SEMAK BAKI PINJAMAN TOYOTA CAPITAL(Check Balance Loan)

SEMAK BAKI PINJAMAN TOYOTA CAPITAL(Check Balance Loan)

SEMAK BAKI PINJAMAN TOYOTA CAPITAL

 

Adakah anda pelanggan kepada Toyota Capital? Sudah tentunya anda ingin mengetahui cara semakan baki pinjaman Toyota Capital anda. Bagaimana caranya? Disini kami kongsikan cara semakan, semoga membantu.

 

APA ITU TOYOTA CAPITAL

Toyota Capital Malaysia Sdn. Bhd. merupakan salah satu anak syarikat Toyota Financial Services Corporation (TFSC). Toyota Capital menyediakan perkhidmatan pembiayaan kenderaan Toyota Motor Corporation (TMC) di seluruh dunia, dengan kehadiran global meliputi 37 negara.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN TOYOTA CAPITAL

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Toyota Capital adalah seperti berikut:

  1. Toyota EZ Beli
    • Merupakan pelan pinjaman kenderaan terkini daripada Yoyota Capital.
    • Tempoh pinjaman adalah 9 tahun dibahagikan kepada 3 atau 2 peringkat.
    • Bayaran balik yang rendah tanpa tekanan pada tahun pertama.
  2. Toyota Flexi Plan
    • Merupakan pelan pinjaman yang kurang kadar faedah dan tempoh pinjaman dengan membayar ekstra apabila anda berkemampuan.
  3. Toyota Drive
    • Merupakan pelan pinjaman Islam inovatif yang pertama seumpamanya di Malaysia.
  4. Al-Ijarah Thumma Al-Bai
    • Merupakan pelan pinjaman kenderaan Islam yang memberikan keselesaan kepada pemilik Toyota beragama Islam.
  5. Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan
    • Kadar yang menarik dan kompetitif yang ditawarkan kepada pelanggan yang membeli kenderaan Toyota.
  6. Full Service Lease
    • Penyelesaian pembiayaan kenderaan untuk pemilik perniagaan yang menjaga segala-galanya dari A-Z.

 

MUAT TURUN APLIKASI EZ CONNET TOYOTA

Sekiranya anda pelanggan yang menggunakan salah satu perkhidmatan Toyota Capital, untuk membuat semakan baki pinjaman/pembiayaan anda secara online hendaklah menggunakan aplikasi yang disediakan oleh Toyota Capital yang dikenali sebagai EZ Connect Toyota:

  1. Muat turun dan install aplikasi EZ Connect Toyota
    1. Bagi pengguna Android https://www.toyotacapital.com.my/media/image/attachment/400/Google-Play-Store.png
    2. Bagi pengguna Apple https://www.toyotacapital.com.my/media/image/attachment/400/Apple-App-Store.png
  2. Buka aplikasi EZ Connect Toyota dan klik Daftar
  3. Masukkan butir-butir peribadi anda seperti:
    1. Nama (Seperti Kad Pengenalan)
    2. No Kad Pengenalan (Seperti Kad Pengenalan)
    3. No Telefon Bimbit untuk OTP
    4. No Pendaftaran kenderaan
    5. Email (pastikan email yang aktif)
  4. Setelah siap mengisi, Tick persetujuan pada Penyataan Privasi
  5. Kemudian klik pada I’M Not robot.
  6. Seterusnya tekan Sent
  7. One Time Password (OTP) dihantar ke nombor telefon yang anda daftarkan untuk memudahkan anda melakukan proses pendaftaran TCAP EZ Connect
  8. Ikuti arahan selajutnya untuk selesaikan proses pendaftaran.
  9. Anda juga boleh mengemaskini mengisi borang pengesahan maklumat terkini di pautan: https://www.toyotacapital.com.my/bm/EZconnectapp#section-form

 

 

Melalui Aplikasi EZ Connect Toyota, anda boleh dapattkan pelbagai maklumat terkini, seperti:

  1. Dapatkan penyata dalam masa singkat.
  2. Pengurusan akaun 24/7.
  3. Buat pembayaran dan setiasa kemaskini ansuran.
  4. Pengesahan bayaran segera, transaksi bayaran akan dipaparkan pada hari bekerja berikutnya.
  5. Semak perincian pinjaman dalam satu skrin.
  6. Terima notifikasi.
  7. Semak sejarah transaksi.

 

 CARA SEMAKAN BAKI PINJAMAN TOYOTA CAPITAL

Berikut adalah merupakan cara semakan baki pinjaman/pembiayaan anda menggunakan aplikasi EZ Connect Toyota:

  1. Buka aplikasi Ez Connect Toyota dan Log Masuk akaun anda.
  2. Pada paparan utama klik pada Account
  3. Pilih menu Pinjaman/Loan.
  4. Paparan maklumat terperinci berkenaan pinjaman anda akan terpapar.

NOTA: Sekiranya Anda telah melakukan transaksi perbankan untuk pembayan ansuran, Anda boleh check status pembayaran secara online melalui aplikasi ini, jadi Anda tahu transaksi pembayaran tersebut telah berjaya atau tidak diluluskan.

 

SOALAN LAZIM

 Saya tak boleh log masuk atau mendaftar aplikasi EZ Connect Toyota apa perlu buat?

Sekiranya anda mengalami masalah tersebut, sila hantar maklumat lengkap akaun Anda (Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon dan Alamat Emel) ke alamat email [email protected] untuk proses pengesahan. Pastikan nama, no kad pengenalan adalah betul.

 

Saya tak menerima OTP dari EZ Connect Toyota, apa perlu buat?

Anda perlu menghantar email yang mengandungi maklumat (Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon dan Alamat Emel) ke alamat emel [email protected], untuk proses kemaskini nombor telefon anda. Pastikan maklumat yang anda berikan betul.

 

Adakah perlu saya masukkan kod rujukan?

Ketika mendaftar, Anda tidak perlu untuk mengisi bahagian kod rujukan sekiranya anda bukan diperkenalkan oleh rakan yang merupakan pelanggan Toyota Capital bagi pinjaman sewa-beli dengan TCAPM seperti yang telah dinyatakan dalam laman yang sama. Kod rujukan hanya digunakan jika anda menperkenalkan rakan untuk mengambil pembiayaan sewa-beli.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai pinjaman/pembiayaan Toyota Capital, anda boleh hubungi pejabat Toyota Capital Service iaitu

  1. WILAYAH TENGAH & PANTAI TIMUR (Ibu Pejabat)
    • Ibu Pejabat Petaling Jaya, Level 20, Plaza IBM, First Avenue, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
    • Tel : 6-03-7962 6000
    • Fax : 6-03-7962 6076
  2. WILAYAH SELATAN (Johor Bharu)
    • Johor Bahru, Unit 18.02, 18th Floor, Menara Zurich, 15 Jalan Dato Abdullah Tahir, 80300 Johor Bahru, Johor
    • Tel : 6-07-335 5578/79
    • Fax : 6-07-335 5576
  3. WILAYAH UTARA (Pulau Pinang)
    • Level 20, Unit 1B, Menara Boustead Penang, 39 Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Georgetown, Pulau Pinang
    • Tel : 6-04-2268 828
    • Fax : 6-04-2268 810
  4. WILAYAH SARAWAK (Kuching)
    • Suite G07, Ground Floor, Crown Towers 88, Jalan Pending, 93450 Kuching, Sarawak
    • Tel : 6-082-337 777
    • Fax : 6-082-332 000
  5. WILAYAH SABAH (Kota Kinabalu)
    • Lot No. R-5-01 Block B Level Fifth, Riverson Suites, Off Coastal Highway 88100 Kota Kinabalu, Sabah
    • Tel : 6-088-276 328
    • Fax : 6-088-276 330

 

4 thoughts on “SEMAK BAKI PINJAMAN TOYOTA CAPITAL(Check Balance Loan)”

Leave a Comment