BKM 2022(Cara Daftar & Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia)

BKM 2022(Cara Daftar & Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia)

BKM

Kerajaan mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia. Ia dibentangkan oleh Menteri Kewangan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, pada 29 Oktober 2021 (Jumaat) dalam sidang dewan rakyat.

Bajet 2022 kali ini memfokuskan kepada 3 fokus induk iaitu rakyat yang sejahtera, perniagaan yang berdaya tahan dan ekonomi yang makmur dan mampan

Dalam pembentangan bajet ini, Tengku Zafrul mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia;

“Bantuan Keluarga Malaysia akan diperkenalkan di bawah inisiatif bantuan tunai langsung, BKM salurkan bantuan RM2,000 kepada isi rumah yang ada tiga orang anak atau lebih dengan kadar isi rumah bawah RM2,500”

 

SEMAKAN KADAR BAYARAN BKM 

 

Berikut adalah kadar bayaran BKM yang akan diterima oleh penerima  yang layak:

BKM 2022(Cara Daftar & Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia)

1. Bantuan RM2000
Bantuan kewangan tunai RM2000 diberikan kepada anda yang menerima gaji dan pendapatan isi rumah setiap bulan tidak lebih RM2500 dan dalam pada masa yang sama mempunyai anak lebih dari 3 orang

2. Bantuan RM1500
Manakala kepada anda yang yang menerima gaji dan pendapatan tidak lebih RM2500 sebulan, anda boleh claim dan tuntut bantuan kewangan tunai RM1500

3. Bantuan RM1000
Jika anda sudah ada berkahwin tetapi masih belum ada anak / zuriat, anda masih boleh dapat bantuan kewangan tunai sebanyak RM1000

4. Bantuan RM500
Untuk yang dapat gaji dan pendapatan sebulan sehingga RM5000 sebulan tetapi bergelar ibu tunggal / bapa tunggal dapat bantuan kewangan tambahan tunai RM500 lagi

5. Bantuan RM300 Sebulan
Jika isi rumah ada warga emas, anda layak dapat bantuan RM300 lagi setiap bulan dari kerajaan

 

KATEGORI BANTUAN KELUARGA MALAYSIA(BKM)

Berikut adalah jumlah bantuan yang diperuntukkan:

 

KATEGORI 1

Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah
Lebih 3 anak
Bantuan RM2000

KATEGORI 2

Pendapatan Isi rumah RM2500 ke atas sebulan
1-2 anak : Bantuan RM1500
Tiada anak: RM1,000

KATEGORI 3

Ibu bapa tunggal dengan tanggungan
Pendapatan Isi Rumah sehingga RM5000 sebulan
Bantuan RM500

KATEGORI 4

Bantuan RM300 untuk warga emas

 

Cara Permohonan Baru BKM

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Sila layari https://bkm.hasil.gov.my/ untuk kemaskini dan permohonan online.

 

Cara Kemaskini Maklumat BKM

Bagi penerima sedia ada (BPR 2021 dan BKC) yang mempunyai perubahan maklumat

-Status Perkahwinan.
-Bilangan Anak.
-Jumlah Pendapatan.

Dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik adalah seperti berikut:

Status Perkahwinan – Sijil Nikah / Cerai.
Bilangan Anak. – Sijil Lahir Anak.
Jumlah Pendapatan – Isikan Jumlah Pendapatan Baru.

Bagi mereka yang TIDAK mempunyai sebarang perubahan maklumat, anda boleh login untuk memastikan permohonan anda ada dan telah diterima di dalam sistem BKM 2022.

Tempoh Kemaskini : 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022.

 

TERKINI: Jadual Pembayaran BKM 2022

📌 Fasa 1 : Mac 2022
✅ Isi rumah
✅ Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
✅ Bujang

📌 Fasa 2: Jun 2022
✅ Isi rumah
✅ Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

📌 Fasa 3 : September 2022
✅ Isi rumah
✅ Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
✅ Bujang

📌 Fasa 4 : Disember 2022
✅ Isi rumah
✅ Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila layari https://www.mof.gov.my/ms/

 

ARTIKEL LAIN

MyBKC 2021:CARA KEMASKINI MAKLUMAT PENERIMA ONLINE(7 – 21 OKTOBER 2021)

 

23 thoughts on “BKM 2022(Cara Daftar & Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia)”

  1. Saya ibu tunggal ada anak 4…baru saja d tinggalkn suami kerana orang ke-3…saya juga baru bersalin anak ke-4 bulan september nie….saya juga tiada bekerja sbab jaga baby dan saya juga bersalin czer dan tak dpat bekerja awal…terpaksa orang tua sya yang bekerja buruh tu yang menghidupkan kami beranak…status bantuan saya sbelom nie bujang dan saya minta tolong untuk menukarkn status saya balik ke ibu tunggal mohon bantuan klo ada pihak dari kerajaan yg membacakn mesej saya nie…

    Balas
  2. Bagaimana saya nak mohon BKM ni sebab dari dulu bpr di adakan saya layak memohon sedangkan pendapatan saya rm1500 setiap bulan saya mempnyai dah 3 sudah dari anak pertama hingga anak ketiga tiada pun dapat bantuan oleh kerajaan…

    Balas
  3. Tolong lah bukak permohonan baru.. Ramai lg yg layak tak dapat. Bpr tak dapat. Bsh tak dapat. Ni Bkm pun cuma yg dapat bpr je dapat. Tolonglah buka permohonan untuk rakyat yg kerajaan terlepas pandang ni. Buka permohonan baru dan auto dapat untuk Bpr. Bukan ke adil.

    Balas
  4. SALAM SEJAHTERA,SAYA ADALAH GOLONGAN B40 DAN PENERIMA BANTUAN KERAJAAN BPN /BPR PERLU KAH SAYA KEMAS KINI LAGI UNTUK BKM 2022 INI.
    TERIMA KASIH.

    Balas

Leave a Comment