL KAMEK

 

Kerajaan Sarawak juga telah memperkenalkan Bantuan Baitulmal Kamek bagi membantu masyarakat Islam di negeri Sarawak golongan asnaf yang kurang berkemampuan serta menghadapi kesukaran menjalani kehidupan seperti biasa semasa pasca Covid-19. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan Bantuan Baitulmal Kamek, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN BAITULMAL KAMEK

Baitulmal Kamek adalah portal khidmat pelanggan terbaru Tabung Baitulmal Sarawak yang akan memudahkan umat Islam mengemukakan permohonan secara atas talian (online) Dalam masa yang sama, ia akan mempertingkatkan lagi kualiti sistem penyampaian.

 

Inisiatif mewujudkan portal tersebut merupakan salah satu kaedah bagi menyalurkan agihan Zakat kepada Asnaf, di mana pihak Tabung Baitulmal Sarawak telah menyediakan 3 Program Utama iaitu :-

  • Program Mengukuhkan Tradisi Kelimuan
  • Program Memantapkan Kebajikan Ummah
  • Program Membangunkan Institusi Islam.

 

KELEBIHAN PORTAL PELANGGAN TBS(TABUNG BAITULMAL SARAWAK)

Antara kemudahan menggunakan portal pelanggan TBS ialah ia dapat memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang produk bantuan yang boleh dipohon oleh Asnaf. Melalui portal Baitulmal Kamek, juga pemohon boleh memohon bantuan secara atas talian untuk mana-mana bantuan yang hendak dipohon.

Namun, ini hanyalah untuk mereka yang layak menerima bantuan yang disediakan sahaja. Tambahan lagi, pada peringkat awal pelancaran portal pelanggan TBS ini, hanya sebahagian bantuan sahaja boleh dipohon melalui atas talian. Sebahagian lagi boleh dipohon dengan berkunjung ke mana-mana kaunter-kaunter TBS yang berdekatan.

Nak tahu apa tiga cara mudah mohon bantuan TBS?

Terdapat tiga cara mudah mohon bantuan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) iaitu secara dalam talian. Hal ini disebabkan pihak TBS tidak dapat bertemu secara langsung dengan orang ramai ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

JENIS BANTUAN TABUNG BAITULMAL SARAWAK

Tabung Baitulmal Sarawak mempunyai Tiga Program Utama Bantuan iaitu

  1. Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan
  2. Program Memantapkan Kebajikan Ummah
  3. Program Membangunkan Institusi Islam.

Setiap program bantuan ini mempunyai pecahan aktiviti-aktiviti bantuannya yang tersendiri seperti:

  • Bantuan Ke Institut Pengajian Tinggi,
  • Bantuan ke Timur Tengah
  • Bantuan Sarahidup Fakir/Miskin
  • Bantuan Kecemasan/Bencana Alam (i.e kebakaran)
  • Bantuan Kelengkapan Asas masjid atau surau
  • Lain-lain bantuan tersedia

Nota: Hanya mereka yang berhak mengikut hukum syara’ dan peraturan serta syarat-syarat sahaja yang layak memohon dan mendapat bantuan Tabung Baitulmal Sarawak.

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN BAITULMAL KAMEK

Berikut ialah cara untuk apply Baitulmal Kamek

  • Layarai laman web rasmi, iaitu portal pelanggan TBS di sini: https://pelanggan.tbs.org.my
  • Jika anda sudah berdaftar:
    • Masukkan Nombor Kad Pengenalan (Username)
    • Masukkan Kata Laluan
    • Tekan butang Log Masuk
  • Jika anda belum berdaftar:
    • Klik pautan Daftar Akaun
    • Masukkan Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan
    • Masukkan Nombor Telefon
    • Masukan E-mel
    • Masukkan Nombor Kad Pengenalan (ini akan digunakan sebagai Username)
    • Masukkan Kata Laluan
    • Sahkan Kata Laluan
    • Tekan butang Daftar
    • Selepas selesai proses pendaftaran, sila Log Masuk semula
  • Pilih bantuan yang ingin dipinta

 

GARIS PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN BAITULMAL SARAWAK

Pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak mengamalkan konsep ‘Kail dan Ikan’.

  • ‘Konsep Kail’ memberi pengkhususan dalam bantuan pendidikan dimana kesan jangka panjangnya boleh mengubah corak penghidupan seseorang.
  • ‘Konsep ikan’ pula adalah bantuan yang diberikan kepada mereka yang tidak berupaya dan tidak berkemampuan untuk mencari rezeki selain mengharap belas ihsan jiran-jiran. la lebih bersifat sebagai usaha untuk menampung keperluan yang mendesak bagi tempoh-tempoh tertentu dan kesannya adalah dalam bentuk jangka pendek.

Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon untuk mendapat bantuan sara hidup ini ialah pemohon hendaklah beragama Islam dan bermastautin di Sarawak, fakir/miskin yang telah disahkan benar-benar dhaif oleh Penghulu Kampung dan diperakui oleh pihak Tabung Baitulmal Sarawak setelah penyiasatan dibuat dengan melihat ciri-ciri fizikal kedhaifan pemohon tersebut dan keutamaan adalah kepada mereka yang uzur dan hidup sebatang kara dengan hanya bergantung hidup dari belas ihsan jiran tetangga.

 

CARA LAIN UNTUK MOHON BANTUAN BAITULMAL SARAWAK

Permohonan menerusi aplikasi Jejak Asnaf

  • Orang ramai boleh mengemukakan permohonan menerusi aplikasi Jejak Asnaf Versi 2 yang boleh dimuat turun menerusi Appstore atau Playstore.
  • Selain itu, seseorang itu juga boleh mencadangkan orang lain yang layak menerima bantuan daripada TBS.

Permohonan menerusi e-mel Rasmi Tabung Baitulmal Sarawak (TBS)

  • Bagi kaedah ketiga, orang ramai boleh mengemukakan permohonan atau berkomunikasi dengan TBS menerusi emel [email protected].

 

SOALAN LAZIM (FAQ) TABUNG BAITULMAL SARAWAK

Apakah rasional Tabung Baitulmal Sarawak mewujudkan borang bantuan secara online?

  • Tabung Baitulmal Sarawak sentiasa memastikan saluran sistem penyampaiannya dapat memberi kemudahan kepada masyarakat Islam baik bagi tujuan pembayaran zakat atau permohonan bantuan. Pengunaan internet dalam apa jua urusan pada zaman ini sudah tidak asing lagi dikalangan masyarakat tempatan. Permohonan pekerjaan, kemasukan ke IPT, urusan pembayaran dan lain-lain sudah dipermudahkan melalui kaedah ini. Justeru, pengambilan borang permohonan bantuan di kaunter tidak digalakkan bagi memastikan prasarana online berfungsi dan diterima pakai sepenuhnya.

Cara permohonan bantuan pendidikan Tabung Baitulmal Sarawak

  • Bantuan Pendidikan iaitu Bantuan Ke institut Pengajian Tinggi (IPT) hanya  dikhususkan kepada mereka yang telah mendapat surat tawaran daripada mana-mana Universiti , samada IPTA atau IPTS pada peringkat Matrikulasi, Diploma, Ijazah, atau mana-mana kursus/sijil yang melebihi enam (6) bulan ke atas dan tidak termasuk kakitangan awam. Objektif utama wujudnya skim bantuan ini ialah bertujuan bagi memudahkan pendaftaran di tahun satu semester satu sahaja bagi pelajar yang tergolong dalam asnaf fakir, miskin, yang tiada sumber pendapatan khusus atau tidak berpendapatan tetap.

Bagaimanakah Tabung Baitulmal Sarawak hendak memastikan kesesuaian produk bantuan yang sedia ada dengan keperluan semasa?

  • Berdasarkan kepada keterhadan kutipan zakat pada masa ini, Tabung Baitulmal Sarawak hanya mampu untuk memberi keutamaan agihan zakatnya bagi program pendidikan, kebajikan dan pembangunan institusi Islam.
  • Bantuan-bantuan ini berdasarkan kepada kelaziman permohonan daripada masyarakat Islam dimana ia membantu meringankan bebanan kewangan para pemohon.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Layari laman facebook TABUNG BAITULMAL SARAWAK

 

ARTIKEL LAIN

CARA BAYAR BIL AIR SARAWAK ONLINE (Aplikasi Sarawak Pay & PayBills Malaysia)

 

 

2 thoughts on “BANTUAN BAITULMAL KAMEK (Permohonan & Semakan Tabung Baitulmal Sarawak tbs.org.my)”

Leave a Comment