PENDAFTARAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN B40:BANTUAN RM300 PERANTI,RM180 DATA
Macam mana nak tebus Bantuan RM300 perantin,RM180 data bulanan? Berikut adalah cara pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40:
APA ITU PROGRAM JARINGAN PRIHATIN B40?
Kerajaan menyediakan bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk melanggan pelan data bulanan dari syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi, Maxis, dan u Mobile.
Program Jaringan Prihatin dijangka memberi manfaat kepada 8.5 juta rakyat daripada kumpulan B40 untuk memiliki peranti telefon pintar atau menikmati bantuan pelan jalur lebar internet.
Sebanyak RM3.5 bilion diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut.
Daripada jumlah keseluruhan RM3.5 bilion ini, kerajaan akan membelanjakan sejumlah RM2 bilion manakala syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan pula akan memberi sumbangan tambahan berjumlah RM1.5 bilion terutama dalam bentuk data percuma.
Di samping itu, kemudahan data 1GB percuma yang terdahulunya akan tamat pada 31 Disember 2020 akan dilanjutkan sehingga bermulanya program subsidi Jaringan Prihatin.
JUMLAH BANTUAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN B40
Anda boleh pilih salah satu dari dua manfaat,iaitu pakej peranti atau pelan data untuk 12 bulan
PENDAFTARAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN B40
KRITERIA PENEBUSAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN
Kriteria penebusan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan adalah seperti berikut:
- Individu yang layak membuat penebusan perlu memohon melalui syarikat telekomunikasi yang menjadi pilihan dan hanya 1 tuntutan dibenarkan bagi setiap individu atau isi rumah yang layak.
- Jika individu tersebut mempunyai 2 nombor mudah alih, individu hanya boleh memilih 1 nombor mudah alih yang menerima tuntutan subsidi yang ditawarkan.
- Penerima yang layak dibenarkan untuk menukar syarikat telekomunikasi maksimum 3 kali dalam tempoh program sepanjang 12 bulan.
- Penerima tidak boleh menebus subsidi Jaringan Prihatin lebih daripada sekali sebulan atau memindahkan subsidi kepada pihak ketiga atau ditukar kepada bentuk tunai.
CARA TEBUS/LANGGAN TAWARAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN
Untuk membuat penebusan atau langganan dan mengetahui tawaran yang disediakan, sila layari pautan syarikat telekomunikasi berikut:
- Semak kelayakan di laman web BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my/ atau di laman web syarikat telekomunikasiPendaftaran MAXIS Jaringan Prihatin
- Maxis: https://www.maxis.com.my/ms/campaigns/jaringan-prihatin/.Pendaftaran DIGI Jaringan Prihatin
- Digi: https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm.Pendaftaran CELCOM Jaringan Prihatin
- Celcom: https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin.Pendaftaran REDONE Jaringan Prihatin
- redONE: https://www.redone.com.my/promotion/bprPendaftaran MCALLS Jaringan Prihatin
- Mcalls: https://mcalls.asia/ePrihatin/apply/prihatin-package-index.Pendaftaran SPEAKOUT Jaringan Prihatin
- speakOUT: https://speakout.asia/ePrihatin/apply/prihatin-package-index.Pendaftaran UMOBILE Jaringan Prihatin
- UMobile https://www.u.com.my/extras/promotions/jaringan-prihatin.Pendaftaran TUNE TALK Jaringan Prihatin
- Tune Talk: https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin.Pendaftaran UNIFI MOBILE Jaringan Prihatin
- Unifi Mobile: https://unifi.com.my/jaringanprihatin.Pendaftaran XOX MOBILE Jaringan Prihatin
- XOX Mobile: https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en.Pendaftaran YES Jaringan Prihatin
- YES: https://prihatin.yes.my/Pendaftaran YODOO Jaringan Prihatin
- Yodoo: https://www.yoodo.com.my/jaringanprihatin/.
- Jika layak, daftar sebagai pelanggan.
- Tentukan subsidi yang menjadi pilihan.
- Nikmati peranti atau data percuma.
SOALAN LAZIM
Apa itu Program Jaringan Prihatin B40?
Program Jaringan Prihatin adalah inisiatif oleh Kerajaan Malaysia di mana kira-kira RM2 bilion diperuntukkan untuk rakyat Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat (“BPR”), dalam bentuk pakej telco bersubsidi di dengan kerjasama Penyedia Perkhidmatan telekomunikasi.
Apakah manfaat yang akan saya dapat dari program ini?
Bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk pelan Internet.
Siapakah yang layak memohon?
Semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat layak untuk mengikuti program ini.
Bilakah saya boleh mendaftar program ini?
Pendaftaran untuk Program Jaringan Prihatin adalah dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021.
Bolehkah saya memindahkan tawaran program ini kepada individu lain?
Tidak. Subsidi Jaringan Prihatin terikat dengan Kad Pengenalan pelanggan dan tidak boleh dipindahkan ke individu lain.
Bilakah tarikh akhir penebusan subsidi RM300 pakej peranti?
Penebusan RM300 subsidi pakej peranti akan berakhir pada 31 Julai 2021.
Sekiranya saya mendaftar, apa yang akan berlaku kepada data peribadi saya?
Semua data peribadi yang disediakan untuk program ini adalah milik Kerajaan Malaysia dan dapat digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.
Tags: #Apakah manfaat yang akan saya dapat dari program ini? #BANTUAN PAKEJ PERANTI RM300 #BANTUAN PELAN DATA BULANAN RM180 #Bilakah saya boleh mendaftar program Jaringan Prihatin? #Bilakah tarikh akhir penebusan subsidi RM300 pakej peranti? #Cara Pendaftaran CELCOM Jaringan Prihatin #Cara Pendaftaran DIGI Jaringan Prihatin #CARA PENDAFTARAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN B40 #Cara Pendaftaran UMOBILE Jaringan Prihatin #Cara Pendaftaran UNIFI Jaringan Prihatin #Pendaftaran MCALLS Jaringan Prihatin #PENDAFTARAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN B40 #Pendaftaran REDONE Jaringan Prihatin #Pendaftaran SPEAKOUT Jaringan Prihatin #Pendaftaran TUNE TALK Jaringan Prihatin #Pendaftaran UNIFI MOBILE Jaringan Prihatin #Pendaftaran YES Jaringan Prihatin #Pendaftaran YODOO Jaringan Prihatin #Siapakah yang layak memohon Program Jaringan Prihatin B40?
MOHD ZAINUDDIN BIN CHE ISMAIL2 tahun ago
Cara2 nk daftar jaringan prihatin B40
kamal bin maidin2 tahun ago
tebus peranti rm300
MOHD.SUKRI BIN MAMAT2 tahun ago
Tebus peranti rm300
Jerryeff jami2 tahun ago
Cara cara tebus jaringan internet
SINNAPPAN A/L PALANISAMY2 tahun ago
Use for all malaysian citizen..tq to this goverment..
Mohd azli hj wi2 tahun ago
Pendaftaran program jaringan prihatin b40
MOHD DQZULKERNAEIM BIN ABEDUL GHANI2 tahun ago
Kalau tersilap pilih pakej tu,boleh tukar balik tak?…atau kena buat rayuan?… Saya nak yg subsidi peranti RM300 tu…tapi saya check yg saya dah pilih pakej RM15 utk data…huhuhu
AHMAD SABBERI BIN DALI2 tahun ago
Tebus jaringan prihatin rakyat
AHMAD SABBERI BIN DALI2 tahun ago
Saya amat memerlukan bantuan ini.ia dapat membantu golongan b40 seperti saya.saya harap program ini dapat diteruskan lagi di masa depan
Amirul bin azmam2 tahun ago
Bile tu
MUHAMMAD FARIZAL BIN MOHAMAD2 tahun ago
Saya amat memerlukan bantuan ini.ia dapat membantu golongan b40 seperti saya.saya harap program ini dapat diteruskan lagi di masa depan
Badrul bin mat ti2 tahun ago
Macam mana cara nak tukar plan…nak cansel tel yes ni
MD ZAID YUNUS2 tahun ago
Sangat memerlukan
Fairus bin assri2 tahun ago
Klu tersalah pilih mcm mana ye…UTK penukaran…info please
Nuri anak santap2 tahun ago
Macam mana nak tebus jaringan prihatin ke kredit ataupun reload card..dapat kh??
Rosdi bin Razali2 tahun ago
Macam mna nk tebus
Mohamad fariq bin mohd noor2 tahun ago
Nak batalkan permohonan yes 4G
Ceilor bin milim1 tahun ago
Nak batalkn jaringan prihatin Celcom nak tukar ke no TuneTalk