CARA BELI BARANG HALF CUT (Senarai Barang Alat Ganti & Harga)

CARA BELI BARANG HALF CUT (Senarai Barang Alat Ganti & Harga)

BARANG HALF CUT

Kepada anda yang ingin mencari barangan ganti original kenderaan anda, kebiasaannya anda akan mencari di kedai Half Cut. Ianya lebih murah berbanding dengan harga original yang baharu. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara beli barang Half Cut, semoga membantu.

 

APA ITU HALF CUT

Half cut adalah potongan depan kereta yang mengandungi semua bahagian yang baik seperti enjin, kotak gear, body, aksesori kenderaan dan sebagai. Ia adalah cara terbaik untuk menyatukan semua yang anda perlukan untuk pemindahan enjin, atau hanya sebagai alat ganti untuk kereta yang anda miliki.

 

KELEBIHAN HALF CUT

Berikut adalah merupakan kelebihan memberi barangan Half Cut iaitu:

  1. Mendapat barangan original kenderaan
  2. Anda mendapat setiap komponen mekanikal dari separuh depan kereta, bahagian di dalam kereta, pertengahan enjin dan separuh hujung belakang.
  3. Mendapat tambahan kepada enjin dan gearbox seperti driveshaft bagi kereta pacuan hadapan (FWD) atau long shaft untuk kereta pacuan 4 dan 2 roda belakang

 

SENARAI BARANG ALAT GANTI HALF CUT

Berikut adalah merupakan antara alat ganti yang diperolehi mellaui Half Cut iaitu:

  1. Suspensi depan, sistem brek dan stereng yang lengkap, termasuk bantuan kuasa hidraulik atau elektrik dan biasanya stereng.
  2. semua wiring di dalam ruang enjin dan semua relay, modul igniter dan lain-lain.
  3. ECU untuk seluruh kereta termasuk power steering, pengunci pusat (central lock) dan immobilizer, serta ECU enjin dan kotak gear
  4. Papan pemuka, termasuk semua tombol suis
  5. Radiator dan penukar haba (heat exchanger) seperti intercooler, penyejuk minyak dan kondenser penghawa dingin.
  6. beberapa panel luaran dan pengawal dalaman(inner guard), panel sokongan radiator, dan sebagainya
  7. Beberapa lampu luaran dan kelengkapan lain
  8. Gear Box dan gabungan barang enjin yang lengkap
  9. Wheel bay Splash shield atau juga dikenali dengan daun pisang.
  10. Tangki minyak kenderaan

 

KADAR HARGA HALF CUT

Kadar harga half cut adalah fleksibel bergantung kepada jenis model kenderaan, pasaran semasa, dan lokasi half cut anda kunjungi.

Sebaiknya anda mengetahui tentang harga market bagi barangan spare part baru kereta memang sangat penting kalau anda ingin bermain dengan barang half cut. Sekiranya kiraan harga barang half cut melebihi separuh harga baharu, dinasihatkan agar beli barang alat ganti kereta yang baru.

 

PANDUAN MEMBELI BARANG HALF CUT

Berikut adalah merupakan panduan membeli barangan half cut iaitu:

  • Barang yang ingin dibeli adalah sama, lebih elok jika dapat bawa sample sekali.
  • Ddapatkan jaminan, biasanya jaminan 1 minggu. (pastikan ditulis di resit)
  • Jika ingin membeli enjin pastikan enjin dihidupkan dahulu.
  • Buat survey terlebih dahulu berkenaan harga di setiap kedai half cut
  • Sesetengah kedai halfcut memberi anda untuk mencuba alat ganti. contoh jika ecu mengalami masalah bawa kereta (jika boleh dihidupkan) dan cuba test ecu di kedai halfcut.

 

CARA BELI BARANG HALF CUT

Kepada anda yang ingin membeli enjin abru half cut, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pergi ke kedai half cut berhampiran anda
  2. Maklumkan kepada penjual mengenai model kenderaan anda
  3. Pastikan barang kenderaan tersebut masih elok yang pentingnya original
  4. Bincang bersama penjual berkenaan harga. Sekiranya bersetuju anda boleh membeli dengan harga tersebut.
  5. Pastikan penjual tersebut memberikan resit pembelian

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment