BIL ELEKTRIK TINGGI? Cara Kawal Jimat Bil Elektrik Di Rumah

BIL ELEKTRIK TINGGI? Cara Kawal Jimat Bil Elektrik Di Rumah

BIL ELEKTRIK TINGGI

Anda sebagai pengguna yang bijak perlu mengetahui punca dan situasi sebenar tentang bil elektrik ini bagi memastikan anda mendapat maklumat dan pemahaman yang jelas tentang isu ini. Isu bil elektrik tinggi ini melibatkan Tenaga Nasional Berhad(TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) & Sarawak Energy Berhad (SEB). Disini kami akan kongsikan cara kawal bil elektrik rumah anda, semoga membantu.

 

PUNCA BIL ELEKTRIK TINGGI 

Berikut adalah merupakan antara punca bil anda menjadi tinggi:

  1. Membiarkan lampu menyala
  2. Penghawa dingin tidak di selenggara
  3. Tidak mencabut plug
  4. Peralatan elektrik uzur
  5. Biarkan perisian berada dalam mode ‘standby’

 

PERALATAN KUASA ELEKTRIK TINGGI

Semestianya pada setiap hari banyak pengguan kuasa elektrik tinggi yang akan digunakan. Berikut adalah merupakan contoh peralatan kuasa tinggi seperti:

  • Lampu (digunakan sepanjang masa)
  • Penghawa dingin pada setiap bilik
  • Television
  • Seterika baju
  • Peti ais
  • Mesin penapis air

 

CARA KAWAL / JIMAT BIL ELEKTRIK

Berikut adalah merupakan panduan bagi anda untuk mengawal dan menjimatkan bin elektrik bulanan anda:

  1. Pilih mentol LED
    • Lampu LED adalah sehingga 80% lebih cekap daripada lampu lain dengan hanya 5% daripada tenaga hilang sebagai haba, 95% ditukar kepada cahaya.
    • Lampu LED menggunakan kuasa yang kurang dan lampu LED juga mempunyai ketahahan yang lama.
  2. Cabut atau matikan palam apabila tidak digunakan
    • Sekiranya anda tidak selesai menggunakan sesuatu peralatan elektrik, pastikan anda cabut atau matikan soket peralatan tersebut
    • Ini kerana sekiranya anda letakkan pada mpde Stanby, masih terdapat elektrik yang mengalir dan akan menaikkan meter elektrik anda
  3. Servis penghawa dingin
    • Pastikan penghawa dingin anda sentiasa diservis bagi memastikan berfungsi dengan cekap dan akan menjadi lebih sejuk dengan lebih cepat.
    • Ianya secara tidak langsung akan mengurangkan penggunaan elektrik
  4. Pasang suis pemasa (Plug-In Timer Switch)
    • Plug-In Timer Switch merupakan alternatif baik untuk menjimatkan elektrik.
    • Anda boleh tetapkan pemasa untuk lampu anda dimatikan secara automatik, jadi ia tidaklah digunakan sepanjang malam.
  5. Kawal penggunaan mesin basuh
    • Pastikan penggunaan mesin basuh digunakan maksimum yang mungkin pada kapasiti yang ditetapkan
    • Sebaiknya anda membuat pembelian mesih basuh yang mempunyai ciri penjimatan tenaga.
  6. Tukar kepada kuasa solar
    • Sebaiknya anda membeli barangan elektrik yang gunakan kuasa solar.
    • Kini terdapat banyak perkakas elektrik yang menggunakan kuasa solar seperti lampu luar berkuasa solar, kipas dan bank kuasa.
  7. Tetapkan suhu yang sesuai untuk peti sejuk
    • Kekalkan suhu peti sejuk pada atau di bawah 4° C untuk membolehkan ia berfungsi pada kecekapan yang baik dan mengurangkan jumlah tenaga elektrik yang dibelanjakan.
    • Bagi peti sejuk beku pula, suhu yang disyorkan ialah 0°C.

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN REBAT BIL ELEKTRIK RM40 SEBULAN(Check semakanrebat.ketsa.gov.my)

Leave a Comment