PERMOHONAN BANTUAN PESAWAH PADI 2024

PERMOHONAN BANTUAN PESAWAH PADI

BANTUAN PESAWAH

Kepada Rakyat yang meraih pendapatan sebagai pesawah dan pekebun kecil getah turut terus diberi bantuan sewajarnya oleh kerajaan menerusi Bajet 2023 yang telah dibentang pada 24 Februari 2023. Ini adalah kerana mereka ialah kelompok miskin yang bertarung dengan cuaca tidak menentu, terutama sewaktu musim tengkujuh untuk meraih pendapatan. Disini kami akan kongsikan senarai bantuan pesawah yang telah diumumkan.

 

APA ITU PESAWAH

Pesawah atau Petani merupakan seseorang yang terlibat dalam bidang pertanian atau bercucuk tanam dan yang berkaitan dengannya. Mereka memelihara hidupan untuk dijadikan makanan atau bahan mentah. Antaranya, kegiatan menternak binatang dan menanam tanaman. Seorang petani mengusahakan tanah miliknya atau bekerja sebagai buruh di kebun orang lain. Walau bagaimanapun, pemilik tanah yang mengusahakan tanahnya dengan mengupah buruh juga dikenali sebagai petani.

 

SENARAI BANTUAN PESAWAH

Berikut adalah merupakan antara senarai bantuann kepada para pesawah menerusi pembentangan bajet 2023 iaitu:

  1. Kerajaan akan meneruskan penyaluran pelbagai subsidi dan insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma dengan peruntukan 1.6 bilion ringgit.
  2. Sumbangan tunai turut diberikan kepada pesawah padi sebanyak 200 ringgit sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim melibatkan 240 ribu pesawah dengan peruntukan 228 juta ringgit.
  3. BERNAS untuk menyumbang sejumlah dana bagi membantu para pesawah miskin. Ini tentunya dapat membantu dan menambah keperluan hidup para pesawah. Selain sumbangan 60 juta ringgit yang disediakan,.BERNAS turut bersetuju membuat perkongsian keuntungan daripada import beras dengan menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi.

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN PESAWAH

Bantuan ini tidak memerlukan permohonan baharu daripada pewasah kerana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dan agensi di bawahnya akan menyalurkan bantuan ini kepada semua pesawah yang berdaftar.

MAFS dan agensi di bawahnya kini sedang memuktamadkan senarai nama dan nombor akaun pesawah yang terlibat.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Pesawahini, anda boleh melayari website rasmi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) di pautan https://www.mafi.gov.my/

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment